30 Mei 2008

BANTAHAN TERHADAP PERLAKSANAAN PENDIDIKAN SEKS DALAM PROGRAM PLKN

Aiman Athirah Al Jundi

Dewan Muslimat PAS pusat membantah cadangan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Ng Yen Yen untuk memasukkan slot pendidikan seks kepada para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti yang telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia (8 Mei 2008). Dewan Muslimat melihat cadangan tersebut dibuat dengan sikap ambil mudah dan seolah-olah melepaskan batuk di tangga kerana kementerian terbabit bersama Kementerian Pelajaran sewajarnya terlebih dahulu meletakkan dan menjelaskan kepada umum akan konsep, objektif dan mekanisme pendidikan seks itu sebelum mengambil tindakan bersifat "tangkap muat" kepada para pelatih PLKN dan seterusnya kepada generasi muda seluruhnya. Bahkan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks tersebut mestilah dapat diterima serta mengambil kira pandangan semua kaum dan agama dalam negara ini kerana rakyat Malaysia beragama, beradab dan berbudaya luhur.
Konsep, objektif dan mekanisma itu nanti seeloknya juga dimuatkan dalam Dasar Sosial Negara (DSN) yang telah dilancarkan pada 19 Ogos 2003 kerana yang jelas wujud kelompangan sangat ketara dalam DSN meskipun telah lima tahun berlalu.Sehingga kini, Dewan Muslimat mengenal pasti bahawa pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat belum lagi diambil kira bagi menghasilkan pengisian yang terbaik untuk program tersebut.

Pandangan dan perspektif Islam contohnya merupakan aspek yang sangat penting untuk diberikan perhatian agar agenda program tersebut dapat membuahkan hasil yang terbaik.Pendidikan seks dalam Islam ternyata berusaha menutup segala kemungkinan (yakni ruang dan peluang) ke arah hubungan seks terlarang (zina).Firman Allah dalam surah al-Isra’: 32 bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk."Manakala dalam an-Nur: 30-31 misalnya, Allah berfirman (maksud): "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka... Katakanlah kepada wanita yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya..."Dewan Muslimat menyedari bahawa pendidikan seks telah menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat melibatkan masyarakat awam, kerajaan, ahli akademik dan lain-lain.Oleh sebab itu, topik berkaitan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks merupakan aspek penting yang terlebih dahulu mesti dilumatkan dalam perbincangan kerana ia perlu difahami secara tuntas, jelas dan mendalam sebelum program tersebut dilaksanakan.

Semua itu merupakan asas dalam menentukan kerangka, hala tuju dan hala cara pelaksanaan program pendidikan tersebut.Turut perlu diberikan penekanan, kriteria guru yang akan dipertanggungjawabkan dalam pengajaran subjek pendidikan seks. Tentunya individu tersebut seseorang yang mesti terlatih, berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan santun dalam penyampaiannya.Jika dilihat pada perspektif agama, perbincangan tentang seks digalakkan selagi ia bermatlamatkan untuk mencari kebenaran dan sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.Perbincanganan tersebut mestilah berlandaskan penafsiran ayat-ayat al-Quran, al-sunnah dan juga pandangan ilmuan Islam yang berautoriti sama ada dalam kalangan ilmuan lampau atau semasa.Hasil perbincangan tersebut sepatutnya mampu menghasilkan satu garis panduan jelas untuk menggubal Dasar Etika dan Adab berkaitan dengan kekeluargaan, seksualiti dan reproduksi yang bercirikan Islam, rahmatan lil ‘alaamin (rahmat kepada seluruh alam).Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat ingin mengingatkan kementerian pembangunan wanita bahawa Malaysia tidak wajar terbawa-bawa dan dibiarkan mengikut rentak atau acuan negara-negara Barat.Konsep yang digunakan oleh pihak Barat dalam pendidikan seks sudah ternyata gagal, kerana jelas generasi muda mereka dalam konteks pendidikan seks yang mereka amalkan - ibarat semakin dididik, semakin rosak!

Ia berlaku disebabkan mereka (generasi muda Barat) bukan diajar agar menjauhi zina tetapi dididik tentang peri pentingnya melakukan apa yang disebut oleh golongan liberal sebagai "seks aman dan sihat", agar tidak meninggalkan kesan yang negatif seperti mengandung anak luar nikah, menularnya penyakit kelamin dan seumpamanya termasuk AIDS dan HIV!

Beberapa penelitian sains sosial, misalnya yang dijalankan oleh John Hokins pada tahun 1982 lagi telah menemukan betapa lebih 80 peratus remaja di Amerika Syarikat contohnya sudah pernah terlibat dengan aktiviti seks (di luar nikah).Rumusan yang hampir sama telah diungkap oleh Marion Wright Elderman, presiden organisasi Children Defense Fund. Apakah generasi muda sebegitu yang mahu kita lahirkan daripada pelaksanaan subjek pendidikan seks yang bersifat "tangkap muat" dan "melepaskan batuk di tangga"?Lebih menimbulkan keraguan dan kerisauan kita, bila ia dicadangkan untuk dimasukkan menjadi satu slot atau barangkali modul baru bersempena adanya satu Program Latihan Khidmat Negara? Justeru, Dewan Muslimat mendesak agar menteri pembangunan wanita menjelaskan kepada kita apakah rasionalnya pihak kementeriannya mengusulkan cadangan ini kepada timbalan perdana menteri dan seterusnya kepada Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) atau Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)?Adakah kementerian pembangunan wanita telah sekurang-kurangnya mengadakan kajian tentang keberkesanan cadangan tersebut sebelum ia diusulkan?Dewan Muslimat percaya, sangat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab apabila pihak kementerian bertindak mengemukakan cadangan tersebut dalam satu program yang jelas mempunyai visi dan misi yang khusus dalam konteks patriotisme seseorang remaja.

Apatah lagi umum mengetahui betapa modul-modul yang sedia ada dalam PLKN seperti modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karektor dan modul khidmat komuniti sudah terlalu padat dan berat.Bukan setakat itu, kementerian wajar sedar dan mengambil iktibar daripada segala masalah yang telah timbul dalam PLKN sejak ia diperkenalkan pada 2004.Kekerapan pelbagai masalah bersilih ganti sepanjang tempoh pelaksanaannya seperti pergaduhan, gangguan seks, peras ugut, ragut, cabul, rogol, penyalahgunaan dadah, kes kehilangan pelatih dan yang paling malang, sehingga kini sejumlah 16 kematian pelatih direkodkan. Lebih merisaukan kita semua, khususnya ibu bapa, apabila subjek pendidikan seks tersebut dihidangkan kepada para remaja yang merupakan pelatih PLKN dalam keadaan mereka itu berjauhan daripada pemerhatian keluarga.Apatah lagi umum mengetahui betapa generasi muda ini khususnya yang meningkat remaja adalah satu kelompok yang ghairah untuk mencuba segala yang baru.Dapatkah kita membayangkan apakah yang akan berlaku nanti setelah mereka didedahkan dengan subjek pendidikan seks di tempat dan pada masa yang saya percaya sangat tidak sesuai? Justeru, Dewan Muslimat menegaskan bahawa PLKN bukanlah satu saluran hatta bukan juga satu tempat dan masa yang sesuai untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyelitmasukkan subjek atau modul pendidikan seks kepada para pelatih.Cadangan tersebut mesti ditarik balik dengan segera dan kementerian disaran terlebih dahulu menjelaskan kepada rakyat tentang Konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks yang mahu diterapkan dan diserapkan masuk kepada generasi muda negara kita.


Aiman Athirah Al Jundi ialah setiausaha Dewan Muslimat PAS.

KERANA PEREMPUAN ..JANTAN TAK SENANG DUDUK

Lima jam rusuhan kelmarin melibatkan hampir 100 pelajar sebuah kolej di Mantin dan penduduk sekitarnya. Isu politik?Hanya gara-gara sekumpulan warga tempatan tidak berpuas hati hubungan seorang pelajar Afrika dengan wanita Melayu di situ sehingga mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan cedera parah.Menurut siasatan polis Negeri Sembilan, beberapa pelajar Melayu dan penduduk sekitar kolej yang tidak senang dengan hubungan tersebut menyerang lelaki Afrika itu.Serangan sekumpulan 20 hingga 30 lelaki Melayu menyebabkan dua lagi rakan mangsa, juga dari Afrika, turut mengalami kecederaan."Seorang daripadanya dilaporkan parah selepas patah bahagian tangan, manakala dua lagi pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar," kata ketua polis negeri Datuk Osman Salleh.Kejadian yang tercetus mulai jam 9.30 malam kelmarin berjaya dileraikan kira-kira 2.30 pagi, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Semasa kejadian, beberapa kereta mengalami kerosakan dan sebuah pondok pengawal di hadapan kediaman pelajar dari benua itu turut dirobohkan, kata Osman.Menurut polis, kedua-dua pihak bersenjatakan kayu dan kejadian itu dikelaskan sebagai merusuh. Mereka disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat setakat ini.Menurut akhbar itu lagi, hampir 50 pelajar Afrika berkumpul di hadapan flat kediaman mereka di sebuah taman perumahan di Mantin sambil memegang beberapa batang kayu besbol dan besi.

