17 Februari 2008

Hormatilah saranan Dr Mahathir, jangan pilih calon BN yang rasuah

Ahmad Tajdid Sun Feb 17, 08 10:07:08 am MYT
"Pemberi dan penerima rasuah masuk neraka."
(mafhum hadis)
Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bersuara lagi. Kali ini tentang rasuah. Dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan buku terbarunya, "Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders" (Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Para Pemimpin Dunia) beliau mahu penyokong BN tidak mengundi pemimpin yang "korup dan kayu mati" dalam pilihan raya umum ini. Menurutnya, masa sudah tiba untuk "membersihkan kerajaan BN, khususnya parti tulang belakangnya, Umno" yang sudah semakin parah dihinggapi barah rasuah. Usaha ini, tegasnya perlu kerana BN nampaknya tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri. Beliau menambah, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti akan dikekang. Itu saranan daripada bekas Perdana Menteri, bekas Presiden Umno dan bekas Pengerusi BN yang telah menerajui pentadbiran negara lebih dari dua setengah dekad (24 tahun)! Dan sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, Dr Mahathir mengakui telah memberi amaran, merayu malah menangis di atas pentas Perhimpunan Agung Umno supaya budaya membeli undi, politik wang dan rasuah dihapuskan dalam Umno. Bagaimanapun amaran, rayuan dan ratapan beliau tidak langsung diendahkan para perwakilan Umno kerana masing-masing sudah basah lencun disimbah gelombang rasuah! Apa yang mendukacitakan Dr Mahathir, beliau juga kalah dalam mendapatkan tempat sebagai perwakilan Umno Kubang Pasu kerana rasuah.
"Dalam kes saya (pemilihan Umno Kubang Pasu), saya telah membuktikan bahawa mereka (perwakilan) dirasuah. Saya menjangkakan perkara ini akan berterusan sewaktu pilihan raya umum," katanya. Bagi Dr Mahathir, seluruh perwakilan Umno yang memenuhi PWTC setiap kali persidangan Umno berlangsung tidak lagi boleh dipercayai kerana gagal membersihkan Umno daripada amalan rasuah. Baginya, Umno tidak lagi berupaya untuk membersihkan diri daripada rasuah seperti mana gagalnya tokoh-tokoh agama Umno untuk menjadikan parti itu sebagai 'parti yang beragama'. Maka jelaslah bahawa teori "membersihkan tong tahi dari dalam" tidak langsung menampakkan hasil seperti gagalnya Anwar Ibrahim dan para sahabatnya untuk "mengislamkan Umno dari dalam". Maka Dr Mahathir merayu kepada para penyokong setia Umno dan BN - yang tidak terlibat dengan rasuah - untuk membantu membersihkan Umno dan BN daripada rasuah. Ketika pentadbiran Abdullah dilihat lemah dalam usaha membanteras rasuah dan di saat institusi pembanteras rasuah seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga terlibat dalam rasuah dan melindungi perasuah (lihat kenyataan bekas setiausaha 'peguam mabuk' VK Lingam dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja Pita Lingam), tiada pilihan bagi rakyat khususnya penyokong BN selain menolak calon-calon rasuah dalam pilihan raya umum ini.
Memang ada usaha di kalangan pemimpin Umno/BN untuk mengaburi mata rakyat dengan mendakwa calon-calon BN telah pun ditapis oleh BPR dan bersih daripada rasuah; tetapi adakah kita boleh mempercayai sebuah badan pembanteras rasuah seperti BPR yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sedangkan kredibiliti dan komitmen pentadbiran Abdullah dalam membanteras rasuah diragui rakyat. Lihat sajalah kesudahan kes rasuah bekas Pengarah Urusan Perwaja, Tan Sri Eric Chia. Apa jadi dengan 18 kes rasuah berprofail tinggi yang diumumkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Rais Yatim yang pada penggal kedua pentadbiran Abdullah ditukar portfolio ke Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (Kekkwa)? Bagaimana pula kes dakwaan rasuah membabitkan Ketua Pengarah BPR dan Ketua Polis Negara yang masing-masing dibebaskan dari sebarang dakwaan oleh polis (yang menyiasat Zulkifli Mohd Nor) dan BPR (yang menyiasat Musa Hassan). Adakah kita tidak mendapat pengajaran daripada kegagalan polis mengesan individu yang melebamkan mata Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan; sehingga satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan dan mendapati penjenayah itu ialah Ketua Polis Negara sendiri (Tan Sri Abdul Rahim Nor)?
Kita boleh menyenaraipanjangkan kes-kes rasuah yang masih tersimpan dalam 'fail X' negara termasuk pengagihan saham bumiputera kepada menantu Ketua Wanita Umno yang masih lagi bersemangat untuk mempertahankan kerusinya di Kuala Kangsar. Tetapi jika rakyat masih bersikap sambil lewa dalam usaha membanteras dan membasmi rasuah - barah ini akan terus membelenggu negara. Mungkin ramai penyokong BN yang menganggap kempen PAS dan BA untuk menyelamatkan negara daripada rasuah sebagai 'cakap-cakap politik' bagi meraih kuasa. Bagaimanapun jika seruan itu datang daripada bekas Perdana Menteri, bekas Presiden Umno dan bekas Pengerusi BN - yang telah menerajui kerajaan lebih dua dekad lamanya - ia perlu dipandang serius oleh rakyat! Dr Mahathir bercakap tanpa sebarang kepentingan; malah kedudukan beliau sebagai penasihat beberapa GLC boleh tergugat apabila membangkitkan isu ini. Beliau mungkin gagal membanteras rasuah ketika memegang kuasa. Tetapi berilah peluang untuknya membersihkan negara daripada rasuah setelah melihat betapa jijiknya amalan itu ketika tidak lagi berkuasa.

