Maaf Datuk kerana saya perlu tegur sikit berkenaan blog Datuk itu. Tegur untuk kebaikan.Sebelum ini bila pertama kali saya jengok blog Datuk pembaca tak boleh beri komen. Selepas itu boleh pulak. Kemudian setakad hari ini 19 Apr 2008 dah tak boleh pulak. Saya cadangkan supaya Datuk 'maintain' satu saja blogspot.com tu, manakala yang wordpress.com itu tak payah guna lagi. Jangan tamak sangat Datuk takut nanti kedua-duanya tak berfungsi.Bukan apa sebenarnya su-kj kesian juga kat Pemimpin-pemimpin Umno ini. Ini kerana mereka agak ketinggalan dari segi 'it' sedangkan mereka yang membangun dan mengembangkannya tetapi kesudahannya mereka sendiri yang tertinggal kebelakang. Jadi saya sedia membantu mana-mana Pemimpin Umno yang ada blog supaya blog mereka sentiasa hidup dan berfungsi.Saya perlu tolong Pemimpin-pemimpin Umno kerana bapa saya yang dah dekat 80 tahun tu masih Umno sampai ke hari ini. Aruah Tok Wan saya yang selalu jumpa Dr. Mahathir pun Umno. Kakak-kakak dan abang ipar saya pun Umno. Cuma diri saya sahaja yang tak tahu lagi nak hala ke mana. Tunggu tawaran sebut harga runding terus bukan 'terder terbuka'.... sebab DEB kan !. Ini bukan rasuah tetapi menjual kepintaran.
30 April 2008
PAS SERAH MEMO KES BUNUH ULAMA
Pemuda PAS menyerahkan memo bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berikutan insiden pembunuhan sembilan ulama di dalam masjid Al Hidaya, utara Mogadishu, ibu negara Somalia baru-baru ini.Penyerahan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ustaz Nasrudin Hassan. Turut serta adalah Ahmad Sabki Yusuf, Setiausaha dan Kamarulzaman Mohamed, Exco. Memo diterima oleh Asfaazam Kasbani, Assistant Resident Representative, Senior Programme Manager, PBB.
sumber : http://siasahdaily.blogspot.com
sumber : http://siasahdaily.blogspot.com
ANWAR TAK PERLU BERTANDING ??
APAKAH Anwar mesti bertanding mana-mana kawasan untuk ke Parlimen? Adakah ruang lain untuk Anwar menghadirkan diri di Parlimen serta mengetuai kerajaan “Harapan Baru” Malaysia?Apabila Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan wakil rakyat yang bakal meninggalkan BN, maka PR akan membentuk kerajaan baru. Wan Azizah boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama Malaysia.Satu kemungkinan, Anwar kemudian boleh dilantik sebagai seorang senator. Wan Azizah boleh kekal menjadi PM untuk suatu ketika yang sesuai manakala Anwar boleh menjadi Menteri Kanan.Atau Anwar terus menjadi PM sebaik sahaja dilantik sebagai senator dan Wan Azizah mengundurkan diri. (Bolehkah seorang PM dilantik dari kalangan senator? Sesiapa boleh sahkan?)Tetapi bagi Anwar yang IB kenali, tidak mungkin Anwar mahu memasuki Parlimen dengan cara yang bukan sebagai “anak Jantan”. Mengambil alih kerajaan melalui jalan mudah seperti itu tidak mungkin sesuai dengan kehebatan karisma Anwar.Anwar tetap Anwar. Dia mempunyai pendirian tertentu yang tidak mudah menerima pandangan orang. Anwar telah melalui pelbagai cabaran kerana perbezaan pendirian dengan Mahathir dan keras dengan pendapatnya. Dia pernah di puncak kepimpinan negara dan pernah dilondehkan di hadapan orang ramai. Anwar tetap Anwar.Sebagai seorang “politikus”, Anwar ada banyak jalan pilihan yang beliau sudah ada cuma bagi kita orang awam mungkin sukar untuk kita baca strateginya. Dia tahu kekuatan yang dia ada sekarang. Dia sekadar menunggu masa yang sesuai.Namun, Anwar tahu bahawa kelebihan yang beliau ada sekarang mungkin tidak menyebelahinya selama-lamanya. Jika UMNO/BN dapat melakukan sesuatu yang dapat memberi kepercayaan kepada rakyat dan terutama kepada wakil-wakil rakyat mereka, maka mungkin kesempatan dan kelebihan yang Anwar ada sekarang tidak lagi menyebelahinya untuk selama-lamanya.Anwar boleh dapat jalan mudah melalui Dewan Negara. Atau meminta mana-mana wakil rakyat PKR berkorban untuknya dengan mengosongkan mana-mana kawasan yang sesuai. Atau beliau boleh tunggu jika ada mana-mana wakil rakyat yang meninggal dunia untuk pilihan-raya kecil.
Tetapi Anwar tetap Anwar.
Tetapi Anwar tetap Anwar.
LOMPAT SI KATAK LOMPAT
Bila diberitakan Ibrahim Ali telah mengistiharkan dirinya bukan Ahli Parlimen PAS tetapi adalah Ahli Parlimen bebas (independent), reaksi ramai orang adalah: "dah jangka dah" atau "lompat lagi katak tu" atau "dah kata dah". Jadi keputusan Ibrahim Ali untuk lompat ini memangnya sudah diduga ramai. Ibrahim tak kenang langsung jasa TG Nik Abdul Aziz atau jasa PAS yang menghulurkan beliau tali ehsan untuk keluar dari perigi buta politik. Tindakan beliau yang telah diundi oleh rakyat atas tiket PAS adalah tindakan yang tidak bermoral dan beretika. Rakyat di kawasan pilihanraya beliau bukan sahaja mengundi beliau tetapi sebenarnya mengundi PAS, dan beliau telah belot terhadap rakyat. Maka timbul persoalan adakah bertika dan bermoral tindakan sesetengah pihak pembangkang terutamanya PKR untuk memancing Ahli-Ahli Parlimen BN?Ibrahim Ali boleh masuk Guinness Book of Records sebagai ahli politik di dunia ini yang tak bermaruah, tak beretika, tak bermoral, tak tahu malu, tak tahu kenang budi, etc. etc. etc. Jenis tak tahu malu dan tak tahu berterima kasih ini selalunya mereka yang lemah keimanannya.Jangan hairan kalau tak lama lagi si opportunis Ibrahim Ali ni akan lompat lagi dari kedudukkannya sebagai MP independent balik ke UMNO. Sebagai seorang opportunis Ibrahim Ali akan melompat kemana saja perut beliau boleh dapat makan besar. Saya percaya kedudukkan beliau sebagai MP bebas ini hanya-lah "posturing" buat sementara menuggu untuk memasukki mana-mana parti yang akan menawarkan beliau pangkat dan wang ringgit. Ibrahim Ali berulangkali membuktikan yang beliau bukan wakil rakyat tapi wakl perut dan hawa nafsu sendiri.Kalau Ibrahim Ali nak lompat lagi, tolong jangan lompat ke PKR. Kalau katak ini lompat ke PKR, perbuatannya itu boleh kecoh dan memporak-perandakan pakatan pembangkang yang sedikit-sedikit sudah kelihatan agak rapuh pada zahirnya, teutamanya apabila DAP pada mulanya membantah ADUN PAS menjadi Menteri Besar Perak, diikutui seterusnya dengan tekanan DAP dan PKR ke atas PAS agar PAS menggugurkan perjuangannya untuk mendirikan negara Islam.Pakatan pembangkang kini kelihatan agak rapuh atau fragile bila terdapat usaha DAP dan PKR untuk control serta mengatur rumah tangga PAS. Saya anggap tindak tanduk DAP dan PKR menyuruh PAS gugurkan perjuangan Islamnya sesuatu campurtangan dalam urusan keluarga PAS, dan tindak tanduk DAP dan PR itu adalah biadab pada pandangan saya. Balik kepada Ibrahim Ali, tak boleh diketepikan yang beliau sudah pun bertanya-tanya kepada parti-parti politik seperti UMNO apakah yang beliau bakal dianugerahkan jika beliau masuk parti tersebut. Macam orang-orang Kristian Barat cuba mengajar kita orang Islam cara makna hendak mengamalkan agama kita.Ingin saya sentuh sedikit tentang lompat parti ini. Bukankah ianya perbuatan yang tidak bermoral dan beretika. Tindakan Anwar Ibrahim untuk memujuk Ahli-Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak agar lompat ke parti pembangkang - adakah ianya perbuatan bermoral dan beretika. Bukankah Ahli-Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak itu dilantik atas tiket BN yang bermakna rakyat di Sabah dan Sarawak telah memberi kepercayaan mereka terhadap BN. Bukankah begitu. Maka bukankah kita pembangkang akan menentang kemahuan rakyat di Sabah dan Sarawak yang masih mahukan BN apabila kita memancing Ahli-Ahli Parlimen mereka untuk menyertai pembangkang? Saya bangkitkan persoalan-persoalan ini dari segi etika dan moral.Kita jangan lupa bahawa suatu dari sebab rakyat telah menolak BN di 6 negeri dan melantik 82 (sekarang dah jadi 81) anggota parti-parti pembangkang ke Parlimen adalah kerana rakyat semakin melihat pemimpin-pemimpin BN, terutamanya UMNO, semakin tak beretika dan tak bermoral.Tanggapan rakyat amat penting dalam politik. Mereka yang pelajari political science akan bersetuju tanggapan rakyat amat penting. Dan tanggapan ini kadangkala tidak atas premis lojik tetapi berlandaskan perasaan. Maka harus kita pihak pembangkang bertindak untuk memastikan tanggapan rakyat terhadap kita itu terus bertambah baik, dan kepercayaan rakyat terhadap kita untuk menjadi alternatif kepada pemerintahan BN itu semakin bertambah dan kuat. Sudah lama rakyat punyai tanggapan bahawa DAP dan PAS tak sebulu dan tak mungkin boleh berpakat. Kita perlu hapuskan tanggapan negatif ini. Dan ada di kalangan sesetengah rakyat dan penyokong-penyokong PAS yang punyai tanggapan kurang baik terhadap keikhlasan PKR, terutamanya keikhlasan Anwar Ibrahim, Rasa curiga terhadap keikhlasan PKR ini antara lainnya adalah kerana kepimpinan PKR ramai terdiri dari kalangan bekas BN. Maka tanggapan negatif sebini juga perlu diubah. Malangnya belum apa-apa pun perkembangan politik pakatan pembangkang selepas PRU pada 8 Mac 2008 tidak menjurus kepada yang sihat. Malah lebih mengukuhkan tangggapan-tanggapan negatif yang sedia ada. Telah berlaku pertelingkahan antara DAP-PAS dan sekarang ini antara PKR-PAS. Ini telah memberi tanggapan kepada sesetengah orang mungkin DAP dan PKR punyai agenda tersembunyi untuk menyingkirkan PAS dari pakatan rakyat. Ini soal perasaan yang subjektif dan kadangkalanya dibentuk juga oleh prasangka. Yang saya ingin tekankan di sini janganlah belum apa-apa pun kita memberi mesej dan signal yang boleh membangkitkan semula tanggapan negatif rakyat terhadap pakatan DAP-PKR-PAS.