Mereka menjerit meluahkan rasa tidak puas hati apabila rakan-rakan mereka dibelasah sekumpulan lelaki Melayu.Keadaan bertambah tegang sejurus selepas tengah malam apabila mereka enggan berganjak walaupun polis dan pengurusan kolej cuba menenangkan mereka.Sebaliknya ada di antara mereka cuba bertindak agresif.Suasana di luar kawasan kediaman yang berpagar itu pula menyaksikan, laporan itu dipetik, sekumpulan lelaki dan penduduk berhampiran berdiri di bahagian kanan jalan dan turut membawa kayu besbol yang diletakkan dalam semak dan dalam kereta mereka.Insiden itu dapat dikawal apabila sepasukan polis yang diketuai timbalan ketua polis daerah Seremban, Supt. Azmi Abu Kassim berjaya berunding bersama wakil pelajar Afrika dan pengurusan kolej kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.

SANGLANG DALAM PENANTIAN

KANGAR, 29 Mei (Hrkh) - Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Dato' Kamaluddin Md Said yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau) mengakui bahawa SPR membuat kesilapan semasa mengumumkan keputusan pilihan raya 8 Mac lalu.Beliau berkata demikian ketika membuat ulasan ke atas bantahan awal yang dikemukakan calon BN, Abdullah Hassan ke atas petisyen pilihan raya Dun N.15 Sanglang yang dikemukakan oleh calon PAS, Ustaz Hashim Jasin di mahkamah pilihan raya yang bersidang di sini semalam."Kami mengakui bahawa berlakunya kesilapan. Berdasarkan Akta Peraturan dan Perjalanan Pilihan raya, sepatutnya calon yang memperolehi undi yang lebih diisytiharkan menang. Sebaliknya yang memperolehi undi yang kurang diisytiharkan menang," katanya ketika diminta oleh hakim pilihan raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani untuk memberikan komen berkaitan bantahan awal tersebut.Kamaluddin turut menyatakan bahawa pihak responden pertama (SPR) dan responden kedua (Mohammad Daud) tidak pernah mengarahkan peguam yang mewakili responden ketiga untuk mengetepikan mereka daripada petisyen tersebut.

Peguam yang mewakili responden ketiga, Jega Karuppiah semasa penghujahannya telah menyebut bahawa pihak pempetisyen tidak boleh meletakkan SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebagai responden dalam petisyen tersebut.Dalam petisyen ini, responden pertama dan kedua tidak mengemukakan sebarang bantahan."Saya berpendapat bahawa kes ini perlu dibicarakan," kata Kamaluddin.Terdahulu, Zainal Adzam menolak bantahan yang dikemukakan Ustaz Hashim ke atas bantahan awal Abdullah.Jega kemudiannya mengemukakan penghujahan panjang ke atas bantahan awal tersebut disusuli Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hashim.Mohamed Hanipa antara lainnya menyebut bantahan awal yang dikemukakan itu bersifat teknikal dan mengguna pakai peraturan lama yang telah dibuat pindaan serta memohon agar kes tersebut dibicarakan.Zainal Adzam kemudiannya menangguhkan persidangan mahkamah dengan memutuskan tarikh 4 Jun ini untuk beliau memberikan keputusan sama ada menerima bantahan awal tersebut atau meneruskan dengan perbicaraan.Selain Mohamed Hanipa, Ustaz Hashim turut diwakili oleh Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin.Kamaluddin pula dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan, Rozi Bainon dan Wan Roslan Wan Ismail manakala Jega pula dibantu oleh A. Albert Antonie.Petisyen ini difailkan oleh oleh Ustaz Hashim untuk mengisytiharkan beliau sebagai pemenang dalam PRU pada 8 Mac lalu.Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut diisytiharkan kalah kepada Abdullah dengan majoriti 149 undi.Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi. -

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT MENGENAI ISU PAKAIAN SEKOLAH

DMPP berpendapat bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia wajar memandang serius akan cadangan yang dikemukakan oleh PKPIM berhubung sistem pemakaian seragam pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Sudah tentu keberanian mereka mengemukakan kritikan dan seterusnya cadangan itu adalah didorong oleh keyakinan mereka kepada agama dan nilai-nilai hidup Islam.Bahkan cadangan PKPIM itu wajar disambut dengan hikmah kebijaksanaan seorang menteri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Adat dan budaya Melayu mengajar bangsanya agar berpakaian tidak menjolok mata, sopan dalam penampilannya dan santun dalam gerak langkahnya.Dicantikkan lagi dengan hadirnya Islam yang menganjurkan ummatnya menjaga batasan-batasan aurat. Justeru, apa jua tindakan menteri terbabit terhadap cadangan ini akan menjadi isyarat kepada generasi muda tentang pendirian Ketua Pemuda itu terhadap bangsa dan agamanya.Justeru, apakah salahnya Menteri Pelajaran, YB. Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersikap terbuka dengan cadangan PKPIM ini? Apa salahnya sekiranya PKPIM yang merupakan sebuah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (persatuan berdaftar) cuba mengambil sikap prihatin dan bertanggungjawab terhadap kelompok masyarakat mereka iaitu masyarakat pelajar?DMPP sedar bahawa pakaian bukanlah merupakan satu-satunya faktor terjadi dan seterusnya meningkatnya jenayah seksual. Ada banyak faktor yang terlibat bagi keadaan itu. Namun, DMPP menegaskan bahawa faktor pemakaian seseorang perempuan masih tergolong sebagai antara faktor pemangkin kepada berlaku dan meningkatnya jenayah tersebut. Justeru, bagi menghadapi apa jua krisis sosial dalam masyarakat termasuklah jenayah seksual misalnya, maka setiap faktor perlu dikenalpasti. Manakala tindakan bagi menangani krisis tersebut mesti dibuat dengan cara menanganinya satu persatu dan PKPIM sedang berusaha membantu kita bagi menangani punca masalah ini dengan mengambil tanggungjawab ke atas faktor pakaian.

DMPP percaya bahawa adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak melenting terhadap cadangan PKPIM ini. Mengapa perlu setiap kali kita bicara soal pakaian maka kelihatan beberapa pihak akan mengambil sikap ”Personal” mempertahankan kebebasan diri sebagai perkara yang lebih utama. Bahkan tidak kurang yang akan menolaknya mentah-mentah dengan seterusnya memberi pelbagai faktor lain yang lebih utama menjadi punca.Justeru, DMPP mendesak agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta badan-badan NGO’s wanita yang prihatin agar segera membuat kajian menyeluruh berhubung dengan perkara ini.DMPP percaya bahawa pendirian beberapa pihak yang menolak mentah-mentah akan wujudnya hubungan antara pakaian dan jenayah seksual adalah dibuat berdasarkan pandangan peribadi, pandangan sekumpul kecil mereka dan bukannya pandangan masyarakat teramai di seluruh negara.DMPP juga menyarankan kepada PKPIM agar segera membuat pungutan suara di kalangan pelajar di seluruh negara terhadap pandangan mereka berkaitan faktor pakaian sebagai antara faktor pemangkin berlaku serta meningkatnya jenayah seksual.Dalam konteks pemakaian baju kurung putih bagi pelajar perempuan di sekolah, DMPP percaya bahawa bukanlah warna pakaian seragam itu yang wajar menjadi tumpuan kita. Tetapi material kain putih yang digunakan untuk membuat baju sekolah itu. Kita tidak dapat menafikan bahawa material kain putih yang digunakan selama ini adalah agak nipis dan menyebabkan pelajar-pelajar perempuan kelihatan agak seksi khususnya bila tidak mengenakan tudung yang dapat membantu menutup dada mereka (sekiranya dilabuhkan sedikit).

Apatah lagi sekiranya mereka hanya memakai bra tanpa mengenakan singlet dalam. Lebih ketara bilamana warna pakaian dalam mereka lebih terang/ kontra dengan seragam putih yang mereka pakai. Hakikat ini tidak mungkin dapat kita sembunyikan. Lebih malang bagi pelajar perempuan ialah bilamana hari hujan. Justeru, cadangan PKPIM kepada Kementerian Pelajaran itu merupakan cadangan yang sangat bertanggungjawab dan munasabah mengambilkira prinsip-prinsip perundangan Islam dan kaedah-kaedah usul fiqh.Bahkan dalam hal ini, DMPP mendesak agar Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan (refresh) satu Fatwa berkaitan pakaian dan aurat bagi wanita Islam (termasuk pelajar-pelajar wanita Islam). Ini kerana meskipun di dalam Al Quran seperti contohnya dalam Surah An Nur: 31, Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud : ”Hendaknya mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dada, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir..”.Namun sehingga kini ternyata ramai pihak masih berdolak dalik dalam hal aurat seorang wanita Islam. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Islam dan ummatnya, maka Majlis Fatwa Kebangsaan wajar memperbetulkan pandangan songsang pihak pemerintah khususnya Perdana Menteri sendiri terhadap persoalan ini. Sikap membisu para alim ulama’ kerajaan dan tidak tegasnya segelintir mufti dalam hal ini akan hanya mengheret ummat Islam kepada salah faham dan tidak faham kepada Islam.