Kepada para penyokong BN, hormatilah saranan Dr Mahathir.
Jangan pilih calon rasuah! Selamatkan negara daripada pemimpin rasuah!

Bee End Kuat Sebab Guna Viagra

SIAPA yang tidak tahu mengenai pil viagra. Pil penguat tenaga batin itu memang popular di seluruh dunia, khususnya bagi lelaki. Viagra bukan saja pil penguat yang terkenal, satu lagi adalah Cialis. Hanya pengeluarnya yang berbeza. Menariknya, Israel minggu ini menyatakan bahawa pentadbiran tenteranya akan memberi pil Viagra kepada juruterbang pesawat juangnya untuk membolehkan mereka memberi prestasi lebih meyakinkan. Laporan akhbar Britain, The Times, memetik penyelidik tentera Yahudi sebagai berkata bahan kimia dalam Viagra yang membantu aliran darah lebih baik bagi lelaki lemah tenaga batin sebenarnya dapat membantu juruterbang beroperasi pada ketinggian lebih tinggi. Ini berdasarkan penemuan doktor Israel mengenai kesan pil penguat terhadap pendaki gunung Kilimanjaro di Tanzania, kata majalah rasmi tentera Yahudi, Bamahaneh (Di Markas Tentera). Kajian mendapati, tadalafil, bahan dalam pil Cialis, membantu pendaki gunung lewat berasa penat selain menyekat rasa kepeningan pada paras lebih tinggi. Oleh itu, tentera Israel membuat kesimpulan bahawa juruterbangnya yang selalu berada pada ruang udara yang tinggi membabitkan penggunaan alat teknologi tinggi dalam suasana tekanan rendah, dapat bertugas lebih baik jika menggunakan ubat itu, kata The Times. "Viagra dianggap berkesan dalam keadaan oksigen berkurangan yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan pil itu dapat menyekat kesan daripada suasana dalam badan. Penemuan tentera itu mewajarkan ujian diteruskan menggunakan ubat dalam suasana oksigen berkurangan," kata seorang pegawai tentera udara Israel yang dipetik akhbar berkenaan. The Times memuji keupayaan juruterbang jet pejuang F-16 Israel memusnahkan reaktor nuklear Iraq pada 1981 selepas melepasi ruang udara Jordan dan Arab Saudi sebelum memasuki Iraq meliputi perjalanan hampir 1,100 kilometer. "Ada pihak tertentu mendedahkan, jet pejuang Israel itu melakukan penerbangan secara satu kumpulan dan kedekatan antara pesawat itu menyebabkan radar melaporkan mereka sebagai pesawat komersial." kata The Times. Apapun, tidak kira apa yang dilakukan oleh Tel Aviv di wilayah ditakluki Palestin mahupun di negara jiran, ia sentiasa menyalahkan pihak lain sebagai penyebab tindakan itu dan sentiasa dilindungi sekutu terdekatnya, Amerika Syarikat. Misalnya, dua minggu lalu, enam pesawat pejuang Israel menceroboh ruang udara Lubnan, sekali gus mencabul buat kali kedua gencatan senjata yang dicapai menerusi rundingan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menamatkan perang 34 hari di antara Israel dengan pejuang Hizbullah pada Ogos 2006. Pegawai tentera tentera Lubnan memberitahu agensi berita The Associated Press bahawa pesawat Israel itu melakukan penerbangan pada ketinggian sederhana di ruang udara bandar Tyre dan kawasan sempadan Naqoura dekat pantai Mediterranean. Jurucakap tentera Israel di Baitulmaqdis cuba mengulas bahawa pihaknya 'tidak akan membincangkan kegiatan tentera udaranya' meskipun tentera Lubnan melancarkan bedilan yang memaksa penceroboh berundur. Fakta lebih penting