17 April 2008
Sepatutnya Umno terlebih dahulu contohi Umar Abdul Aziz
GEORGETOWN, 17 April (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh jadi ketua kerajaan terpuji jika mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dalam usaha melaksanakan dasar kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob berkata, kenyataan Lim Guan Eng memperlihatkan kesungguhan kerajaan Pakatan Rakyat untuk memastikan rasuah, penyelewengan dan kronisme dijauhi sebagaimana dilakukan oleh pengtadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. "Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengejutkan banyak pihak kerana beliau bukan Islam. Sepatutnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menguasai pengtadbiran negeri lain terlebih dahulu berpandangan macam tu," tegasnya ketika berceramah di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu semalam. Menurutnya, kenyataan Guan Eng itu juga mempelak sikap kepimpinan Umno yang nyata mengamalkan rasuah dalam pentadbiran yang dikuasainya. Sekarang ini ujarnya, bila memperolehi kuasa hasil kepercayaan rakyat kebanyakan kepimpinan Umno lupa diri dengan asyik mencari kekayaan sehingga melupai tanggung jawab sebagai Wakil Rakyat. Ada pula sambung Salahuddin, menghilangkan diri sama ada ke Kuala Lumpur atau menjadi wakil pemaju menentang usaha penduduk yang mahu mendapat keadilan. "Kepimpinan Umno kena meniru langkah yang bakal disusun oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk membaiki pengtadbiran yang dulunya dipenuhi salah guna kuasa," tambah beliau di hadapan ribuan hadirin. Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat katanya, merupakan Menteri Besar paling bersih sepanjang pemerintahan selama 18 tahun berbanding negeri dikuasai BN!!!. Terengganu sendiri jelas beliau, setelah BN berjaya merampas dari PAS pada pilihan raya umum 2004 banyak penyelewengan berlaku dipercayai diketuai Menteri Besar ketika itu, Dato' Seri Idris Jusuh sehingga menimbulkan kemurkaan Sultan bila tiba hendak mengetuai kerajaan BN selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. "Dato' Seri Idris Jusuh kini tidak lagi dihormati bukan kerana tidak dilantik sebagai Menteri Besar malahan kerana faktor selalu mengamalkan rasuah ketika memegang tampuk pemerintahan," katanya dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri. Berceramah sama pada malam tadi ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
BETAH PENDEKARSERKAM :
ALANGKAH BESAR KEMALUAN KITA BILA Y.A.B KETUA MENTERI PULAU PINANG, LIM GUAN ENG SEORANG YANG BERBANGSA CINA DAN BUKAN BERAGAMA ISLAM INGIN MENCONTOHI KEADILAN SAIDINA UMAR BIN ABDUL AZIZ .BESAR LAGI KEMALUAN KITA BILA ORANG YANG BUKAN ISLAM NAK IKUT CARA ISLAM TAPI ORANG ISLAM TOLAK APA YANG DIBAWA OLEH ISLAM.. APA PUN ANTUM PIKIR LAH SENDIRIK ?
AMAL ISLAM SECARA KESELURUHAN
MEREKA yang enggan menjadikan Islam sebagai amalan dalam suri kehidupan, malah terikut-ikut dengan kecelaruan budaya dan pengaruh jahiliyah dianggap golongan tidak bertamadun walaupun hidup di zaman moden.Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata generasi hari ini jangan memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengikuti Islam kerana agama ini sudah lama bertapak."Islam disampaikan Rasulullah s.a.w lebih 1,400 tahun lalu, justeru tiada alasan mereka tidak mengetahui dan memahami ajaran Islam."Ajaran Islam wajar diamalkan sepenuhnya, bukan Islam pada sebahagian," katanya dalam ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul 1429 Hijrah di surau The New Straits Times Press (NSTP), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Kuliah itu bertajuk 'Rasulullah s.a.w Teladan Kepimpinan' menyelusuri secara ringkas intisari sirah kehidupan Nabi Muhammad yang wajar dijadikan contoh setiap orang Islam, termasuk sudut tingkah laku, sifat dan peranan baginda sebagai bapa, suami dan pemimpin.Zamihan berkata, Rasulullah s.a.w adalah insan terbaik lagi sempurna, yang perlu dihayati kesempurnaannya itu bagi menggapai kecemerlangan dunia dan akhirat."Pada diri Rasulullah s.a.w terdapat ikutan dan contoh teladan yang baik sama ada sebagai bapa, suami atau pemimpin."Akuan kebaikan diri Rasulullah s.a.w bukannya diberikan manusia tetapi Allah, sebagaimana kata-Nya, sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik."Baginda sebagai bapa cukup penyayang. Pernah satu ketika baginda pulang ke rumah dan mendapati puteranya Ibrahim bermain di perkarangan rumah, lalu didukung puteranya berjumpa dengan isterinya, tetapi kepada isterinya baginda tidak pula marah."Nabi Muhammad s.a.w manusia romantis berbanding manusia lain termasuk Romeo dan Juliet malah dalam keadaan tenat, Nabi Muhammad s.a.w berada dalam ribaan isterinya," katanya.Beliau berkata, Baginda juga pemimpin berwibawa, mempunyai susuk badan yang sungguh sempurna, sangat baik adabnya, malah berjalan secara sopan dan pernah sahabat mengatakan apabila baginda berada di kalangan orang rendah, baginda tidak kelihatan tinggi, manakala berada dengan orang tinggi, tidak pula kelihatan rendah," katanya.Mengikuti Rasulullah s.a.w ialah dengan berpedoman kepada al-Quran dan sunnah, menguasai ilmu bermanfaat, mempraktikkan suruhan dan menjauhi larangan, menyucikan jiwa, mengutamakan kebenaran, mengasihi alim ulama, cinta kematian dan takutkan Allah.
SEBARKAN ILMU ..
Ilmu adalah anugerah Allah kepada setiap makhluk yang bergelar manusia.Melalui ilmu, manusia berkuasa, ramai pengaruh dan pengikut.Allah pula berkuasa mencabut, menghina dan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya.Justeru, janganlah seseorang itu sombong dan membanggakan diri dengan ilmu yang sedikit.Seseorang yang mencintai ilmu, hatinya sentiasa terpaut dengan majlis ilmu walaupun jarak jauh yang perlu ditempuh, tenaga dan masa yang perlu dikorbankan.Namun, jangan lupa, mereka yang menuntut ilmu, menjadi kewajipan kepadanya menyampaikan ilmu kepada mereka yang tidak hadir dalam majlis itu.Sampaikan sama ada melalui mata pena (penulisan) atau lidah. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)".Mereka yang mempunyai ilmu keagamaan wajib menyampaikan, tidak boleh disembunyikan walaupun satu ayat. Ini seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan kepadanya di hari akhirat dengan kalungan dari neraka
14 April 2008
AKTIFKAN KELAB PENYOKONG PAS (KPP)
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil meluluskan usul supaya Kelab Penyokong PAS Melaka diaktifkan dengan segera bagi menggerakkan aktiviti mendekati rakyat bukan Melayu.Usul yang diterima sebulat suara tersebut dibentangkan oleh Jawatankuasa PAS Cawangan (JPC) Taman Merdeka. Ketika membentangkan usul tersebut, wakil cawangan tersebut Affandy Abdul Wahab menegaskan bahawa tanpa Kelab Penyokong PAS agak sukar untuk menggerak aktiviti mendekati golongan bukan Melayu di Melaka."Kejayaan kelab ini dinegeri-negeri lain akhirnya membuahkan hasil dimana masyarakat bukan Melayu tidak lagi takut untuk mendekati PAS malah berani menjadi calon PAS dan mengundi PAS"."Amat malang kita Melaka, gagal menggerakkan Kelab ini, kita mesti bertindak cepat agar momentum sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihanraya yang baru lalu dapat dikekalkan" kata Affandy ketikan membentang usul tersebut.Mesyuarat Agong Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang berlangsung di Pejabat PAS Bukit Katil telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek.