Bahkan terdapat juga kalangan yang bersikap buat-buat tidak faham terhadap Islam. Lebih malang bilamana terdapat juga segelintir pihak yang menggunakan kesempatan sebegini untuk mempersenda-sendakan Islam.DMPP seterusnya merafa’ sembah ke bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Duli Yang Mulia Majlis Raja-Raja Melayu yang bertanggungjawab terhadap agama Islam agar terus mempertahankan kemuliaan dan ketinggian hukum-hakam Islam khususnya syariat yang berkaitan dengan batasan-batasan aurat bagi seorang wanita Islam.DMPP menyelar mana-mana pihak yang cuba mempermainkan Islam dan ummatnya termasuk tindakan mereka yang sengaja melabelkan PKPIM atau mana-mana Gerakan Islam di Malaysia sebagai ”Little Taliban” dan kononnya berusaha membawa Talibanisme ke dalam masyarakat Islam negara ini. Tindakan ini adalah sangat keterlaluan dan biadab !Akhirnya, DMPP mengucapkan syabas kepada PKPIM khususnya Pengerusi HeWinya iaitu Saudari Munirah Bahari atas keprihatinannya, kebertanggungjawabannya dan keberaniannya mengemukakan satu cadangan yang begitu baik. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran menghadapi saranan-saranan masyarakat dengan hati terbuka, adab melayu dan berjiwa Islam.

Hormat Daripada,
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Setiausaha
25 Mei 2008, Kuala Lumpur .

ISTERI NAJIB JADI SASARAN PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang kelmarin melancarkan serangan baru terhadap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut satu laporan laman berita setempat.Kali ini tumpuan mereka ialah terhadap isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar), kata laporan laman berita, The Malaysian Insider, lewat kelmarin.Kelmarin, Anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Gombak, Encik Azmin Ali, mendakwa Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan kedutaannya di luar negara itu terpaksa menanggung perbelanjaan 'tidak rasmi' dalam usaha mereka menjaga isteri-isteri orang kenamaan (VIP), sambil memberi contoh bayaran cukai, pengangkutan dan bagasi tambahan Datin Rosmah yang ditanggung misi di London apabila Datuk Najib melawat ke sana tahun lalu.'Ia antara kos tertinggi yang ditanggung misi di sana. Saya tidak akan katakan ini jika tiada bukti. Kami mempunyai laporan awal dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana,' kata Encik Azmin.Ulasan beliau mengundang teriakan kurang senang dari beberapa AP lain, termasuk Dr Ahmad Fuad Zarkashi dan satu bangkangan dari Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim.

Menteri itu berkata Suruhanjaya Malaysia di Britain mengesahkan bahawa mereka hanya menerima ketibaan Datuk Najib dan Datin Rosmah di sana.'Suruhanjaya Tinggi menegaskan bahawa ia tidak membuat sebarang bayaran tidak relevan bagi pihak isteri timbalan perdana menteri. Apa yang dikatakan beliau tidak benar,' kata Datuk Rais.Encik Azmin membalas sambil berkata: 'Masih pagi lagi di London. Bagaimana Suruhanjaya Tinggi kita di Britain boleh selesaikan siasatan itu dalam masa singkat?'Datuk Najib pula enggan mengulas dakwaan 'remeh dan sesuka hati' Encik Azmin itu sambil menafikannya, menurut The Malaysian Insider.


7 BEKAS AHLI PKR IKUT JEJAK EZAM

KUALA LUMPUR: Tujuh mantan pemimpin utama cabang pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), termasuk mantan setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menurut jejak mantan bekas ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, menyertai Umno, menurut beberapa laporan laman web berita setempat semalam.Mereka ialah Encik Aswan Din Hamzah, Encik Abdul Ghani Haron, Encik Annuar Shaari, Encik Johari Mohd Yasin, Encik Mohd Nazmi Rosli, Encik Ahmad Daud Che Ghani dan Encik Khairul Annuar Ramli, kata laporan laman The Malaysian Insider semalam.Permohonan mereka perlu diluluskan oleh majlis tertinggi parti, tetapi mereka akan tahu dalam masa sebulan ini, kata laporan itu.'Biasanya mereka (Umno) akan menerimanya. Saya yakin mereka akan diterima,' kata Encik Annuar, sebagaimana yang dipetik dalam laporan The Malaysian Insider itu.

Mengenai mengapa beliau tidak menyerahkan permohonannya bersama Encik Mohamad Ezam, Encik Annuar dalam laporan tersebut berkata ia disebabkan beliau tidak tahu bahawa Encik Mohamad Ezam telah menyerahkan permohonannya kelmarin.Namun, satu laporan laman berita Malaysiakini semalam berkata hasrat mereka itu diumumkan Encik Mohamad Ezam dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya pagi semalam.Encik Annuar, mantan ketua PKR Permatang Pauh, pernah menjadi setiausaha sulit Datuk Seri Anwar di Kementerian Kewangan Malaysia pada satu ketika dulu.

28 Mei 2008

ADUN DAP LAGI FAHAM ISLAM DARI ADUN ISLAM ??

ADUN DAP Kampung Tungku Lau Weng Sang nampaknya lebih faham Islam dari Imam Hadhari dalam bab kebebasan dan keadilan.Dalam hujahnya ketika membentang usul tergempar mengkritik ISA, YB Lau berkata ISA jelas bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ia bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa', ayat 15 surah as-Syura dan ayat 90 surah an-Nahl.
Apa yang jelas, penahanan seseorang tanpa perbicaraan merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang patut dikutuk dan dikritik sekeras-kerasnya, khususnya dalam kes ini di mana seorang wakil rakyat telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.Lau berkata demikian ketika membentang usul tersebut yang berbunyi "Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang Berhormat Tuan M Manoharan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini."Dari hujah-hujah beliau diatas jelas beliau lebih memahami Islam dalam bab keadilan dan kebebasan berbanding Imam Besar Islam Hadhari, Pak Lah Badawi yang masih mengekalkan ISA yang tidak bertamadun.Kita hairan bagaimana seorang yang mengaku hebat dan faham Islam masih mahu mengekalkan ISA yang jelas bertentangan dengan Islam.

MALULAH SIKIT KEPADA YB LAU WENG SAN YANG BELUM ISLAM TETAPI LEBIH MEMAHAMI KEADILAN DAN KEBEBASAN DALAM ISLAM.

KOMENTAR : TABIK SPRING PADA YB PADANG SERAI EN. GOBI YANG BOLEH BACA DAN FAHAM QURAN BANDING NGAN YB UMNO/ BN YANG TAK FAHAM

Pulau Pinang pula ikut jejak Selangor

BUTTERWORTH: Pulau Pinang menjadi negeri Pakatan Rakyat kedua selepas Selangor bertindak mengharamkan sebarang program yang mempunyai kaitan dengan konsep Islam Hadhari. Timbalan Ketua Menteri I, Muhammad Fairus Khairuddin, berkata kerajaan negeri sependapat dengan keputusan Kerajaan Selangor kerana konsep Islam Hadhari hanya mengelirukan rakyat, sama ada Islam atau bukan Islam. Katanya, umat Islam hanya perlu beramal dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah kerana ia sudah lengkap dan tidak berubah selain bertujuan menjaga kesucian agama Islam.

"Pendirian ini memang sudah lama kami suarakan terutama selepas konsep itu diperkenalkan di negara ini. Selain tidak selari dengan Islam serta al-Quran dan Sunnah, istilah Hadhari juga salah mengikut tata bahasa Arab."Tidak wujud istilah Hadhari dalam bahasa Arab. Yang wujud adalah Hadharatul Al-Islamiyah yang bermaksud ketamadunan Islam," katanya ketika dihubungi, semalam.

'PKR politikkan Islam Hadhari ??