ialah tiada satu pun jet pejuang penceroboh itu kena bedilan askar Lubnan. Begitulah keupayaan juruterbang tentera Israel yang mengagumkan. Tiada pesawatnya yang kena bedilan tentera Lubnan. Sama ada juruterbangnya mengambil pil penguat untuk misi itu tidak diketahui tetapi pencerobohan itu tidak pula dikutuk masyarakat antarabangsa khususnya Amerika. Baru-baru ini pula, Israel atau ejen agensi perisikannya, Mossad, dituduh bertanggungjawab meletupkan bom kereta di kota Damsyik, Syria, yang menyebabkan kematian anggota kanan Hizbullah, Imad Mughnieh yang dianggap kejayaan besar bagi rejim Zionis itu dan Washington. Agensi berita Agence France Presse (AFP) melaporkan, perisik negara Barat mengesyakinya bekerja dengan agensi perisikan Iran. Pembunuhannya dianggap kejayaan besar kerana dia adalah antara pengasas Hizbullah dan mengetuai pergerakan bersenjata sejak pertengahan 1980-an dengan mendapat sokongan Iran. Selain itu, Mughnieh juga dituduh terbabit dalam pembunuhan ketua agensi keselamatan itu, William Buckley di Beirut pada 1985 dan pembunuhan Marin Kolonel Rich Higgins yang diculik, didera dan dibunuh pada 1988. Tidak cukup dengan serangan di Syria, dasar anti-Palestin di wilayah ditakluki Tebing Barat dan Gaza ketika ini terang-terang membuktikan kekejaman Yahudi Khamis lalu, seorang wanita Palestin yang ada masalah jantung menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tebing Barat selepas askar Israel yang mengadakan sekatan jalan tidak membenarkannya lalu untuk mendapatkan rawatan di hospital meskipun keluarga mangsa merayu mereka. Mangsa, Fawzia Abdel Fattah berada dalam teksi bersama suaminya untuk ke hospital di bandar Tulkarem untuk rawatan air dalam paru-paru apabila askar Yahudi itu menahan mereka, kata suami Fawzia, Mahmoud Yussef Qab, 71. Oleh kerana tidak dibenarkan meneruskan perjalanan, Mahmoud membawa isterinya pulang ke rumah mereka di kampung Deir al-Ghoussoun dan Fawzia menghembuskan nafas terakhir tidak lama selepas itu. Diminta menjelaskan kes itu, tentera Israel memberitahu ia memberi kebenaran untuk ambulans membawa mangsa tetapi tiada ambulans yang tiba. Penjelasan itu nyata tidak bermakna kerana seorang doktor di kampung berkenaan, Dr Abdel Fattah al-Darak berkata mangsa tentu dapat diselamatkan jika dia dan suaminya yang berada dalam teksi dibenarkan untuk ke hospital. Terbaru, Israel meneruskan kempen keganasan terhadap penduduk Palestin di Gaza apabila serangan udaranya menyebabkan kematian seorang pejuang kanan Jihad Islam, isteri dan anak perempuannya. Mereka adalah antara lapan warga Palestin yang maut dan 50 lagi cedera dalam serangan terhadap khemah pelarian Bureij di selatan Gaza. Daripada bilangan yang cedera, 17 adalah kanak-kanak. Israel dilaporkan sebagai menafikan dakwaan bahawa ia bertanggungjawab atas serangan itu. Perangkaan sehingga ini menunjukkan sekurang-kurangnya 180 orang, sebahagiannya pejuang Palestin di Gaza, terbunuh sejak proses damai Israel-Palestin dilancarkan semula, November lalu. Mungkin tidak sesuai lagi untuk media menggunakan takrif proses damai berhubung rundingan Israel-Palestin tetapi proses pembunuhan. Mungkin pil Viagra bukan saja diberi kepada juruterbangnya tetapi semua askar