09 April 2008
LAGI PASAL BABI DI SELANGOR ..
TERKEJUT betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi. Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan Exco PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana menyokong projek berkenaan.PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana kepentingan politik. Malah pengulas "kuda kayu" ini tidak segan silu menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan juga petikan kitab Injil. Selanjutnya beliau menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan. Macam mana mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham. Kita ingatkan apabila dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya. Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di mana-mana di Malaysia.Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di dalam mengaut keuntungan. Dan jangat kita lupa bagaimana beberapa pimipim menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE) untuk kepentingan mereka.Perlu diingat bahawa negara kita terdiri daripada berbilang kaum dan agama, dan ada di kalangan rakyat yang makan daging babi. Justeru itu binatang ini perlu dipelihara bagi mendapatkan dagingnya. Ketika RTM asyik menghentam keromo PAS, perlu diingat bahawa ternakan babi terus berjalan tanpa ada usaha konkrit untuk mengawalnya daripada mencemar alam sekitar. Kita berterusan menghadapi pencemaran air yang akhirnya membawa bencana kepada umat Islam sendiri.Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas. Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Walaupun saya orang kuat PAS, saya menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air.Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini.Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?Mungkin RTM tak peduli itu semua kerana yang penting bagi mereka ialah melepaskan geram pada Pakatan Rakyat. Cerita benar atau palsu bukan ukuran penting bagi mereka. Kalau babi tu kita boleh maafkan sebab mereka dijadikan Allah tanpa akal, tetapi yang manusia kat RTM ini diberi akal tetapi masih tak mahu menggunakannya! Cuba anda fikir, mana lebih teruk.
BETAH PENDEKARSERKAM :
NIE BARU PAKATAN RAKYAT LULUS DI SELANGOR , YANG KAT PAYA MENGKUANG NGAN BUKIT PELANDOK APA CITER ?? KORANG TAK BOLEH FIKIR KER ?? YANG PAK ALI BELA DEKAT PAYA MENGKUANG MASJID TANAH TU TAK BAWAK MASALAH KER SAMPAI ORANG BOLEH PILIH BEE END LAGI ?? AGAK-AGAK ORANG BEE END NIE BANTAK PASAL BABI NIE KAWAN @ KRONI DIA KOT ... LU PIKIR LAH SENDIRI
KITA NAK PAKAI CAKAP SIAPA ?? ULAMA KE DR. GIGI ??
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok boleh diterima jika ia bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu.Bagaimanapun katanya tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama.
“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku.“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya sebagaimana dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.Semalam, akhbar melaporkan PAS menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, dua Exco PAS yang turut menyokong ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek bernilai RM100 juta yang akan dilaksanakan di Sepang itu sebenarnya telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini.Katanya, barisan Exco negeri yang bermesyuarat Rabu lalu merasakan amat wajar untuk meneruskan projek berkenaan memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri itu.Bagaimanapun Utusan Malaysia melaporkan bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan beliau meluluskan projek ternakan babi bernilai RM100 juta seperti yang didakwa.Menurutnya, walaupun perbincangan mengenainya pernah dibuat dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 30 Januari lalu, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan mahupun memberikan kelulusan.“Ini kerana katanya, saiz ladang yang dicadangkan terlalu besar.“Dasar kerajaan negeri ketika itu adalah menetapkan setiap ladang ternakan babi hanya untuk menampung keperluan rakyat negeri Selangor iaitu sekitar 250,000 ekor dan bukan bagi tujuan eksport secara besar-besaran,” menurut laporan itu.Bekas Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Dato’ Abdul Rahman Palil, mendakwa masyarakat Cina di Selangor turut membantah cadangan kerajaan negeri membina ladang ternakan babi secara berkelompok itu.Katanya, mereka membantah kerana bimbang ladang ternakan babi itu akan menimbulkan pencemaran teruk kepada alam sekitar berikutan najis kumbahan haiwan berkenaan sukar dilupuskan sekali gus mampu mengganggu keselesaan penduduk sekitar.
“Kerajaan perlu mengkaji dengan teliti cadangan ini dengan memastikan kaedah yang bakal digunakan tidak membawa kepada pencemaran alam sekitar,” katanya.Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata tindakan Exco PAS itu boleh dilihat sebagai usaha menunjukkan bahawa mereka bukannya taksub sehingga menidakkan keperluan bukan Islam.“Mereka ingin membuktikan bahawa PAS yang sinonim dengan perjuangan Islam juga boleh menjadi liberal dan terbuka seperti parti lain iaitu DAP dan PKR serta mengambil kira keperluan kaum lain seperti Cina dan India,” katanya
“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku.“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya sebagaimana dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.Semalam, akhbar melaporkan PAS menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, dua Exco PAS yang turut menyokong ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek bernilai RM100 juta yang akan dilaksanakan di Sepang itu sebenarnya telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini.Katanya, barisan Exco negeri yang bermesyuarat Rabu lalu merasakan amat wajar untuk meneruskan projek berkenaan memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri itu.Bagaimanapun Utusan Malaysia melaporkan bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan beliau meluluskan projek ternakan babi bernilai RM100 juta seperti yang didakwa.Menurutnya, walaupun perbincangan mengenainya pernah dibuat dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 30 Januari lalu, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan mahupun memberikan kelulusan.“Ini kerana katanya, saiz ladang yang dicadangkan terlalu besar.“Dasar kerajaan negeri ketika itu adalah menetapkan setiap ladang ternakan babi hanya untuk menampung keperluan rakyat negeri Selangor iaitu sekitar 250,000 ekor dan bukan bagi tujuan eksport secara besar-besaran,” menurut laporan itu.Bekas Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Dato’ Abdul Rahman Palil, mendakwa masyarakat Cina di Selangor turut membantah cadangan kerajaan negeri membina ladang ternakan babi secara berkelompok itu.Katanya, mereka membantah kerana bimbang ladang ternakan babi itu akan menimbulkan pencemaran teruk kepada alam sekitar berikutan najis kumbahan haiwan berkenaan sukar dilupuskan sekali gus mampu mengganggu keselesaan penduduk sekitar.
“Kerajaan perlu mengkaji dengan teliti cadangan ini dengan memastikan kaedah yang bakal digunakan tidak membawa kepada pencemaran alam sekitar,” katanya.Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata tindakan Exco PAS itu boleh dilihat sebagai usaha menunjukkan bahawa mereka bukannya taksub sehingga menidakkan keperluan bukan Islam.“Mereka ingin membuktikan bahawa PAS yang sinonim dengan perjuangan Islam juga boleh menjadi liberal dan terbuka seperti parti lain iaitu DAP dan PKR serta mengambil kira keperluan kaum lain seperti Cina dan India,” katanya
BETAH PENDEKARSERKAM : TO KAWAN-KAWAN KAT SELANGOR .. LU ORANG PIKIRLAH SENDIRI
undi protes untuk selamatkan Malaysia
KUALA LUMPUR, 9 April (Hrkh) -Protes ahli Umno terhadap kepimpinan Presidennya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bukanlah satu sabotaj tetapi dilihat sebagai usaha untuk menyelamat negara daripada ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang lemah termasuk mahukan sebuah kerajaan yang telus. Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Nasir Mustafa berkata maklum balas yang diterima daripada kalangan ahli Umno ialah mereka sudah jelak dengan 'kelembutan' Abdullah yang seolah-olah 'tunduk' kepada nasihat orang tertentu yang berkepentingan termasuk menantunya Khairy Jamaludin yang menjejaskan negara.
"Mereka (ahli Umno) kesal kerana sudah tidak dapat membantah mengikut saluran parti lalu tidak ada jalan lain melainkan memberi undi protes kepada parti Pakatan Rakyat malah ada yang tidak keluar mengundi. "Saya ucapkan terima kasih kepada ahli Umno Kedah kerana usaha mereka untuk menyelamatkan Malaysia, namun ianya bukan faktor utama kekalahan mereka di sini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengulas kenyataan Abdullah yang mendakwa punca Kedah dimenangi parti Pakatan Rakyat adalah disebabkan sabotaj. Nasir menjelaskan punca lain menyumbang kepada kekalahan Umno dan BN di Kedah ialah perubahan pengundi bukan Melayu yang begitu besar yang sudah tidak percaya lagi dengan janji-janji manis yang ditaburkan keepada mereka di samping gagal meyelesaikan masalah berbangkit. Buktinya peningkatan undi sebanyak 1,387 di Dun Kubang Rotan yang diletak sebagai tempat ke-28 tangga Dun yang sukar ditembusi PAS telah menunjukkan pengundi bukan Melayu telah memberi sokongan yang besar kepada beliau semasa pilihan raya umum lepas. Selain itu, kesan kritikan pemimpin Umno terhadap Abdullah seperti Tun Dr Mahathir, Tengku Razaliegh memainkan peranan kepada kekalahan BN di negeri ini. "Ramai yang melihat seolah-olah Abdullah dikawal oleh Khairy dan kuncu-kuncunya dan ini tidak disukai oleh ahli Umno. "Apa lagi yang nak dibangga Abdullah kerana sudah hilang lima negeri dan dua menteri besar BN yang dipilih awalnya di negeri Perlis dan Terengganu juga tidak mendapat sokongan," kata Nasir.