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat mengharamkan semua pelaksanaan program berkonsepkan Islam Hadhari di negeri itu sebagai bermotifkan politik semata-mata."Itu pendapat dia, tetapi kita punya pendapat lain. Mereka mahu mempolitikkan Islam Hadhari sedangkan hakikatnya gagasan itu adalah satu konsep yang membawa pengertian terhadap Islam daripada sudut ketamadunan. "Islam Hadhari adalah pendekatan bagi memperjelaskan bahawa ia adalah agama yang merangkumi semuanya, termasuk penekanan mengenai bagaimana membina tamadun yang terbaik. Maknanya, ini pendekatan, bukan penafsiran mengenai ajaran Islam," katanya.Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan komandan kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), di sini, semalam.Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Mohamed Ali berkata, Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor memandangkan ajaran Islam diamalkan di negara ini lengkap dan menyeluruh dari segala aspek.Sehubungan itu, kerajaan negeri mengarahkan semua masjid dan surau di Selangor tidak lagi menjalankan program Islam Hadhari dan pegawainya juga tidak dibenarkan menyentuh soal itu dalam khutbah Jumaat. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata tindakan Selangor menolak sebarang bentuk dan program yang mempunyai kaitan dengan Islam Hadhari disifatkan sebagai naif dan hanya retorik politik untuk menindas pemikiran rakyat. Katanya, langkah diambil Kerajaan Selangor itu memenuhi agenda Pakatan Rakyat terutama Pas kerana Islam Hadhari diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memecah dakwaan parti itu sebagai satu-satunya parti memperjuangkan Islam di negara ini. "Islam Hadhari adalah satu pendekatan dalam pembangunan umat menerusi program serta agenda mengisi tuntutan al-Quran dan Sunnah yang istilahnya sudah diterima ratusan ulama lulusan Al Azhar yang hadir dalam Multaqa' Ulama baru-baru ini. "Pada saya pengharaman ini adalah langkah menyekat usaha mendaulatkan Islam di negara ini dan satu cara menindas pemikiran rakyat supaya menolak Islam Hadhari," katanya pada sidang media di sini, semalam. Mohd Nakhaie berkata, walaupun Selangor mengharamkan masjid dan surau mengadakan khutbah atau ceramah yang menyentuh mengenai Islam Hadhari namun mereka tidak boleh menguatkuasakan sebarang undang-undang untuk menahan sesiapa yang melanggar arahan itu. Katanya, kuasa berkenaan terletak pada tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mempunyai hak atas urusan masjid dan surau di negeri itu. "Apabila Islam Hadhari diharamkan, bermakna semua prinsip di dalamnya turut ditentang dan sudah pasti ia mengharamkan perbincangan mengenai keimanan, kerajaan adil serta amanah dan ini menunjukkan Pas menyokong perjuangan hebat menentang Islam yang dilakukan DAP. "Ini satu tindakan yang tidak mencerminkan agenda sebenar Pas yang mendakwa mereka adalah parti yang berjuang untuk kepentingan Islam apatah lagi kita tidak nampak apa usaha dan agenda yang dilakukan parti itu," katanya.

Tuan Guru Nik Aziz berangkat tunai umrah pagi tadi


Intan Abdullah
Tue | May 27, 08 | 11:45:30 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat beserta rombongan telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah pagi tadi.

ImageTurut serta bersama beliau, isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak, bersama lima ahli keluarga lain yang terdiri daripada anak-anak dan menantu beliau.

Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan itu dijangka akan berada di Mekah selama dua minggu.

Ustaz Nik Aziz ketika ditemui di bilik rehat VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa penerbangan beliau daripada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa berhenti pada jam 8.50 malam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya pada jam 3 pagi.

Dalam pertemuan ringkas bersama ahli parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof dan Senator Mumtaz mat Nawi, beliau sedang berehat bersama keluarga melahirkan rasa syukur beliau kerana berkesempatan menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.

ImageSungguhpun begitu, Ustaz Nik Aziz masih sempat bertanyakan mengenai perkembangan semasa yang berlaku di dalam perbahasan dewan rakyat dan dewan negara kepada kedua-dua ahli parlimen tersebut.

Siti Zailah dan Senator Mumtaz, beserta rakyat Kelantan keseluruhannya mendoakan kesihatan Tuan Guru, agar beliau dapat menyempurnakan ibadah umrah serta kembali bertugas dengan sebaiknya.

Sepanjang pemergian beliau selama dua minggu, jawatan MB Kelantan dipangku oleh Dato' Husam Musa kerana TMB Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob sedang menjalani rawatan di hospital Kota Bharu

Wakil rakyat, Speaker DUN Kedah 'dipaksa' berjalan kaki ke Parlimen

Azamin Amin | Foto Nasir Sudin
Tue | May 27, 08 | 11:42:07 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Seramai 18 orang terdiri daripada Wakil Rakyat, Speaker dan Timbalan Speaker dariapada Dewan Undangan Negeri Kedah telah 'dipaksa' berjalan kaki kira-kira 200 meter menuju bangunan Parlimen daripada pintu pagar utama.

Tinjauan Harakah juga mendapati kejadian yang Imageberlaku pada 10.30 pagi tadi menyaksikan Bas Kerajaan Negeri Kedah dilarang masuk sekalipun untuk menghantar ahli rombongan ke pintu berdekatan berbanding bas sekolah dan persendirian yang dilihat bebas menuju ke pintu masuk utama dan belakang bangunan Parlimen.

Harakah sempat bertanya kepada salah seoarang Adun yang sedang berjalan kaki, Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan) turut hairan dengan layanan dan sikap tidak mesra pihak parlimen dalam menghormati rombongan kerajaan negeri yang hadir untuk menyaksikan sidang dewan berlangsung.

"Saya pun tidak faham, sedangkan kita sudah ada surat dan dokumentasi yang telah dimajukan lebih awal. Bas kami pun dilarang masuk malah kami ditahan di luar pagar dan setelah saya berunding, barulah mereka benarkan masuk tetapi terpaksa berjalan kaki.

"Mereka langsung tidak hormat kepada kami dan saya hairan kenapa ada diskriminasi sebegini?" katanya yang ditemui di pesisir jalan Parlimen yang agak curam itu.

Katanya insiden ini juga melambangkan secara tidak langsung sikap kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah yang hilang wibawa dan tidak menghormati suara rakyat yang memilih ahli parlimen dan wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada PAS, KeADILan dan DAP sebagai pemimpin mereka.

Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia bermula hari ini ! - Pakatan Rakyat

Terkini! | KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.Menurut Dr Wan Azizah yang membacakan kenyataan bersama itu,selepas pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana sudah mula menunjukkan keterbukaan terhadap laporan mereka sedikit.Namun, ada juga akhbar sebaliknya membuat laporan berat sebelah dan berbaur perkauman selain laporan yang tidak tepat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan KeADILan), ujar wan Azizah. "Yang paling teruk sekali ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, mereka masih terus memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dalam pakatan secara tidaka dil seolah-olah mereka masih jalankan kempen pilihan raya walaupun pilihan raya telah tamat lebih tiga bulan lalu," dakwanya.Selain itu dakwanya, Utusan juga mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dengan tujuan jelas menimpulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti dan pemimpin utama Pakatan Rakyat."Kami sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan, dan kami ingin membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum agama dan gender,"Kami tidak mahu melihat kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin berkuasa dan kroni yang kaya," katanya."Justeru kami (Pakatan rakyat) menyeru Utusan dan Mingguan Malaysia diboikot hari ini.Pengiklan-pengiklan juga digesa berhenti dari melanggan iklan di akhbar tersebut," katanya.

22 Mei 2008

KERAJAAN BELUM MESRA KANAK-KANAK

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Sebanyak 128 daripada 242 kanak-kanak masih hilang sepanjang ia direkodkan sejak Januari hingga Mac 2008 lalu, dan hanya 114 kanak-kanak hilang ditemui semula.


Statistik itu dinyatakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di Dewan Rakyat, hari ini.Dalam pada itu, kementerian terbabit diminta menyatakan punca sebenar kanak-kanak berumur 14 hingga 17 tahun kerap hilang, selain kajian terperinci mengenainya serta sejauh mana nasihat yang diberikan, memandangkan mereka yang berusia 14 hingga 17 tahun itu ialah pelajar.Persoalan itu dibangkitkan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), di Dewan Rakyat, hari ini.Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Noriah Kasnon berkata, program yang dilaksanakan antaranya pasukan pelindung peringkat daerah iaitu sebanyak 131 kumpulan, yang melibatkan golongan profesional dan pemimpin masyarakat, masuk ke sekolah-sekolah untuk menyampaikan kempen kesedaran di kalangan pelajar."Kita juga berharap ibu bapa bekerjasama supaya memantau perkembangan dan aktiviti anak-anak sendiri bagi mastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan anasir luar yang boleh menyebabkan kehilangan mereka," kata beliau.Dalam soalan asal kepada kementerian terbabit, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) meminta kementerian menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi membendung masalah kehilangan kanak-kanak yang semakin hari semakin berleluasa.Menjawab soalan tersebut, Noriah berkata kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat melaksanakan pelbagai program untuk membanteras isu ini dengan kerjasama PDM, Jabatan Imigresen, dan NGO.