Najib ubat diri sendiri sebelum rawat rakyat Kelantan



Lanjusoh Sat Feb 16, 08 5:58:04 pm MYT
KOTA BHARU, 16 Feb (Hrkh) – “Usahkan hendak rawat rakyat Kelantan, Datuk Seri Najib Razak sendiri banyak penyakit, itu belum diambil kira skandal termasuk dipalit dengan kes Altantuya,” kata seorang pegawai kerajaan. Inilah mesej yang disampaikan pegawai-pegawai kerajaan selepas dipaksa hadir pada program Timbalan Perdana Menteri ketika berkunjung ke sini, semalam. Pada program itu, pegawai dan kakitangan syarikat milik kerajaan termasuk Lembaga Tabung Haji, Tenaga Nasional Bhd dan Telekom dipaksa hadir pada perjumpaan dengan Timbalan Presiden Umno yang berkempen bagi pihak Umno Kelantan. Mengulas lanjut mengenai umpan kebendaan yang sering diulang tayang Umno, Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hina sangatkah rakyat Kelantan sehingga ditawar wang begitu banyak semata-mata untuk memenangkan Umno. “Hina sangatlah kami di sini sehingga ditawarkan umpan dengan begitu banyak seumpama lembu dan kerbau pula. Manusia bukan boleh dibeli dengan umpan duit begitu sahaja kerana kita ada maruah. “Lagi pun duit yang demo hendak bagi dengan bersyarat itu milik kerajaan atau milik Umno, kalau duit Umno ikut suka demolah,” katanya pada kuliah sempena program Munajat Rakyat Kelantan Bersama Tok Guru di Dataran Stadium di sini awal pagi ini. Najib ketika berkempen di sini, semalam dilaporkan berkata, kerana sayangnya Perdana Menteri kepada Kelantan, negeri ini menerima RM7.6 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. "Inilah yang saya katakan keikhlasan pemimpin tertinggi negara memajukan negeri ini supaya Kelantan tidak akan ketinggalan, sekali gus menepati prinsip pembangunan seimbang, adil serta bertimbang rasa," katanya pemimpin Umno itu. Malah beliau percaya kebanyakan rakyat Kelantan boleh menerima penjelasannya yang akan diterjemah dalam bentuk sokongan. Beliau juga mengisytiharkan 2008 Tahun Merawat Kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, ada tok-tok lebai yang masih terpengaruh dengan dakyah dibawa penjajah yang menganggap menyertai pilihan raya bagi membentuk kerajaan Islam sebagai tidak wajib. Katanya, tanpa ada kerajaan bagaimana Islam boleh ditegakkan. “Masih ada tok-tok lebai di kampung yang mengelakkan daripada berpolitik kerana terpengaruh politik dan agama benda yang asing seperti dijaja penjajah. “Sedangkan mengundi dalam konteks sekarang adalah wajib bagi membolehkan syiar Islam ditegakkan dalam pentadbiran kerajaan seperti yang dilakukan di Kelantan sejak 1990,” katanya

Media jangan berat sebelah ..