Dengan 'signal' ini, sepatutnya Abdullah mengambil langkah 'gentleman' berundur diri bukannya mendabik dada menyatakan masih lagi mempunyai sokongan ramai," katanya Dalam pada itu Nasir turut memberitahu setelah kejayaan PAS di Kedah,hubungan antara kaum semakin erat malah sikap curiga dan tohmahan api perkauman tidak wujud di negeri ini. "Rakyat Kedah masih lagi bergembira dengan kemenangan PAS di sini termasuk orang bukan Melayu yang turut sama meraikan kejayaan kita. "Mereka (pengundi Cina dan India) terus-menerus hadir ke program yang kita anjurkan seperti majlis sambutan Maulidur Rasul juga di majlis kenduri dan kesyukuran. Sementara itu, beliau berkata akan turut bersama-sama rakyat dan kakitangan kerajaan untuk memastikan semua masalah yang sudah tertumpuk lama semenjak BN memerintah 50 tahun di Kedah akan dapat diselesai dalam jangka masa terdekat. "Dengan rasa tanggungjawab,kesabaran dan kerajinan..insya-Allah kita akan berjaya menyelesaikannya secara bersama," katanya
"Mereka (ahli Umno) kesal kerana sudah tidak dapat membantah mengikut saluran parti lalu tidak ada jalan lain melainkan memberi undi protes kepada parti Pakatan Rakyat malah ada yang tidak keluar mengundi. "Saya ucapkan terima kasih kepada ahli Umno Kedah kerana usaha mereka untuk menyelamatkan Malaysia, namun ianya bukan faktor utama kekalahan mereka di sini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengulas kenyataan Abdullah yang mendakwa punca Kedah dimenangi parti Pakatan Rakyat adalah disebabkan sabotaj. Nasir menjelaskan punca lain menyumbang kepada kekalahan Umno dan BN di Kedah ialah perubahan pengundi bukan Melayu yang begitu besar yang sudah tidak percaya lagi dengan janji-janji manis yang ditaburkan keepada mereka di samping gagal meyelesaikan masalah berbangkit. Buktinya peningkatan undi sebanyak 1,387 di Dun Kubang Rotan yang diletak sebagai tempat ke-28 tangga Dun yang sukar ditembusi PAS telah menunjukkan pengundi bukan Melayu telah memberi sokongan yang besar kepada beliau semasa pilihan raya umum lepas. Selain itu, kesan kritikan pemimpin Umno terhadap Abdullah seperti Tun Dr Mahathir, Tengku Razaliegh memainkan peranan kepada kekalahan BN di negeri ini. "Ramai yang melihat seolah-olah Abdullah dikawal oleh Khairy dan kuncu-kuncunya dan ini tidak disukai oleh ahli Umno. "Apa lagi yang nak dibangga Abdullah kerana sudah hilang lima negeri dan dua menteri besar BN yang dipilih awalnya di negeri Perlis dan Terengganu juga tidak mendapat sokongan," kata Nasir.
Dengan 'signal' ini, sepatutnya Abdullah mengambil langkah 'gentleman' berundur diri bukannya mendabik dada menyatakan masih lagi mempunyai sokongan ramai," katanya Dalam pada itu Nasir turut memberitahu setelah kejayaan PAS di Kedah,hubungan antara kaum semakin erat malah sikap curiga dan tohmahan api perkauman tidak wujud di negeri ini. "Rakyat Kedah masih lagi bergembira dengan kemenangan PAS di sini termasuk orang bukan Melayu yang turut sama meraikan kejayaan kita. "Mereka (pengundi Cina dan India) terus-menerus hadir ke program yang kita anjurkan seperti majlis sambutan Maulidur Rasul juga di majlis kenduri dan kesyukuran. Sementara itu, beliau berkata akan turut bersama-sama rakyat dan kakitangan kerajaan untuk memastikan semua masalah yang sudah tertumpuk lama semenjak BN memerintah 50 tahun di Kedah akan dapat diselesai dalam jangka masa terdekat. "Dengan rasa tanggungjawab,kesabaran dan kerajinan..insya-Allah kita akan berjaya menyelesaikannya secara bersama," katanya
08 April 2008
PAK LAH NAK PENCEN DAH ...
"Saya tidak pegang jawatan lama daripada yang sepatutnya," kata Perdana Menteri Dato' Seri Abdulah Ahmad Badawi. "Saya akan bersara satu hari nanti tetapi saya tidak akan berhenti dalam keadaan politik sekarang. Saya akan bersara satu hari nanti, ini sudah pasti. Saya tidak akan memegang jawatan lebih lama daripada yang sepatutnya. "Tetapi ada beberapa perkara yang saya mahu lakukan sekarang. Saya tidak boleh berhenti pada ketika parti dalam keadaan begini. Saya tidak boleh berhenti pada ketika kami sedang menyiapkan pelaksanaan projek pembangunan. Kami telah pun berjanji kepada rakyat. Kami akan melakukannya. "Saya tidak akan memegang jawatan bertahun-tahun lamanya. Sudah tentu tidak," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan para pemimpin Barisan Nasional Sabah di Kota Kinabalu sebagaimana dilaporkan Bernama. Kenyataan ini dari segi politiknya merasakan bahawa beliau tidak yakin dapat berkhidmat dengan lebih baik sebagai Perdana Menteri dalam jangka masa yang agak lama memandangkan prestasi menurun Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang lalu. BN menang cemerlang menguasai dua pertiga kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-11 2004 sejurus beliau mengambil alih teraju BN dan negara selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya dalam kabinet dan Umno/BN. Rakyat menyangka orang yang dianggap 'mister clean' ketika itu boleh mengurus negara dengan berjaya tetapi harapan itu tinggal harapan selepas kemenangan itu sehingga BN diajar kalah beberapa negeri dan tidak berjaya mendapat dua pertiga kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu. Siapa Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebenarnya diketahui umum apabila pentadbiran negara di bawah kuasanya, kebanyakannya dipengaruhi oleh menantu sendiri Khairy Jamaluddin, Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Tun Dr. Mahathir dalam kebanyakan ceramah di banyak tempat sinis dengan penguasaan Khairy itu. Dr. Mahathir sering berucap mendakwa Pak Lah didalangi oleh manusia di tingkat empat Putrajaya yang mengandungi pejabat Khairy. Yang menjadi kemarahan rakyat ialah pelaksanaan pembangunan tidak seimbang dan bersifat kroni, mendorong rakyat menolak BN di bawah Pak Lah dalam pilihan raya lalu.Pak Lah berkata sabotaj dari ahli Umno/BN sendiri termasuk kaum Cina dan India. Jika benar pun siapa yang mahu menyokong BN dalam keadaan parti itu lemah mentadbir negara. Kemampuannya terus memimpin negara diragui, apabila pembangunan yang laksanakan sudah lari dari dasar untuk kepentingan rakyat berbilang kaum. Cakap-cakap mahu pembangunan itu terus dilaksanakan sudah muak di dengar rakyat. Rakyat memahami bahawa sesiapapun memerintah negara hatta komunis sekalipun sudah menjadi tanggungjawabnya melaksanakan pembangunan untuk rakyatnya. Lihat sendiri negara China walaupun ditadbir oleh parti komunis, pembangunan infrastrktur berjalan seperti biasa. Tidak ada halangan yang boleh menyekatnya untuk berbuat demikian kerana kerajaan negara itu berkuasa dan mempunyai wang untuk berbuat demikian. Begitu juga di Malaysia. Pembangunan di negeri pembangkang akan berjalan seperti biasa bahkan lebih baik dari kerajaan di bawah pentadbiran Umno/BN. Selagi kerajaan tersebut ada wang, mereka akan merancang dan melaksanakan pembangunan lebih baik dari Umno. Melainkan wang mereka dirompak oleh Umno seperti yang berlaku di zaman pemerintah PAS di Terengganu dahulu (1999-2004). Ia sedikit membantutkan pelaksanaan pembangunan insfrastruktur dengan peruntukan kewangan terhad akibat rampasan royalti petroleum dan gas yang didalangi oleh Umno Terengganu. Kempen pembangunan adalah modal lama Umno dan orang yang seperti Pak Lah yang masih berada di kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno. Yang amat mendukacita rakyat ialah untuk apa pembangunan yang dibuat. Adakah untuk kepentingan rakyat atau untuk hanya sekadar bermegah-megah sedangkan rakyat tidak berubah kehidupan mereka. Dipercayai jika Umno masih memegang tapuk pemerintahan negara apa lagi Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri, pembangunan dilaksanakan akan terus bersifat 'stereotype' sejak 50 tahun Umno menerajui negara. Rakyat sekarang bukan lagi bebal pengetahuan dengan corak pembangunan yang dibuat kerajaan BN terutama masalah perumahan sebagai contoh. Dengan sistem pemerintahan yang ada ramai pembeli rumah menghadapi masalah apabila banyak projek perumahan tidak siap mengikut jadual terutama yang dikendalikan oleh pihak swasta. Satu sistem pembangunan perumahan negara bersifat mesra pengguna perlu diwujudkan dan diperkasakan bagi menyelesaikan permasalahan perumahan terbengkalai akibat kecuaian pihak pemaju. Dipercayai sudah ada peraturan pembeli membayar selepas rumah disiapkan tetapi sejauhmanakah ia berjaya dilaksanakan masih dalam keraguan. Masih kedengaran sungutan dari pihak pembeli di Selangor umpamanya. Mereka sudah habis bayar harga rumah yang dibeli kepada pihak bank tetapi rumah mreka masih belum siap. Ini belaku ketika BN memerintah negara tidak kira zaman Pak Lah atau zaman siapa menjadi perdana menteri. Ia tidak berkesudahan dan perkara ini dipercayai diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat sekarang
AURA PAK LA... la .. la Dah TAK RELEVAN LAGI !