MAJAL PAYAH NAK UBAH

PETALING JAYA: Walaupun berkali-kali ditahan atas pelbagai kesalahan, seorang remaja masih belum insaf selepas dia ditangkap ketika cuba melarikan komputer riba milik seorang lelaki sedang solat Isyak.Dalam kejadian jam 8.40 malam kelmarin itu, mangsa berusia 30-an singgah ke surau Al Falah, Seksyen 6, Kota Damansara, meninggalkan komputer riba bersama beberapa barang lain dalam beg sandang di tepi tiang surau berkenaan sebelum mendapati remaja terbabit tergesa-gesa keluar sambil memegang begnya bersama dua lagi rakan.Mangsa menahan remaja terbabit dan suspek kini direman untuk membantu siasatan manakala dua lagi rakannya melarikan diri.

Mufti sertai sidang

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan agar mufti dan timbalan mufti menyertai setiap persidangan Majlis Raja-raja serta semua mesyuarat kerajaan negeri dan Pusat.Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata perkenan baginda itu selaras dengan usaha menaik taraf dan memberi pengiktirafan kepada institusi mufti sebagai penasihat agama dan undang-undang di peringkat persekutuan dan negeri.“Mufti adalah institusi yang sangat penting dalam masyarakat, sebab itu Tuanku menitahkan supaya institusi mufti ini dipertingkatkan dengan diberi input yang mencukupi,” katanya.“Perkenan ini juga membuktikan institusi mufti masih mendapat perhatian dan kepercayaan,” katanya.-Bernama

Nelayan dakwa pampasan tidak setimpal

MASJID TANAH, 22 Mei (Hrkh) - Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat mendakwa pampasan yang diberikan kepada mereka berikutan kerja-kerja pengorekan bijih timah di perairan laut Kuala Sungai Baru tidak setimpal.Hampir 435 nelayan tersebut di mana 80 peratus di antara mereka ialah orang Melayu yang secara tradisinya telah menjadi nelayan sejak sekian lama berasa hampa kerana kerajaan negeri tidak menunaikan janjinya malahan cuma membayar pampasan gantirugi sebanyak RM 1,600.00 sahaja."Semenjak kerja-kerja melombong dijalankan pendapatan nelayan semakin merosot, di mana sebelum ini mereka mendapat kira-kira RM 300 sehari tetapi sekarang ini nak dapat RM 150 pun sakit," kata salah seorang nelayan terbabit yang tidak mahu namanya disiarkan.Menurutnya, kerajaan negeri jelas mungkir janji kerana sebelum ini janji ditaburkan kepada nelayan tidak ditunaikan."Mana kami nak cari duit bagi makan anak bini kami, pampasan yang dijanjikan pun tak dapat lagi," kata beliau dengan kesal.Ini bukanlah kali pertama nelayan ditipu kerajaan negeri kerana sebelum ini nelayan Pantai Klebang juga diperdayakan oleh Ali Rustam dan kuncu-kuncunya sehingga memaksa nelayan terbabit berdemonstrasi.Kerja-kerja melombong bijih timah di kawasan tersebut dimulakan awal Mac lalu setelah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Temberangnya Islam Hadhari, bila arak ada dalam pesawat Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 Mei(Hrkh) - PAS melahirkan rasa kesal dengan pendirian Kementerian Pelancongan yang tidak tegas dengan pelaksanaan dasar pelancongan yang mengetepikan syariat Islam sebagai kayu ukur kerajaan BN.Siti Zailah MohdYusof(PAS-Rantau Panjang) menempelak sikap kerajaan persekutuan yang melaung-laungkan pendekatan Islam Hadhari ini khususnya Kementerian Pelancongan apabila tidak tegas dalam isu penyediaan arak di dalam penerbangan pesawat-pesawat Malaysia."Betapa temberangnya kerajaan pusat yang sibuk menyatakan bahawa merekalah yang membela Islam melalui Islam Hadhari tetapi mengambil contoh yang tidak baik dengan menghidangkan arak di dalam penerbangan milik kerajaan," katanya ketika ditemui di luar dewan rakyat semalam.Hal ini ujarnya, jelas menunjukkan tidak seriusnya kerajaan persekutuan dalam membela dan melaksanakan dasar-dasar Islam."BN dengan ini jelas menunjukkan dangkal dan ceteknya mereka dalam melaksanakan prinsip Islam serta mencari-cari alasan untuk menghalalkan tindak-tanduk mereka sehingga mereka tidak menyedari apa yang dibuat itu sangat ketara dan ianya dapat disaksikan sendiri dengan dolak-dalik mereka," katanya.Katanya, ia sekaligus menjelaskan sememangnya kerajaan BN tidak mahu kepada Islam sebagai dasar pemerintahan negara ini.
"Selama ini mereka sekadar bercakap Islam Hadhari itu sekadar kosmetik sahaja," ujarnya.

Persoalan mengenai penyediaan arak ditimbulkan Siti Zailah semasa sesi penggulungan ke aas sesi perbahasan titah ucapan Diraja semalam kepada Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman said.Apa yang jelas kini katanya, kerajaan lebih mengutamakan larangan merokok daripada menitik beratkan isu penyediaan arak di samping etika berpakaian pramugari yang tidak sopan serta menjolok mata.Walau bagaimanapun, Azalina mengelak daripada menjawab mengenai hal tersebut dengan menyatakan bahawa dasar mengenai hal tersebut terletak di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan."Kerajaan kelihatan lebih mementingkan keuntungan material semata-mata tanpa mengambilkira aspek pembangunan manusia dengan meletakkan kesan perlancongan dari segi pembangunan insan itu hanya menerusi perlaksanaan program berkhatan semata-mata."Mereka tidak meletakkan perlancongan itu sebagai suatu program yang mementingkan nilai moral dan kemanusiaan akibat kawal selia yang longgar dan lemah oleh kementerian yang dipertanggungjawabkan," katanya lagi.Malah menurut Siti Zailah, rakyat tempatan di Pulau Langkawi menjadi mangsa kepada budaya yang dibawa oleh pelancong asing sehingga mereka terlibat dengan aktiviti arak dan pelacuran pada usia yang masih muda belia."Kerajaan tidak tegas dengan menguatkuasakan peraturan dan prinsip tertentu bagi membendung daripada menularnya budaya tidak sihat di kalangan pelancong kepada masyarakat tempatan," ujarnya.Arak di kawasan tersebut boleh didapati dengan harga yang murah kerana ia tidak dikenakan cukai, bahkan pelajar-pelajar sekolah sudah tidak berminat meneruskan pengajian selepas terlibat dengan aktiviti melayan pelancong pada perkara yang tidak sepatutnya."Inilah kesan daripada sikap kerajaan yang tidak peka dan berfungsi untuk mengendalikan aktiviti pelancongan dengan berkesan dan bermanafaat, akhirnya rakyat yang menjadi mangsa kepada situasi," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau yang juga melahirkan rasa sedih apabila Azalina mendefinasikan ukuran pelancongan ibadah itu cukup dengan hanya berkhatan."Inilah Islam Hadhari yang seolah-olah hanya menyempitkan Islam itu kepada persoalan mati, kelahiran, berkhatan, nikah cerai semata-mata yakni bukan melibatkan perkara yang menjadi dasar kepada Islam itu sendiri," ujarnya lagi.Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Kelantan itu kesal dengan jawapan Azalina mengenai contoh yang perlu diambil kerajaan dalam menghalang penyediaan arak di dalam pesawat sebagaimana yang dicadangkan Dato' Ibrahim Ali(Bebas-Pasir Mas) bahawa Saudi Airlines dan Pakistan Airlines masih boleh menjana keuntungan tanpa penyediaan minuman tersebut."Hairannya rokok dilarang, sedangkan arak masih dihidangkan walhal kesan daripada arak lebih teruk berbanding rokok," katanya.Azalina kelihatan mempertahankan penyediaan arak dengan memberikan contoh syarikat penerbangan negara Islam seperti Emirates Airlines dan Qatar Airlines yang masih membenarkan penyediaan arak di dalam pesawat mereka."Yang berhormat sepatutnya merujuk kepada syarikat yang tidak menyediakannya jika mahu melaksanakan dasar tersebut," kata Ibrahim mengingatkan Azalina.Malah dalam isu pakaian pramugari, Dr Muhd Fuad Zarkasyi (BN-Batu Pahat) yang menegur mengenai pakaian pramugari syarikat penerbangan tempatan yang disifatkan tidak sopan dan terdedah."Rasa-rasanya pakai baju kebaya dan skirt boleh selamatkan diri apabila pesawat terhempas ke?" katanya.Kata Zailah lagi, persoalan tersebut telah beberapa kali dibangkitkan daripada Dewan Negara seolah-olah kerajaan tidak serius dan hanya menyerahkan semua tanggungjawab itu kepada syarikat penerbangan sahaja."Ia semacam bukan suatu isu yang besar sedangkan ia adalah perkara yang telah dijelaskan oleh Islam mengenai penutupan aurat ini," ujarnya.