Roy Rasul Sat Feb 16, 08 3:52:57 pm MYT
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Hrkh) - Media perlu bersikap adil, profesional tidak berat sebelah, beretika sewaktu membuat laporan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 nanti, kata kenyataan tiga gabungan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan media dalam satu sidang media mereka di Jalan Sarikei dekat sini hari ini. Tiga NGO itu ialah Charter 2000-Aliran, Centre for independent Jornalism (CIJ) dan Writers Alliance for Media Independence (Wami). Justeru katanya, bermula hari ini mereka melancarkan inisiatif untuk memantau semua laporan yang dibuat dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-12 ini. "Kami mahu media arus perdana sama ada cetak atau elekronik memberi hak yang sama rata kepada semua parti, adil dan memberi ruang waktu yang sama rata kepada semua parti dan memberi hak untuk menjawab dan memberi maklum balas bagi menyatakan kedudukan bagi menafikan segala tuduhan," kata kenyataan itu. Mereka juga meminta semua pimpinan tertingi parti seperti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim (KeADILan); Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang; Lim Kit Siang (DAP) diberi hak yang sama untuk bersuara sebagaimana diberi kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (BN). Sidang media tersebut, dihadiri oleh Wakil Aliran, Dr Mustafa K Anuar dan Anil Netto; Pengarah Eksekutif CIJ, Gayathry Venkiteswaran dan wakil Wami, Wong Chin Huat. Sementara itu, Gayathry berkata, media milik kerajaan iaitu RTM perlu memberi ruang kepada semua parti dalam pilihan raya ini. RTM lebih berpihak kepada parti pemerintah sedangkan ia adalah milik rakyat, katanya. "Walaupun swasta, dilihat lebih buruk laporannya berbanding RTM tetapi TV berkenaan dimiliki oleh orang yang rapat dengan pemimpin BN," katanya. Kerana itu katanya, kerajaan perlu memberi memberi lesen kepada parti pembangkang juga untuk mereka menyuarakan pandangan dan perspektif mereka. "Jangan biarkan satu kumpulan saja yang memdominasikan bidang penyiaran," katanya. Ini katanya pembangkang, tidak diberi ruang langsung oleh media elekronik dan hanya bergantung kepada ceramah-ceramah.Menurutnya, seorang wartawan perlu bertanggungjawab untuk berlaku adil. Dalam pada itu katanya, melalui inisiatif tersebut mereka akan memfokus kepada empat stesen televisyen iaitu RTM 1, RTM 2, TV3 dan NTV7 bagi membuat analisis berhubung laporan pilihan raya bermula pada hari penamaan calon sehingga hari pembuangan undi. Katanya, analisis itu akan dibuat oleh para sukarelawan yang dilantik. Kemudian hasil analisis tersebut katanya, akan dihantar kepada pihak terbabit termasuk organisasi media seperti Kementerian Penerangan, parti-parti politik dan NGO, katanya. "Daripada sini kita dapat melihat sejauh mana media berlaku adil dalam melaporkan berita dalam kempen pilihan raya kali ini , Ini kerana rakyat negara ini berhak mendapat liputan media yang adil supaya pengundi membuat pilihan mereka sendiri sewaktu mengundi," katanya