Tiga minggu PRU 12 berlaluTsunami politik sebutan baruCalon-calon BN ramai dikedu5 + 1 negeri catat sejarah pilu
Di P.Pinang, BN ditundukkan
PRU terburuk UMNO rasakan
Negeri presiden, lawan tawan
Aura pak lah tidak lagi relevan
Sungguh masih perdana menteri
Hambar sambutan pak lah rasai
Patut pak lah memuhasabah diri
Di negeri sendiri, sedikit hargai
Di majlis kesyukuran sungai dua
Pak lah bagai ayam yang taji luka
Ibarat pawang pengubat hati lara
Taji sendiri luka tak mampu jaga
Selaku presiden parti teramanah
Parti dan rakyat
jangan dimamah
Regu pak lah & KJ sumbang padah
Diundurkan supaya kembali cerah
serling
[30.03.08]
ahad
....
betah pendekarserkam :
buang yang lama .. tukau yang baru .. dari biru lebih baik ijau
Di P.Pinang, BN ditundukkan
PRU terburuk UMNO rasakan
Negeri presiden, lawan tawan
Aura pak lah tidak lagi relevan
Sungguh masih perdana menteri
Hambar sambutan pak lah rasai
Patut pak lah memuhasabah diri
Di negeri sendiri, sedikit hargai
Di majlis kesyukuran sungai dua
Pak lah bagai ayam yang taji luka
Ibarat pawang pengubat hati lara
Taji sendiri luka tak mampu jaga
Selaku presiden parti teramanah
Parti dan rakyat
jangan dimamah
Regu pak lah & KJ sumbang padah
Diundurkan supaya kembali cerah
serling
[30.03.08]
ahad
....
betah pendekarserkam :
buang yang lama .. tukau yang baru .. dari biru lebih baik ijau
Menteri Penerangan Yang Tidak Berapa Terang
Menteri Penerangan baru Ahmad Shabery Cheek begitu tidak sabar untuk memperlihatkan yang dia lebih cerdik daripada bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin. Shabery mengingatkan Dr Mahathir supaya tidak mengulangi sejarah Umno tahun 1988. Dalam ertikata lain, Shabery menyalahkan Dr Mahathir kerana perpecahan didalam Umno yang membawa kepada Umno diharamkan dan penubuhan Parti Melayu Semangat 46 di bawah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Jelaslah yang Shabery, selain daripada menghidap sindrom penafian atau denial syndrome, bekas Ketua Penerangan S46 ini juga turut dijangkiti sindrom "selective memory" ataupun ingatan terpilih. Shabery antara lupa atau tidak tahu fakta, atau seperti dikatakan, buat-buat lupa fakta. Umno diharamkan apabila 11 ahli Umno memfailkan tuntutan dimahkamah bahawa pemilihan tahun 1987 tidak sah kerana terdapat perwakilan yang tidak sah. Mahkamah memilih untuk mengharamkan Umno. Kita tidak akan persoalkan keputusan mahkamah yang lepas untuk mengharamkan parti yang merupakan tonggak kerajaan Persekutuan pada waktu itu. Kita juga tidak akan debat apakah implikasi pengharaman Umno kepada negara dan orang Melayu kerana perkara ini telah lepas, walaupun kita harus mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Tetapi tindakan pantas dan bijak Dr Mahathir untuk mewujudkan Umno Baru telah menyelamatkan keadaan. Pada watu itu, pihak Team B yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh mewujudkan Semangat 46 sebagai mengambil semangat asal Umno pada tahun 1946. Fakta juga akan membuktikan bahawa tangan-tangan dibelakang 11 ahli Umno itu ialah pemimpin-pemimpin Team B, yang juga pada waktu itu disokong oleh Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Apabila Umno diharamkan dan Umno Baru diwujudkan Tengku Razaleigh tidak ikut serta dan mengambil jalan menubuhkan Semangat 46. Tetapi Abdullah serta pemimpin Team B yang bertindak baling batu sembunyi tangan, termasuk Musa Hitam, telah terus memilih untuk kekal dengan Umno Baru pimpinan Dr Mahathir. Shabery sendiri menyertai Tengku Razaleigh dan berjaya menaiki tangga parti itu sampai ketahap jawatan Ketua Penerangan sehinggalah Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996 serta kesemua ahli-ahlinya secara en bloc kembali menyertai Umno. Persoalannya, Shabery yang ketika Semangat 46 dibubarkan dan menyertai Umno tanpa segan silu sebagai Ketua Penerangan parti itu berusaha meyakinkan ahli-ahli untuk bersama-samanya untuk menyertai Umno Baru atas nama penyatuan Melayu. Ketika itu, dia adalah antara pemimpin terkehadapan memuji kepimpinan Dr Mahathir. Ini kerana keterbukaan Dr Mahathir yang tidak berdendam dan seorang negarawan yang sanggup menerima kembali musuh politiknya dengan tangan terbuka. Shabery juga tidak menimbulkan pada tahun 1996 bahawa sejak tahun 1987 tidak ada demokrasi didalam Umno kerana tidak ada pertandingan presiden dan timbalan presiden. Malahan Shabery meyakinkan ahli-ahli akar umbi Semangat 46 bahawa Umno dibawah kepimpinan Dr Mahathir adalah wadah perjuangan yang paling baik ketika itu. Shabery juga turut mempertahankan tindakan Dr Mahathir memecat Anwar kerana ketika itu, dia dan Tengku Razaleigh merasakan bahawa Anwar menjadi dalang yang menyekat ahli-ahli Semangat 46 yang telah kembali kepada Umno untuk menaiki hierarki parti. Ini kerana Shabery dan bekas kepimpinan Semangat 46 percaya bahawa Anwar tahu jika dia cuba untuk mencabar Dr Mahathir, bekas Semangat 46 akan mempertahankan Dr Mahathir yang telah banyak berjasa menerima masuk kembali ahli Semangat 46 demi penyatuan Melayu. Menurut perkiraan Shabery pada masa itu menunjukkan betapa bekas ahli Semangat 46 menghargai peranan Dr Mahathir dan merasa bahawa Dr Mahathirlah satu-satunya pemimpin yang telah memberi mereka nyawa politik yang telah hampir lupus selepas parti itu memutuskan persahabatan dengan PAS. Jadi persoalannya, siapa yang sudah lupa? Dr Mahathir atau Shabery? Siapa yang tak mengenang budi di sini? Sekali lagi kepimpinan Abdullah menonjolkan seorang lagi pemimpin yang tidak ikhlas, yang melakukan dusta kerana itulah yang mahu didengar oleh Abdullah. Maka Abdullah terus dibuai oleh kata-kata manis serta sokongan oleh orang yang terdahulu dari itu telah mengeluarkan kata-kata sokongan yang tidak ternilai kepada Dr Mahathir dan didalam kes Shabery, kepada Tengku Razaleigh sendiri. Hari ini, Shabery yang pada satu ketika dulu mengangkat dan mengagungkan Dr Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab meyatukan orang Melayu pada tahun 1996 kini menukar kiblat hanya kerana diberi jawatan Menteri oleh Abdullah. Sekarang ini belang Shabery sudah jelas. Dia tidak ada rasa malu sama sekali untuk membelakangkan Tengku Razaleigh yang telah mendidik serta menatangnya seperti anak didalam menaiki tangga politik. Shabery dianggap "blue-eyed boy" Tengku Razaleigh semasa mereka didalam Semangat 46 sehingga ramai pemimpin Semangat 46 yang lebih senior berasa kecil hati kerana Tengku Razaleigh melebihkan Shabery. Tengku Razaleigh bukan sahaja melebihkan Shabery didalam arena politik malahan secara peribadi, Tengku Razaleighlah yang menampung kehidupan Shabery dan keluarganya semasa Shabery didalam kegelapan politik (political wilderness). Jika Shabery hari ini sanggup membelakangi Tengku Razaleigh yang memeliharanya seperti anaknya, adalah tidak menghairankan jika Shabery hari ini mengubah pandangannya mengenai Dr Mahathir malahan menempelaknya. Inilah jenis manusia yang tidak ada nilai murni, walau sedikitpun didalam mengejar kepentingan politiknya. Inilah pemimpin yang dicipta oleh Pak Lah. Kerana itu, bila sampai harinya Pak Lah terpaksa meninggalkan kerusi empuk Perdana Menteri dan Presiden Umno, percayalah, orang seperti Shabery yang akan paling lantang mencerca Pak Lah dan memuji pemimpin baru.