SEBENARNYA BENDA NIE DAH LAMA DAH BERADA DALAM PESAWAT MALAYSIAN ALINES SYSTEM CUMA TAK ADA YANG NAK BANGKITKAN .. MACAMMANA NEGARA YANG DIAKUI SEBUAH NEGARA ISLAM BOLEH JUAL ARAK DALAM PESAWAT ?? ADAKAH INI YANG DIAMALKAN DAN DIPUSAKAI OLEH PEMIMPIN PADA HARI INI?

17 Mei 2008

SIASAT ENAM JAHAMAN

Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.Lima tokoh tersebut - dua bekas ketua hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata hari ini bahawa kabinet telah mengarahkan Pejabat Peguam Negara untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka.Sebelum itu, Zaid berkata kerajaan memutuskan untuk mengumumkan laporan suruhanjaya diraja itu.Orang ramai boleh membeli laporan tersebut mulai minggu depan pada harga RM542.10 senaskhah.

Salinan laporan
Laporan setebal 191 halaman itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas.Suruhanjaya diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.Suruhanjaya itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang didakwa hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.Seramai 21 saksi termasuk Dr Mahathir dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan dalam siasatan yang memakan masa selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.Menurut Zaid, suruhanjaya tersebut telah mengenalpasti dan membuat keputusan bahawa rakaman klip itu adalah sahih dan mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap individu-individu yang dikenalpasti dan dikatakan telah melakukan kesalahan tertentu.Lanjutan daripada hasil siasatan tersebut, katanya, maka ada kemungkinan berlaku kesalahan-kesalahan di sisi undang-undang seperti yang dihuraikan dalam laporan suruhanjaya berkenaan."Jemaah menteri bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu-individu yang dinamakan dalam laporan tersebut.Jemaah menteri mengambil kira cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh suruhanjaya untuk memperbaik proses pelantikan hakim supaya menjadi lebih telus dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meningkatkan kepercyaan orang ramai terhadap badan kehakiman," katanya.

Siasatan adil
Dalam hal itu, katanya, kerajaan sedang menggubal undang-undang yang perlu untuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)."Kerajaan juga berhasrat untuk mengiktiraf kuasa mahkamah (judicial power) seperti yang dicadangkan oleh suruhanjaya mengenai rakaman klip video yang mengandungi imej seorang yang dikatakan sebagai peguambela dan peguamcara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim," tambahnya.Sehubungan, tegas Zaid, jemaah menteri meminta dan menyeru kepada masyarakat umum, termasuk pihak media untuk membiarkan proses siasatan berjalan secara biasa tanpa tekanan ataupun sebarang prejudis terhadap mana-mana individu yang disebut dalam laporan tersebut."Perlu diingatkan bahawa dalam sistem perundangan kita, seseorang yang dituduh atau dikaitkan dengan sesuatu kesalahan itu adalah tidak bersalah sehingga mahkamah memutuskan perkara tersebut," tambahnya.Sementara itu Majlis Peguam mengalu-alukan keputusan kabinet untuk mengumumkan kepada awam laporan siasatan diraja yang menyiasat klip video Lingam itu.Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan rakyat berhak mengetahui laporan penuh hasil siasatan suruhanjaya tersebut serta asas-asas ianya dibuat. Sehubungan itu, katanya, dalam satu kenyataan petang ini, siasatan peguam negara mestilah dijalankan secara adil, terperinci dan dengan segera, bagi memastikan tiada apa pun yang disembunyikan.Ini, katanya, penting kerana siasatan-siasatan seumpamanya yang dijalankan oleh pihak berkuasa sebelum ini akhirnya ditutup begitu sahaja, tanpa diambil sebarang tindakan lanjut.

ZUHUDNYA SAIDINA UMAR BIN ABDUL AZIZ

Pakaian & Cara Pemakaiannya

Seorang ulama' Quraish meriwayatkan: Sesungguhnya Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum dilantik menjadi khalifah pernah berkata: Sesungguhnya aku bimbang kalau2 rezeki yang dikurniakan Allah kepadaku tidak mampu untuk membeli pakaian2 kesukaanku. Sebelum dilantik menjadi khalifah, aku tidak pernah memakai pakaian yang dianggap masyarakat sebagai lusuh, bahkan aku sentiasa dianggap berpakaian baru.Setelah umar menjadi Khalifah, beliau telah membuang sikap & perangai demikian.

Pakaian solat
Seorang pengawalnya berkata: Suatu ketika, Umar Abdul Aziz telah solat Jumaat bersama kami dengan berpakaian yang bertampal poket depan dan bahagian belakangnya. Ketika dia sedang berehat, beliau telah di sapa seorang lelaki: Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya Allah SWT telah membuka bagi mu pintu kemewahan. Alangkah baiknya jika tuan menggunakan peluang tersebut untuk menghiasi diri dengan pakaian hebat. Umar menundukkan kepalanya sebentar, kemudian menjawab: Sesungguhnya sebaik-baik niat yang ikhlas untuk berzuhud, adalah ketika memiliki kemewahan. Dan masa yang paling sesuai untuk memberikan keampunan, ialah ketika mampu membalasnya.

Harum lagi Bergaya
Raja' bin Haiwah meriwayatkan: Sebelum Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau merupakan lelaki paling harum tubuh dan pakaiannya serta paling bergaya cara berjalannya. Setelah menjadi Khalifah, mereka telah menilai harga pakaiannya (baju, serban, kain, pakaian luaran & dalaman, kain baldu) hanya sekadar 12 dirham sahaja.
Pakaian Ketika sakit
Salamah meriwayatkan: Suatu masa aku menziarahi Umar Abdul Aziz yang sedang sakit. Aku melihat dia memakai baju yang sudah kotor. Lalu aku berkata kepada Fatimah: Wahai Fatimah, Tolong basuhkan baju Amirul Mukminin. Jawab Fatimah: InsyaAllah, kami akan laksanakan.Keesokan harinya, aku berkunjung lagi. Aku dapati bajunya masih seperti kelmarin. Lantas aku bertanya: Wahai Fatimah, Bukankah aku telah menyuruh menbasuh baju Amirul Mukminin. Sepatutnya engkau menukarkan bajunya, kerana orang ramai sentiasa mengunjunginya.Jawab Fatimah: Demi Allah, hanya baju itulah yang beliau ada.

15 Mei 2008

NAJIB PEMBOHONG BESAR !!

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak tetap menafikan beliau tidak pernah mengenali wanita warga Mongolia, Altantuya apatah lagi berjumpa dengan dengan wanita berkenaan. Dalam ucapan menggulung ucapan perbahasan Titah Ucapan Yang Di-Pertuan Agong bagi Kementerian Pertahanan semalam, beliau tidak mahu membuat sebarang komen berhubung kes yang mengaitkan wanita terbabit kerana ia masih dalam perbicaraan. Katanya, ahli parlimen dengan sengaja cuba mengaitkan namanya di dalam kes itu. "Alhamdulillah saya masih dapat bertahan daripada segala tohmahan dan fitnah yang cuba dilemparkan dengan niat untuk mencemarkan namanya,"kata beliau. Di akhir penggulungan itu, Najib membiarkan mahkamah terus menjalankan peranan dan tanggungjawab menegakkan keadilan di negara ini tanpa ada gangguan mana-mana pihak. "Saya juga berdoa semoga kes ini dapat diadili dengan sebaik-baiknya dan kebenaran akan terserlah demi kedaulatan undang-undang yang sama kita junjung," katanya yang kemudian terus duduk sebaik sahaja selesai ucapannya.

TAJOL ROSLI NGAJUK ..

Sabtu lepas Ketua Pembangkang DUN Perak, Tajol Rosli Ghazali yang juga merupakan Menteri Besar yang ‘diterajang’ oleh rakyat Perak membuat pengumuman bahawa beliau tidak takut meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu kerana beliau yakin boleh menang semula kerusi itu untuk membuktikan bahawa Barisan Nasional masih berkuasa di Perak.Mungkin kerana marah atau ingin menunjukkan kejantanannya Tajol terlupa bahawa jika beliau meletakkan jawatan ADUN maka beliau tidak boleh bertanding Pilihanraya selama 6 tahun.Sedarkah beliau akan undang-undang ini.? Beranikah beliau melepaskan jawatannya yang amat disayanginya itu. Sedangkan beliau sendiri sebelum ini tidak dapat menerima kekalahan dalam PRU 12 sehingga beliau cuba memujuk PAS untuk bergabung membentuk kerajaan negeri.Jelas sekali Tajol kurang cerdik, patutlah Umno BN Perak pimpinannya 'diterajang' oleh orang Perak.Selepas PRU lepas jelas sekali Tajol 'gila talak' untuk berkuasa semula. Pelbagai cara dan orang perantaraan digunakan untuk memujuk PAS menerima pelawaan membentuk kerajaan campuran.Jelas sekali bahawa pemimpin Umno sehingga sekarang masih bermimpi dan mengingau dengan kekalahan ngeri mereka tempohari sehingga kata-kata dan kenyataan mereka sering tersasar dan mengelirukan.Mungkin mereka masih terasa bahawa mereka masih memerintah di negeri-negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat.Kepada Tajol Rosli kita harapkan beliau mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatan. Ini kerana perletakkan jawatannya itu memang sesuai pada masanya agar beliau bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk BN di Perak. Jangan beliau meneladani sikap Imam Hadhari yang masih sayang kepada kuasanya sehingga mukanya menjadi ’muka tembok’ terus memegang jawatan Perdana Menteri sedangkan kekalahan BN di lima negeri dan Kuala Lumpur adalah disebabkan kelemahan dan kedunguan beliau yang gagal memerintah negara.