15 Februari 2008

Orang muda tak perlu BN


Shirzad Lifeboat
Dalam satu kenyataan kempen pilihan rayanya, Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein mengatakan generasi muda perlu menyokong BN pada pilihan raya umum ke-12 kerana merekalah yang akan meneruskan tanggungjawab membangunkan negara yang telah dirintis oleh pucuk pimpinan kerajaan. Menurut Hishamuddin, "kalau itu tidak dihargai oleh mereka, maka amat malang kerana saya sendiri dipertanggungjawabkan memberi pengisian kepada pendidikan dan pelajaran… Saya yakin sokongan daripada generasi muda akan diperoleh pada pilihan raya umum kali ini." Sekiranya kita mahu mengambil kata-kata Hishammuddin ini sebagai pedoman sebelum memangkah kertas undi, maka kita terpaksa melihat generasi muda kita yang dibentuk oleh Umno dan dalam konteks pendidikan seperti yang disentuh secara spefisik oleh beliau. Hari ini, selain daripada sistem enam-jam persekolahan yang dibentuk oleh Umno-BN tidak berhasil mendidik generasi muda rakyat Malaysia terutama dari kalangan anak Melayu dan selain daripada sistem berorientasikan akademik dan peperiksaan yang juga tidak berjaya menghasilkan sarjana dunia, walaupun sekadar sarjana kelas kedua dan juga gagal menghasilkan siswazah yang setidak-tidaknya memiliki profisiensi dalam bahasa Inggeris untuk di terima bekerja oleh sektor swasta. Ia ditenggelamkan oleh budaya hedonisme yang tidak langsung dikawal oleh Umno. Ada antara kita tidak berminat dengan politik kepartian. Oleh kerana tidak dapat menyandarkan harapan kepada PAS disebabkan PAS bukannya parti pemerintah yang menggubal dasar dan juga undang-undang (kecuali di Kelantan), maka ada di antara rakyat yang meletakkan harapan kepada Islam Hadhari. Namun Islam Hadhari nampaknya lebih mirip kepada pembinaan simbol seperti Masjid Kristal, Pusat Kebudayaan Islam dan sebagainya. Belum ada usaha yang dilakukan oleh Umno dan Islam Hadharinya untuk memperbetulkan keadaan ini. Hari ini generasi muda Melayu suka dengan hidup-hidup berfoya-foya, suka kepada hiburan, suka kepada kemewahan walaupun tidak mampu, bersikap biadap terhadap orang tua dan sebagainya. Siapakah yang bertanggungjawab mendidik mereka? Kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa kerana mereka tidak memiliki metodologi pendidikan yang saintifik seperti yang dimiliki guru-guru menerusi sistem pendidikan yang dibentuk oleh Umno.
Kalau ada kalangan bapa daripada penjenayah, atau ibu daripada pelacur sekalipun yang menghantar anak ke sekolah mereka menaruh harapan tinggi agar anak mereka dididik menjadi manusia yang berguna dan bukannya sampah masyarakat seperti kita. Tetapi malangnya ada anak-anak Melayu yang daripada kalangan ibu bapa yang baik menjadi penjenayah setelah tamat persekolahan atau malah sewaktu masih lagi berada di sekolah. Kita tentu masih ingat bagaimana sekumpulan pelajar Melayu membelasah seorang pelajar lain sehingga pelajar yang dibelasah itu meninggal dunia, kita akur adanya budaya gangsterisme yang terpupuk di kalangan pelajar, kita sedia maklum perangkaan anak Melayu kita yang terlibat dalam penagihan dadah dan macam-macam lagi.
Bagaimanaka sistem kaunseling dan nasihat kita terutama yang melibatkan pelajar Melayu beroperasi sehinggakan hampir 100 peratus mat rempit adalah daripada kalangan pelajar Melayu yang sama ada telah tercicir dalam persekolahan atau tidak berminat lagi untuk bersekolah. Apakah sebenarnya worldview kehidupan yang cuba dibentuk oleh Umno dalam pendidikan sehingga tidak ada lagi sesuatu yang baik dapat dikaitkan dengan generasi muda Melayu. Hishammuddin bercakap tentang pengisian yang dilakukan oleh kementerian di bawah jagaannya. Bagaimanpun, kita tidak nampak apakah pengisian yang dimaksudkan oleh beliau. Kita telah melalui masa 50 tahun untuk membentuk orang Melayu dari satu generasi ke satu generasi dan dari seorang pemimpin Umno kepada seorang pemimpin Umno yang lain, maka hari ini cuba kita tanya dengan jujur, apakah generasi muda kita lebih sempurna dan lebih berhemah dari generasi sebelumnya? Kalau inilah generasi muda yang kita lihat hari ini dan yang digesa oleh Hishammuddin agar menyokong BN bagi meneruskan tanggungjawab membangunkan negara, maka sukar bagi kita hendak membayangkan bentuk negara kita pada suatu masa kelak. Apakah kita akan hanya mendabik dada sebagai pelopor Islam itu dan ini, wawasan itu dan ini, serta bermegah dengan segala infrastruktur tercanggih di dunia sedangkan generasi muda sesuatu generasi yang akhirnya menjadi generasi dewasa dan kemudiannya melahirkan generasi muda selanjutnya akan terus melahirkan pelbagai lagi kesongsangan yang sukar untuk kita bayangkan buat masa ini? Apakah ini yang Hishammuddin maksudkan? Inikah kitaran generasi yang kita mahukan?

SIAPA PENGGANAS SEBENAR DI MALAYSIA ???