"Wajarkah aku meninggalkan PAS?"
sumber dari sahabatku akh Faisal Tehrani http://tehranifaisal.blogspot.com/
Seorang teman saya, seorang pejuang gerakan Islam dan pendokong Parti Islam Semalaysia veteran sangat berdukacita partinya kini bersikap lunak dengan seseorang yang memiliki rekod 'tidak mesra gerakan Islam'. Malah partinya juga akan 'bersatu' (mungkin mut'ah) dengan sebuah parti lain yang tiada produk ideologi jelas. Parti itu juga katanya dipenuhi dan didokongi oleh kumpulan Islam liberal dan penyanjung IFC (tahu kes Lina Joy bukan? Takkan lupa cepat sangat?). Menurut teman saya itu, adalah lebih baik bersekongkol dengan DAP dari bersama dengan 'parti tak tentu' tersebut. Ini kerana sejarah PAS-DAP walaupun tidak lancar; tetapi harus diingat kedua-duanya mempunyai prinsip politik yang terang benderang. Meski dari segi polisi PAS-DAP sering berselisih tetapi dalam hal membela keadilan dan kebenaran sebagai prinsip; Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu misalnya sudah pernah duduk semeja. Fakta kes: Untuk mereka yang tahu 'kes gadis bawah umur di Melaka' dengan seorang pemimpin kanan parti pemerintah satu masa dahulu akan cepat terpanggil satu fakta sebenar bahawa PAS-DAP memang boleh bersama dalam hal menegakkan kebenaran. Ketika susah bersama kedua-dua parti pembangkang itu, tokoh lain yang melaungkan keadilan hari ini masih empuk dibuai kuasa. Lebih-lebih lagi, kedua-duanya, yakni PAS dan DAP belum ada rekod yang betul-betul munasabah untuk dinilai dengan parti yang sebuah lagi.Apakah aktivis gerakan Islam seperti teman saya tersebut berada di persimpangan hari ini?Saya terhimbau gejala yang hampir sama, latarnya Lubnan. Latar Lubnan sebetulnya tidak banyak beza dengan latar Malaysia meskipun pada banyak tempat ada banyak bezanya. Bukan mesti mengikut dan menjadikan ia model; sekadar merenung persamaannya: sila baca dan berfikir dengan tekun.Satu masa dahulu seorang tokoh gerakan Islam Lubnan bernama Sayyid Musa al-Sadr telah mengadakan kerjasama politik dengan ahli-ahli politik Kristian untuk membawa reformasi politik di Lubnan. Bagaimanapun, muncul seorang tokoh lain bernama Sayyid Musawi yang menolak untuk menerima formula persepakatan yang kelihatan tidak seimbang.Ulangan: formula persepakatan yang tidak seimbang.Penentangan Musawi tersebut mendapat dokongan seorang alim yang lain iaitu Ayatollah Muhammad Hussein Fadlallah, seorang mujtahid yang juga pernah menuntut di Najaf dan telah pulang ke Lubnan dalam tahun 1966. Ayatollah Fadlallah yang menolak dasar-dasar Sayyid Musa al-Sadr, bersama beberapa ulama syiah yang lain telah menubuhkan Parti Da'wa yang menumpukan perhatian kepada khidmat masyarakat, dengan rangkaian klinik, sekolah dan pelbagai kerja kebajikan yang lain.Kemunculan parti Da'wa yang tidak berminat untuk berkuasa dengan kerusi di parlimen, tetapi berminat untuk berkuasa di hati rakyat dengan kerja kebajikannya telah merubah lanskap politik Lubnan buat selama-lamanya. Dalam masa yang sama Sayyid al-Sadr hilang secara misterius ketika sedang dalam rangka lawatan ke Libya.Dalam masa yang sama juga seorang tokoh kunci di Lubnan waktu itu, Nabih Berri, seorang peguam yang mempunyai hubungan rapat dengan Syria mengambil alih tampuk pimpinan Pertubuhan Amal (sebuah gerakan Islam utama Lubnan waktu itu). Di bawah Nabih Berri, seorang yang berfahaman sekular, ramai ulama menghindar diri dari Pertubuhan Amal. Gerakan itu dilihat tidak lagi mampu membawa aspirasi masyarakat syiah Lubnan dan dipandang sebagai sebuah gerakan sekular. Dasar Nabih Berri untuk melibatkan Pertubuhan Amal dalam Jawatankuasa Bantuan Kebangsan yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi dan pentadbiran Lubnan setelah pencerobohan Israel kurang digemari oleh sebahagian besar golongan ulama. Jawatankuasa tersebut turut dianggotai oleh tentera Pertubuhan Phalangis di mana komandernya Bashir Jumayyil diketahui pro Zionis. Di antara ulama berpengaruh yang meninggalkan Pertubuhan Amal waktu ialah Ali Amar, Hussein Khalil dan Hussein al-Musawi. Ulama tersebut telah mendirikan Pertubuhan Amal Islami.Baik, jika anda berhati-hati membaca fakta di atas dan seterusnya, anda akan menemui persamaan-persamaan tertentu dengan konteks politik Malaysia kini khususnya dalam hal melibatkan gerakan Islam.Pada masa itulah Hassan Nasrallah kembali dari pengajiannya di Najaf, beliau mulai mengajar agama di hauzah yang ditubuhkan oleh Abbas Musawi di Baalbak. Sebagai ulama muda, penuh karismatik dan kemampuan berhujah yang menarik minat ramai pemuda, perlahan-lahan Nasrallah membina jumlah pengikut yang besar. Beliau juga menyertai Pertubuhan Amal Islami.Dalam masa yang sama terdapat beberapa gerakan Islam lain seperti Lijan al-Amal al-Islami yang menjalinkan hubungan akrab dengan al-Fatah di Palestina. Mereka ikut bekerjasama dengan kerajaan Iran yang baru sahaja menjatuhkan pemerintah Shah. Kumpulan yang tidak seragam ini disatukan kemudiannya oleh seorang ulama muda bernama Sayyid Hani Fahs. Perlahan-lahan gerakan Islam mendapat kekuatan semula. Tekanan yang diberikan oleh Presiden Lubnan ketika itu Amin Jumayyil terhadap ulama syiah dengan tuduhan mereka siap untuk menubuhkan negara Islam ala Iran telah membantu semangat setiakawan dalam kalangan gerakan Islam.Pencerobohan Israel ke atas Lubnan dalam bulan Jun tahun 1982 telah mendapat perhatian Republik Islam Iran yang menghantar bantuan dalam bentuk ketenteraan. Sebuah organisasi baru mulai terbentuk dengan sendirinya. Nasrallah sendiri meninggalkan Pertubuhan Amal Islami dan bersama-sama dengan gurunya Abbas Musawi membawa sama ramai pengikut. Organisasi baru ini mulai membaja gerakan gerila menentang kehadiran askar Zionis di Lubnan. Pada 16 Februari tahun 1985, sempena majlis memperingati syahidnya Sheikh Raghib Harb di sebuah husainiyyah di al-Shayyah, Hezbollah dengan rasminya wujud dan mulai mengisytiharkan jihad menentang pendudukan Zionis di bumi Lubnan. Motto Hezbollah ternyata memikat sejak awal iaitu menjadi umat yang menghubungkan dan menyatukan Muslim di seluruh dunia. Nasrallah malah diangkat menjadi salah seorang komander militari Hezbollah yang berjaya menyingkirkan penguasaan militia Amal di beberapa posisi sekitar Beirut. Sayyid al Musawi meletakkan batu asas yang penting dalam kalangan gerakan Islam dengan menggabungkan gerakan Islam yang ada di bawah satu pertubuhan al-Muqawwamah al-Wataniah al Lubnaniyyah.Hari ini Hezbullah adalah pemain sebenar dalam politik Lubnan meskipun mereka tidak memerintah dan berkuasa di parlimen. Ulangan: Hezbullah adalah pemain sebenar dalam politik Lubnan meskipun mereka tidak memerintah dan berkuasa. Hezbullah juga mendapat tempat di hati rakyat dengan kerja kebajikan yang modelnya diambil dari parti Da'wa dan Amal Islami yang kemudian bergabung dengan Hezbullah.Hari ini juga, di Lubnan, model reformasi pentadbiran dan agenda ekonomi Nabih Berri yang persis mahu dilakukan oleh seorang tokoh di sini dianggap lapuk, melucukan dan ketinggalan zaman. Malah Hezbullah, meski tidak berkuasa terus mendapat dokongan kumpulan kristian dan pelbagai bangsa lain. Nabih Berri dan sekian pemimpin liberalis dengan wajah pro Barat (poster boy majalah Barat katakan) telah luput. Hezbullah membuktikan satu strategi politik yang hebat dan jebat untuk gerakan Islam: berkuasa tidak semestinya berkuasa. Ulangan: berkuasa tidak semestinya berkuasa.Soalan saya kepada teman saya itu, dengan melakukan satu comparative political scenario (jika tuan-tuan tidak tahu, dalam disiplin politik ada lapangan ini); jika ada tokoh dalam PAS meski dia seorang pimpinan besar yang mahu mengorak langkah seperti Sayyid Musa al-Sadr, apakah akan ada keberanian untuk menolaknya? Seperti yang dilakukan oleh Sayyid Musawi dan Ayatollah Muhammad Hussein Fadlallah. Siapakah dalam PAS yang akan berani menjadi seperti mereka berdua? Siapakah yang akan berani menolak 'Nabih Berri' di sini?Rasa kecewa teman saya itu (di sebalik kebangkitan PAS selepas 8 Mac lalu) bukan sesuatu yang harus didiam dan diketepikan. Lambat-laun ia jadi bara dan akan terus memercik apinya kepada yang lain juga.Apakah akan ada gejala baru dalam