Selepas “Babi Negara” kini “Pengerusi Pasar” pula

Sebelum ini Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena menggelar menantu PM, “Babi Negara”. Hari ini Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak menggelar suami kepada Nori Abdullah sebagai “Pengerusi Pasar”.Menantu PM yang sebelum ini dikatakan ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia pada umur 40 tahun kini telah mengambil alih “jawatan” sebagai “rottweiler” kepada Barisan Nasional di parlimen daripada Bung Mokhtar dan Mohd Said.Kalau dahulu, BN mempunyai Bung Mokhtar dan Mohd Said, kini mereka boleh berehat sedikit. Menantu PM kini menggepalai “rottweiler” BN untuk menyerang apa sahaja hujah daripada ahli parlimen pembangkang.
Kesian menantu PM, dah turun pangkat dah dia……Selepas ini apa lagi gelaran yang boleh diberi kepada “rottweiler” BN ini? Ada cadangan?

GEJALA PENYAKIT ROHANI

Perkataan rohani dalam bahasa melayu seringkali kita kaitkan dengan hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya yang terwujud sebagai suatu unsur peribadi manusia yang paling unik yang tidak dapat dibayangkan oleh pancaindera. Tetapi symptom atau masalah dalam kerjanya dapat dirasakan seperti menangkap dan menyimpan pengertian, mengingat, berfikir, berkemahuan, rindu, sedih, gembira dan sebagainya.Menurut Imam Ghazali dalam kitab Ihya ulumuddin bahawa roh itu ada dua makna. Pertama berupa jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Kedua, ianya berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian. Banyak pengertian yang dikemukakan mengenai jiwa namun begitu belum ada yang dianggap memuaskan.Keterangan tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran antaranya yang bermaksud:'Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan surah Al-Baqarah, ayat 10 .
seseorang yang sihat rohaninya akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan. Ini kerana orang yang mengidap penyakit rohani, akan nampak kemundurannya dalam kemampuan bekerja, hilang ghairah dan semangatnya untuk maju. Yang menonjol hanyalah kelemahan dan kemalasan. Orang yang sihat rohaninya juga mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran ini kerana didalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Selain itu orang yang sihat rohaninya ialah orang yang begitu terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah yang diterimanya dengan penuh syukur. Adapun bagi orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat Allah dianggap sebagai memiliki perasaan dangkal dan kelemahan zauq. Pendangkalan rasa terhadap nikmat Allah itu boleh dipandang sebagai symptom penyakit rohani, Disamping itu terdapat ketenangan pada air mukanya berbeza dengan orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan gambaran ketidakstabilan mental.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :'Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangan dia merasai keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya' Al-Maarij, ayat 19-23.
Salah satu daripada tanda seseorang itu merasai ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.
Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:'Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim. An-Nur, ayat 50.
Symptom penyakit rohani yang seterusnya ialah mengadakan prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Selain mempunyai prasangka yang buruk terhadap Allah dan RasulNya, ia juga mempunyai prasangka yang buruk dan suka curiga terhadap orang lain tanpa alasan. Berbeza dengan Sifat orang yang sihat rohaninya juga selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, berbeza dengan orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan. Salah satu symptom daripada ketidak-normalan jiwa ialah sikap menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita-wanita yang sudah mempunyai suami. Kerana itulah, maka Allah memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w.
Firman Allah s.w.t. bermaksud: 'Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak sama dengan seorang pun dari wanita-wanita lain jika kamu berbakti. Maka janganlah kamu berlembut kata (kepada lelaki lain), kerana akan menaruh harapan (akan timbul keinginan) orang yang hatinya ada penyakit melainkan ucapkanlah perkataan yang sopan.
Al-Ahzab, ayat 32.
Di antara ahli tafsir ada yang mentafsirkan pengertian penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina. Keterangan ini logik kerana orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram. Orang yang berpenyakit rohani tidak akan dapat menikmati ketenangan hidup. Ini kerana hanya orang yang sihat rohani sajalah yang dapat menikmati ketenangan dan kebahagiaan. Dengan kata lain symptom ini disebutkan sebagai muhlikat, sifat buruk yang merosakkan atau ahlaqul mazmunah yakni akhlak yang tercela. Jika seseorang itu memiliki rohani yang sihat atau mental yang baik, dia akan dapat bekerja dengan tekun dan beramal kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya sebagai bakti kepada Allah dan ihsan kepada sesama manusia. Sebaliknya orang yang berpenyakit rohani, daya kerjanya lumpuh dan tidak sanggup melakukan sesuatu yang penting dan bernilai dalam pembangunan.Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung, tekanan darah, saraf, paru-paru dan selain itu gangguan pada mental juga boleh menyebabkan seseorang itu merasa tidak enak makan, dan tidak dapat tidur. Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan pencegahan, maka akan membahayakan dirinya sendiri mahupun bagi orang lain.

13 Mei 2008

Memang Cukup makan !!!!

TEKA berapa gaji Datuk Seri Shahrizat Jalil sebulan sebagai Penasihat hal Ehwal Wanita kepada Perdana Menteri? Tidak banyak hanya RM33,727.20 sebulan atau RM404,726.40 setahun.Selain Shahrizat, Tan Sri Abdul Hamid Othman yang tugas beliau adalah menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, gaji sahaja RM27,163 atau RM549,675 setahun termasuk bayaran kepada staf RM18,643.25 sebulan.Dan untuk rekod beliau dilantik menjadi Penasihat Agama sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi.Manakala Tun Dr Mahathir menjadi Penasihat Petronas dengan gaji RM15,000 sebulan.Semua itu menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.14 juta bagi membayar elaun tiga penasihat kerajaan yang juga bekas ahli politik Barisan Nasional (BN).Zulkifli Nordin (PKR-Kulim Bandar Baru) memberitahu, beliau terkejut apabila memperoleh jawapan bertulis daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai gaji dan elaun setahun yang dibayar oleh kerajaan kepada ketiga-tiga penasihat tersebut."Gaji dan elaun itu dibayar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman," katanya.Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Ahmad Maslan (BN-Pontian) membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.Zulkifli mendedahkan, dalam jawapannya itu Perdana Menteri menyatakan Dr. Mahathir menerima elaun RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun atas pelantikannya sebagai Penasihat Petronas."Shahrizat menerima bayaran tahunan RM404,726.40 dan Abdul Hamid menerima RM549,675 atas pelantikan mereka sebagai penasihat kepada Perdana Menteri," katanya.Shahrizat penasihat hal ehwal wanita manakala Abdul Hamid penasihat agama.Kata beliau, penasihat-penasihat itu sebenarnya menjalankan tugas bertindih dengan menteri-menteri kerajaan BN.Tegasnya, wang sebanyak RM1.14 juta itu sepatutnya boleh digunakan untuk membina lebih 36 buah rumah untuk penduduk miskin."RM1.14 juta itu juga boleh membayar gaji anggota polis yang menerima RM900 sebulan selama 130 tahun," katanya.Jelas beliau, kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan itu untuk membantu penduduk berpendapatan rendah sekiranya prihatin masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut.

KES MURTAD : KENAPA KITA PERLU PRIHATIN

Roslan SMS
Saya bukan bertujuan mahu mengajak pembaca saya agar mencetuskan huru-hara ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang ini.Tidak! Keputusan ini perlu diterima dengan hati terbuka, kerana ia proses undang-undang, oleh kerana kita duduk dalam negara demokrasi yang menjunjung undang-undang dan Perlembagaan maka kita perlu patuh walaupun kecewa.Apa yang saya bimbang adalah impaknya terhadap Islam, dan persepsi masyarakat bukan Islam nanti terhadap Islam. Kerana itu saya akan menggunakan blog ini untuk mendesak agar kita semua bangkit menyedarkan para pimpinan kita yang mempunyai kuasa, samada Raja-raja Melayu, Kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, ahli-ahli Parlimen dan ADUN kesemuanya agar bertindak memelihara Islam.Tahukah anda apa reaksi Presiden MCA contohnya terhadap keputusan ini (boleh dikuti di akhbar-akhbar tertentu)? Kata Ong Ka Ting:It was Siti Fatimah�s right to embrace Islam and likewise, it is also her right to return to her original faith. This is a matter for her to decide and no one else.(Ianya merupakan HAK Siti Fatimah untuk memeluk Islam sebagaimana beliau juga BERHAK untuk kembali ke agama asalnya. Ianya adalah sesuatu bagi beliau untuk memutuskan dan bukan pihak lain.)Inilah persepsi bahaya yang kita bimbangkan. Masyarakat bukan Islam merasakan keluar masuk agama itu adalah HAK masing-masing. Mungkin bagi agama-agama lain ianya HAK tetapi bagi Islam tidak, lalu siapakah yang mampu dan berkuasa untuk menyatakan perkara ini ekpada mereka!