politik gerakan Islam di Malaysia? Yakni apakah akan ada wadah baru yang 'memberontak' dari gejala masa kini lalu akhirnya muncul sebagai pemenang sebenar ala-ala Hezbullah?Apakah akan ada 'Sayyid Hassan Nasrallah Malaysia' yang menolak persekongkolan dengan gerakan sekularisme tetapi dalam masa yang sama memaksa gerakan sekularisme tunduk kepadanya? Apakah akan ada tokoh sehebat Nasrallah yang berani berkata tidak, tidak, tidak kepada tokoh pro Barat dan menempik dan bertindak tidak, tidak, tidak kepada Zionis?Siapa yang akan menyelamatkan hala tuju gerakan Islam di Malaysia dari terjerumus menjadi Pertubuhan Amal di bawah Nabih Berri?Kita semua mengaku dan tahu, era 'percekcokan' IRC-PAS-ABIM telah berlalu, tetapi tidakkah perkembangan terbaru ini akan membawa jurus lain dalam gerakan Islam. Apakah PAS sedang menjadi 'semakin sekular?' seperti Pertubuhan Amal di bawah Nabih Berri? Apakah PAS sedang menempa jalan Musa al Sadr yang nyata silap? Akan adakah ulama atau aktivis PAS yang 'membawa hati' secara senyap kalaupun tidak secara terang-terang? Lalu mereka menganjurkan: poros tengah, jalur lain, wadah baru yang satu hari nanti akan bergengsi ala-ala Hezbullah (yang kini diterima secara meluas oleh penganut Kristian Lubnan sekalipun)Betul, iklim gerakan Islam di Lubnan berbeza dengan Malaysia. Perbezaan itu sentral, kerana mereka yang kita bicarakan di Lubnan tadi jelas sekali golongan taabudi yakni menyerahkan soal kepimpinan secara total kepada marja mereka. Kerana menurut mazhab syiah soal kepimpinan mesti ditentukan secara nas (al-Quran, sunnah nabi dan pandangan ahlul bait). Sedangkan gerakan Islam di Malaysia yang berasaskan ahlus sunnah wal jamaah akan menentukan sikap dengan syura, ijtihad dan sebagainya. Di sinilah letak bezanya. Syura yang akan ditentukan oleh sekumpulan ulama, masih terdedah kepada keputusan yang longgar dan interpratif. Berbanding dengan keputusan yang berasas mutlak kepada nas. Oleh kerana itulah apabila Hezbullah ditanya apakah rahsia kejayaan mereka menghalau Israel dari Selatan Lubnan, Sayyid Hassan Nasrallah seorang Arab telah menjawab: Rahsia kami ialah kerana kami berpegang kepada wali faqih (pemimpin umat Islam syiah iaitu Sayyid Ali Khamenei di Iran yang berbangsa Parsi-Turki). Soalan teman saya sangat mengejutkan, malah provokatif. Di celah-celah sambal nasi lemak dan teh tarik dia bertanya kepada saya, ikhlas dan jujur:'Wajarkah aku meninggalkan PAS?'
03 April 2008
ULASAN ISU FILEM BELANDA HINA ISLAM
Isu Ahli parlimen Belanda yang menghina Islam melalui internet, macam-macam reaksi pemimpin UMNO tetapi satu tindakan tidak diambil keatasnya. Kalau betul lah kerajaan Islam Had Hari ada sensitiviti, putuskan sahaja hubungan diplomatik dengan mereka. saya bersetuju dengan cadangan Tun Dr. Mahathir, tindakanya ialah umat islam perlu bersatu dan jangan fikir kepentingan perut sendiri (Ekonomi)Saya nak bidas sedikit pandangan Tun dan semua pemimpin UMNO, Almarhum Dato' Fadzil Noor Presiden PAS pernah mengesyorkan pada Dr. Mahathir dulu semasa pidato bersama untuk kebebasan Palestin( ketika itu Malaysia bakal menjadi tuan rumah Persidangan OIC dan malaysia sebagai bakal pengerusinya ) agar OIC menubuhkan tentera bersekutu dikalangan negara-negara anggota untuk mempertahankan negara umat islam serta agamanya, tetapi sayang cadangan yang rasional ini tidak mendapat sambutan daripada para pimpinan UMNO.Akhirnya OIC walaupun dianggotai lebih daripada 50 buah negara Islam tetapi tidak ada apa yang dapat digerunkan oleh dunia barat. Esok lusa apa pula cemuhan dan penghinaan terhadap Islam lagi, OIC sekadar mengeluarkan kenyataan mengutuk. Di Malaysia sahaja, bila berlaku gejala murtad, apa yang UMNO buat tindakan.Kalau muka UMNO, rakyat tak harap apa-apa respon positif untuk mempertahankan Islam, dasar UMNO untuk kebangsaan bukan untuk Agama Islam.Sebab itu kalau bangsa lain hina melayu, UMNO sanggup bermandi darah.
sumber dari : http://www.kbsn26melaka.blogspot.com/
Ulama' gesa Daie bangkit tentang filem Fitna
KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Para pendakwah Islam digesa bangkit untuk menjelaskan kekeliruan berhubung filem pendek 'Fitna' yang ditayangkan menerusi internet sejak 27 Mac lalu. Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria berkata adalah menjadi tanggungjawab kepada pendakwah Islam untuk menjawab segala fitnah yang telah dilemparkan oleh penerbit filem tersebut, Geert Wilders menerusi internet memandangkan ia kini sedang giat ditayangkan melalui medium tersebut. "Hakikatnya, Geert Wilders itu adalah pihak yang menabur fitnah bukannya Islam yang menjadi fitnah. Justeru, para ilmuan dan pendakwah Islam hendaklah berganding bahu bagi menjelaskan fitnah yang cuba dipalitkan kepada kesucian Islam," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily. Mufti Perak itu menyatakan bahawa pihak mufti-mufti telah memutuskan pendirian berhubung isu penayangan filem tersebut. Kita kesal dengan kerajaan Belanda yang membenarkan filem tersebut ditayangkan meskipun kini mereka mahu mengambil tindakan ke atas Geert. "Kenapa daripada awal mereka tidak mengambil tindakan yakni mengenakan sekatan ? Kenapa dibiarkan juga mereka meneruskannya, sebab itu kita mengambil keputusan untuk memboikot produk Belanda sebagai protes," katanya. Filem pendek yang mempunyai dua versi ditayangkan selama 16 minit 48 saat dan 15 minit itu memaparkan beberapa potong ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai konsep jihad dan peperangan dalam Islam. "Malangnya ia telah disalah tafsirkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. saya sangsi mengenai niat sebenar ianya dibuat kerana ia tidak mengambil ayat-ayat sebelum dan selepasnya yang menjelaskan apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan," ujarnya lagi. Jelasnya, setiap ayat al-Quran mempunyai perkaitan antara satu sama lain yakni terdapat hubungkait antara ayat yang sebelum dan selepasnya. "Begitu juga dengan perintah berjihad dan memerangi orang kafir yang mempunyai ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran sekaligus ia turut memiliki sebab penurunan ayat tersebut yang dipanggil asbabun nuzul," katanya lagi. Beliau mengecam sekeras-kerasnya pihak pengeluar filem pendek tersebut yang seolah-olah mahu menuduh Islam menganjurkan kekerasan dan menggalakkan keganasan menerusi peperangan dan pembunuhan secara tidak berperikemanusiaan. Padahal dalam ayat yang sebelumnya menceritakan mengenai orang-orang yang memusuhi dan memerangi orang Islam, tetapi mereka tidak mengambil ayat tersebut. "Ini jelas mengeluarkan mengelirukan dan memfitnah Islam dengan menggunakan kitab suci ajarannya," ujarnya. Tambahnya, penghasilan Fitna adalah gambaran kepada keadaan orang Barat yang semakin takut dengan perkembangan ajaran Islam yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat di banyak negara. "Bahkan hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas penulis buku 'satanic verse' adalah setimpal dengan kesalahan pendakyah Islam kerana ia telah memfitnah Islam. "Kerana Allah telah berfirman bahawa sesungguhnya fitnah itu adakah lebih dahsyat daripada membunuh. "Jadi, tidak hairanlah jika sekiranya ada pihak yang mendesak supaya Geert dijatuhkan hukuman bunuh," tambahnya lagi. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor berkata isu ini adalah isu bersifat individu dan bukan kolektif yakni negara. "Ini bukan isu berbentuk 'state terrorisme' tetapi 'individual terrorisme' yakni Geert Wilders yang mahu meraih populariti dan keuntungan," katanya. Katanya, pemuda PAS menentang keras tindakan Geert tersebut kerana ia melibatkan soal maruah nabi dan umat Islam itu secara umumnya. "Kita masih merancang untuk membuat bantahan secara besar-besaran di samping memboikot produk keluaran negara tersebut untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak merendah-rendahkan Islam dan penganutnya," ujarnya. Beliau turut menjelaskan bahawa kes yang hampir sama pernah terjadi sebelum ini yang mengaitkan beberapa individu seperti Tasleema Nasir, Haidar bin Haidar dan salman Rushdie yang telah menerima hukuman mati akibat menghina agama Islam.