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika memberikan komennya terhadap kes ini dalam akhbar THE STAR menyebut:Renouncing Islam is forbidden unless one has been forced to embrace Islam under duress. If one embraced Islam out of one�s own free will, then one must be subject to Islamic law, and the law forbids the renouncing of Islam because it touches ones faith on the religion.(Tindakan keluar dari Islam dilarang sama-sekali melainkan seseorang itu dipaksa memeluk Islam. Sekiranya seseorang memeluk Islam atas kerelaannya sendiri, ketika itu ianya mesti tertakluk kepada perundangan Islam, dan perundangan Islam melarang seseorang Muslim keluar dari agamanya, kerana ia melibatkan kepercayaan seseorang pada agama itu.)Boleh tak semua pemimpin Islam dalam negara berpegang kepada tafsiran yang sama? Boleh tak kita semua meletakkan nasib dan masa depan Islam dihadapan lebih tinggi dan utama dari fahaman politik masing-masing? Melalui kuasa yang dimiliki oleh kita, yang walaupun berlainan fahaman, tetapi atas aqidah yang satu, demi Allah, perbetulkanlah kelonggaran ini.Malah Menteri di JPM yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal Islam, Ahmad Zahid Hamidi sendiri dilaporkan sebagai mengakui bahawa tidak ada undang-undang diperingkat Persekutuan yang melarangs eseorang Muslim dari murtad. Dan dari negeri-negeri yang ada cuma Negeri Sembilan sahaja yang melarang, sementara yang lain tidak.Inilah puncanya, inilah masalahnya. Sampai bila kita mahu biarkan ia terus begini?Lantaran itu selagi ianya tidak ditangani atas keprihatinan mereka yang berkuasa, maka selagi itulah Islam di negara ini walaupun agama rasmi Persekutuan, tetapi agama yang boleh dipermain-main dan disenda-sendakan.
Syabas Fairus, mana yang lain?
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) berjanji akan membawa keperhatian SPR Yang Dipertuan Agong darihal kemelut murtad dan menyarankan langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian seumpama Siti Fatimah berulang lagi di Pulau Pinang, apabila beliau diperkenankan mengadap Tuanku nanti.Kata Fairus beliau sedih dan kecewa angkara kegagalan Majlis Agama Islam Pulau Pinang MAIPP untuk membimbing si murtad sehingga keluarnya keputusan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang itu, yang membenarkan seorang Muslim keluar dari agamanya.Dan yang lebih penting lagi Fairus memberi amaran kepada semua pihak agar jangan mempolitikkan keputusan kes ini, perkara berkaitan agama jangan digunakan sebagai agenda politik.Dalam akhbar THE STAR hari ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon menyeru agar mahkamah bersikap lebih 'humane' (berperikemanusiaan) dalam mendengar kes-kes penganut Islam yang mahu keluar dari agamanya. Katanya orang-ramai akan lebih menghormati 'all great religions' (yang beliau mahu maksudkan di sini saya percaya adalah: "akan lebih menghormati Islam") jika keputusan liberal seumpama ini diambil terhadap mereka yang memohon untuk tukar agama. Maknanya kalau kita liberal, pinda dan ubahsuai Islam untuk kesesuaian lain, barulah kita dihormati!Dalam hal kenyataan Fairus ini, saya rasa selain Timbalan Presiden PAS, sehingga ketakat ini, beliualah pemimpin politik yang beragama Islam yang kedua terkanan yang memberikan reaksi dan komen terhadap kes ini dan menyarankan agar tindakan proaktif diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.Yang lain bagaimana? Tiada siapakah lagi pemimpin Melayu/Islam yang sanggup tampil ke hadapan membuat saranan yang sama, atau apakah para pemimpin kita telah khayal didodoi lagu-lagu liberalisma dalam beragama (selesa dengan kedudukan masing-masing) sehingga tidak lagi terdetik dihati mereka untuk mengeluarkan kenyataan membela dan mempertahankan Islam?

RAKYAT TERTIPU LAGI

Sampai bilakah UMNO hendak menipu rakyat jelata?Setiap kali tiba 11hb Mei, mereka akan menyambut “ulangtahun penubuhan” mereka. Yang terbaru, mereka kata mereka sudahpun 62 tahun. Mungkin kebanyakan ahli UMNO sememangnya mudah lupa. Tetapi rakyat jelata masih ingat.UMNO yang ditubuh pada 11 Mei 1946 sudah ditamatkan riwayatnya oleh mahkamah pada 4 Feb 1988. Sesuatu pertubuhan yang diistihar terbatal oleh mahkamah maka setakat itu sahajalah berakhirnya pertubuhan itu dan terpahatlah dalam sejarah tarikh mula dan tarikh akhirnya.Apa yang berlaku selepas itu ialah manipulasi Mahathir. Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Orang yang kini menjawat Presiden adalah di antara orang yang sebelah pasukan yang menetang penubuhan UMNO Baru ketika itu. Malah ramai lagi yang kini di dalam UMNO Baru bersama menentang penubuhannya dulu.

Supaya ahli dan orang ramai lupa perubahan yang dirancangnya, Mahathir telah memiripkan UMNO Baru dengan yang lama dalam pelbagai aspek. Selain mengguna nama UMNO yang sama, beliau juga mengguna lambang dan bendera yang mirip asal dengan sedikit perubahan.Kemudian, perkataan “Baru” digugurkan dari UMNO Baru supaya sama dengan UMNO yang telah dibatalkan.Ketika Mesyuarat Agung pertama parti baru itu, Mahathir membuat keputusan agar sambutan ulangtahun parti baru dibuat pada 11 Mei dan bukannya pada bulan Februari, tarikh UMNO Baru didaftarkan.Akhirnya ahli UMNO Baru (kebanyakannya masih kecil 20 tahun lalu - terutama bagi mereka dalam Pemuda dan Puteri) terlena dengan perancangan Mahathir - malah tidak tahupun beza kedua-dua entiti yang berlainan ini [Kalau tidak percaya, sila periksa nombor pendaftaran di Pendaftar Pertubuhan (ROS)].Segala yang dirancangnya menjadi. Dengan pembatalan UMNO Asal dan penubuhan UMNO Baru, Mahathir telah dapat menguasai penuh UMNO yang baru ditubuhnya dengan menyekat mana-mana penderhakanya di peringkat awal ini. Dan ianya termasuk Pak Lah yang ketika itu mnyebelahi Ku Li. Sebab itulah Mahathir dapat berkuasa penuh dengan kuku-besinya selama 15 tahun selepas itu.

02 Mei 2008

Che Det's Blog ??

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau menyertai dunia blog di atas permintaan orang ramai. “Depa (mereka) nak saya buat, saya buatlah,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. Beliau berkata selain daripada dapat menyampaikan pandangannya mengenai sesuatu isu melalui blognya, beliau juga menerima kritikan terhadap pandangannya itu. “Banyak sangat. Tak larat nak tengok semua komen,” katanya ketika ditanya mengenai sambutan orang ramai terhadap blognya itu. Dr Mahathir memulakan blognya http://www.chedet.com/ tengah hari semalam dan sudah menerima 10,000 pelawat setakat jam 5 petang semalam.

BERITA BAIK UNTUK MAT REMPIT

KOTA BHARU: Mat rempit di Kelantan akan dapat membuktikan kehebatan mereka menunggang motosikal di litar khas yang akan dibina kerajaan negeri tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya, pembinaan litar di Tanah Merah itu bukan satu pembaziran kerana ia memberi ruang kepada pihak berkuasa menangani gejala lumba haram dalam kalangan golongan muda di negeri itu. "Mat rempit ini sering buat ibu-ibu risau. Bila berlaku perkara yang tidak diingini, kasihan kita lihat ibu-ibu mereka, isteri atau anak mereka menangis. "Kita buat litar ini untuk beri tempat yang sesuai untuk mat rempit ini meluahkan perasaan dan menunjukkan keberanian dan keperwiraan mereka,” katanya ketika menggulung perbahasan tambahan bajet 2008 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, semalam. Nik Aziz berkata, litar itu dibuat berdasarkan syor polis yang meminta kerajaan negeri membina litar motosikal khusus untuk kegunaan mat rempit bagi mengelak mereka menggunakan jalan raya sebagai litar lumba. “Kita mahu kalau anak-anak muda ini nak tunjukkan keberanian, biarlah bertempat. Dalam masa yang sama, kita selitkan nasihat dan doa ketika naik kenderaan,” katanya.