Pada 30 Mac lalu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w. Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam. Dalam kenyataan tersebut, beliau merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi. Justeru, beliau menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.
Pada 30 Mac lalu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w. Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam. Dalam kenyataan tersebut, beliau merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi. Justeru, beliau menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.
Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia. Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengecam tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menyiarkan filem bertajuk 'Fitna' secara online pada 27 Mac lalu. Filem tersebut dikatakan memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w. Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub melahirkan kekecewaan kerana apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda itu telah mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan umat Islam dan dikhuatiri boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan golongan bukan Islam seluruh dunia. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Belanda hari ini. Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Kaunselor Kehormat, Luc Schillings, di Lobi bangunan The AmpWalk, Jalan Ampang, pagi tadi. Sementara itu, Timbalannya, Nasruddin Hassan yang turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut tidak menolak kemungkinan akan mengadakan demonstrasi aman sekiranya kerajaan Belanda tidak menyatakan permohonan maaf. Beliau juga berkata langkah memboikot barangan daripada Belanda merupakan salah satu langkah memberi tekanan kepada kerajaan Belanda, termasuk menyekat sebarang hubungan ekonomi antara Malaysia dan negara tersebut
02 April 2008
Sama 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?
Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna' telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran. Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut 'menghasilkan' filem-filem yang secara tidak langsung 'mempersendakan' agama dan nilai akhlak seorang umat Islam. Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan' fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam. Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah. Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak? Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.
Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:-
1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.
2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).
3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi
4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.
1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.
2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).
3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi
4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.
"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal. "Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak," kata Faisal dalam blognya. Seorang penulis dalam laman web mstar online Wahida Asrani turut merasa tidak 'selesa' ketika menonton filem Akhirat ini gara-gara beberapa babak panas dan elemen seks yang ditonjolkan di dalam filem ini. "Bukan penulis tidak pernah menonton adegan-adegan seperti ini yang sering disajikan oleh filem-filem luar, tetapi rasa kurang senang itu timbul kerana filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini adalah filem tempatan," katanya. Lalu di samping 'mengutuk' filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam adalah lebih baik dalam masa sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam mengambil masa 'merenung diri' melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya dikira 'berbahaya' dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua.
Boikot barangan Belanda !!!!
Oleh Bernama
Selasa, 01 April 2008
KL: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama dengan anggota Majlis Permuafakatan Antara NGO (Mapan) dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa pengguna Islam di negara ini melancarkan kempen boikot terpilih produk keluaran Belanda.Pengarah Projek PPIM Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pemulauan itu adalah tanda bantahan terhadap tindakan salah seorang anggota Parlimen Belanda, Greert Wilders mengeluarkan sebuah filem pendek yang secara terang-terangan menghina Islam bertajuk 'Fitna' menerusi Internet."Boikot terpilih ini adalah usaha kita menyuarakan bantahan secara aman terhadap perhinaan dan provokasi terhadap Islam."Tiada gunanya kita bersikap agresif tetapi kita perlu bangkit menyuarakan bantahan untuk mempertahankan hak dan maruah umat Islam dengan bijaksana," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Noor Nirwandy berkata produk-produk terpilih keluaran Belanda yang perlu diboikot termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.Katanya, pasaraya Mydin akan bekerjasama meletakkan tanda produk keluaran Belanda yang dijual di pasar raya itu bagi membolehkan pengguna mengenalpasti produk tersebut."PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas kepada mereka supaya tidak mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam selain belajar menghormati sesama manusia," katanya.
Selasa, 01 April 2008
KL: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama dengan anggota Majlis Permuafakatan Antara NGO (Mapan) dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa pengguna Islam di negara ini melancarkan kempen boikot terpilih produk keluaran Belanda.Pengarah Projek PPIM Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pemulauan itu adalah tanda bantahan terhadap tindakan salah seorang anggota Parlimen Belanda, Greert Wilders mengeluarkan sebuah filem pendek yang secara terang-terangan menghina Islam bertajuk 'Fitna' menerusi Internet."Boikot terpilih ini adalah usaha kita menyuarakan bantahan secara aman terhadap perhinaan dan provokasi terhadap Islam."Tiada gunanya kita bersikap agresif tetapi kita perlu bangkit menyuarakan bantahan untuk mempertahankan hak dan maruah umat Islam dengan bijaksana," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Noor Nirwandy berkata produk-produk terpilih keluaran Belanda yang perlu diboikot termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.Katanya, pasaraya Mydin akan bekerjasama meletakkan tanda produk keluaran Belanda yang dijual di pasar raya itu bagi membolehkan pengguna mengenalpasti produk tersebut."PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas kepada mereka supaya tidak mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam selain belajar menghormati sesama manusia," katanya.
Adun Sungai Rambai tambah edaran MHI untuk saingi Harakah
Zaili Muhammad
SUNGAI RAMBAI, 2 April (Hrkh) Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sungai Rambai, Hassan Abdul Rahman (BN), bertindak menambah edaran akhbar rasmi kerajaan negeri, Melaka Hari Ini (MHI) yang banyak memuatkan berita dan aktiviti Umno bagi menyaingi peranan Harakah yang berjaya mengurangkan majoriti beliau.Menurut Hassan, bagi memastikan matlamat itu dapat dicapai, beliau akan memastikan semua masjid, sekolah dan warung-warung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan dibekalkan dengan akhbar MHI, malah kosnya akan dibiayai oleh beliau sendiri. "Dengan adanya akhbar MHI ini, masyarakat sekeliling dalam DUN Sungai Rambai akan dapat mengetahui perkembangan yang berlaku dan mereka tidak akan mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang selalu membuat pembohongan," katanya. Menurut bekas calon PAS bagi DUN tersebut, Aminuddin Abdul Jalil, tindakan menyalah gunakan akhbar rasmi kerajaan negeri sebagai alat propaganda murahan Umno adalah merupakan suatu tindakan yang tidak bermaruah. "Beliau sudah terdesak kerana risalah kempen dan peranan besar yang disumbangkan oleh Harakah telah berjaya menyedarkan pengundi dan hasilnya majoriti BN merosot pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu," kata Aminuddin. MHI adalah akhbar rasmi Kerajaan Negeri Melaka yang diterbitkan setiap hari dan dijual dengan harga RM1 senaskhah tetapi tidak mendapat sambutan daripada orang-ramai. Ini menyebabkan kerajaan negeri menanggung segala kosnya dan mengedarkan secara percuma kepada orang-ramai. Berita dan laporan yang dimuatkan di dalamnya bukanlah bertujuan menyampaikan maklumat berkenaan hal-ehwal Negeri Melaka tetapi dieksploitasikan bagi mengambarkan kebaikan dan keselesaan rakyat Melaka di bawah pemerintahan BN.
TINDAKAN PENGECHOT DAN BACHOL...
Oleh Bernama
Rabu, 02 April 2008
ALOR STAR: Semua 1,938 anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya daripada UMNO diarah meletak jawatan berkuatkuasa semalam ekoran kekalahan Barisan Nasional di negeri itu dalam pilihan raya 8 Mac lepas. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat badan itu yang dipengerusikannya di pejabat UMNO Kedah di sini malam tadi. Katanya semua anggota JKKK yang dilantik oleh kerajaan BN pada 2006 dan tahun lepas untuk tempoh dua tahun yang hadir pada mesyuarat itu mencapai persetujuan bersama untuk meletak jawatan.“Bagaimanapun mulai semalam juga semua JKKK tersebut akan dilantik sebagai JKKK Persekutuan dan mereka akan ditauliahkan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu. Mahdzir, yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah, berkata peranan dan tugas JKKK Persekutuan adalah sama seperti tugas JKKK negeri
Rabu, 02 April 2008
ALOR STAR: Semua 1,938 anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya daripada UMNO diarah meletak jawatan berkuatkuasa semalam ekoran kekalahan Barisan Nasional di negeri itu dalam pilihan raya 8 Mac lepas. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat badan itu yang dipengerusikannya di pejabat UMNO Kedah di sini malam tadi. Katanya semua anggota JKKK yang dilantik oleh kerajaan BN pada 2006 dan tahun lepas untuk tempoh dua tahun yang hadir pada mesyuarat itu mencapai persetujuan bersama untuk meletak jawatan.“Bagaimanapun mulai semalam juga semua JKKK tersebut akan dilantik sebagai JKKK Persekutuan dan mereka akan ditauliahkan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu. Mahdzir, yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah, berkata peranan dan tugas JKKK Persekutuan adalah sama seperti tugas JKKK negeri
Langgan:
Catatan (Atom)