Azamin Amin Fri Feb 15, 08 3:41:41 am MYT
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) – Semalam Buletin Utama TV3 melaporkan, bendera-bendera dan poster PAS yang 'menghijau' di Kuala Trengganu telah diturunkan atas alasan tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan dan polis. Dalam suasana pilihan raya yang hangat dan memuncak ini pelbagai sekatan dan kekangan dilakukan bagi memastikan pembangkang khususnya PAS supaya 'kecundang' pada pusingan pertama perang 'saraf' sedangkan parti pemerintah sewenangnya melakukan tanpa sebarang amaran. Tidak cukup dengan itu, Buletin Online semalam melaporkan lima orang pemuda PAS telah diancam tembak dengan senapang patah oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Che Mad Jusoh ketika sedang bertugas memasang bendera di Kampung Nibong Atas, Trengganu. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, di hadapan rumah Dato’ Che Mad, yang bernombor Lot 1396, Kg Nobong Atas, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Lima pemuda yang terlibat adalah Muhammad Zulkifli Zakaria, 21, Mohd Faiz Ashraff Ramly, 21, Abdul Rizuan Abd Rahman, 18, Mohd Shukry Md Jusoh, 21 dan Mohamad Zamani Omar, 25, kesemuanya dari PAS Cawangan Kampung Nibong. Mereka dikatakan cuba memanjat tiang telefon berhampiran rumah Che Mad untuk mengikat bendera ditiang tersebut dan belum sempat bendera ditegakkan, Che Mad keluar dari rumah dan memarahi mereka. Kami tidak jadi meneruskan niat, mengumpulkan semua bendera dan peralatan, berkira-kira untuk beredar dari situ segera," kata Mohd Faiz yang dipetik daripada laman web terbabit. Walau bagaimanapun belum sempat para pemuda tersebut beredar Che Mad muncul dengan selaras senapang patah. "Dia mengacukan senapang kepada kami sambil memasukkan peluru," tambahnya. Che Mad dikatakan mengacu senapang patah ke arah pemuda tersebut sambil membuat ancaman dengan berkata :"mu letak lah! Aku tembak kang!", dengan maksud sekiranya para pemuda tersebut meletakkan bendera di hadapan rumahnya, dia akan menembak mereka. "Kami terkejut, dan saya terus lari," kata Muhammad Zulkifli. Menurut laporan wartawan Buletin Online SM Noor dan WanKay, kelima-lima mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.00 petang semalam

PRU- 12 : Pengendali laman web, bloggers sedia gempur BN

Intan Abdullah Fri Feb 15, 08 8:29:50 am MYT
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Laman web dan bloggers pro pembangkang sudah pasti akan menggunakan internet sebagai medium utama dalam menghadapi propaganda Barisan Nasional sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 12 ini.Di sebalik pelbagai usaha BN untuk menyekat kebebasan penyebaran maklumat, ia ternyata gagal menghalang kemaraan rakyat yang semakin sedar dengan pelbagai salahlaku serta penyelewengan pemimpin kerajaan.
Walaupun internet terhad kepada segmen tertentu dari kalangan pengundi, namun perkembangan pesat teknologi maklumat serta peningkatan rakyat celik IT amat membimbangkan BN, terutamanya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.
Pengendali laman web terkenal, Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin berpendapat, internet tetap digunakan secara konsisten dan lebih aktif oleh rakyat Malaysia sejak pilihan raya umum 2004 setelah tercetusnya gelombang reformasi kebangkitan rakyat akibat tangkapan Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Kita telah bersedia dengan strategi di peringkat bloggers untuk berhadapan dengan pihak Umno sejak 10 tahun yang lalu, bukan hanya dalam jangka masa mendekati pilihan raya ini," Tegasnya, meskipun ramai yang mempunyai tanggapan mengenai kepentingan web tersebut yang masih dipandang rendah akan keberkesanannya kepada pengundi, Raja Petra memaklumkan bahawa terdapat sebilangan pengundi yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun yang tidak pernah mengundi sebelum ini mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya kali ini selepas terkesan dengan pengaruh maklumat pada laman web.
"Mereka ini adalah pengundi yang tidak pernah mendaftar, tetapi setelah mendapat maklumat daripada laman-laman web mereka mengambil keputusan untuk mengubah kerajaan yang ada kerana telah 'fed-up'," selain itu, beliau menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 11 juta bilangan pengguna internet berdaftar di Malaysia yang aktif menggunakan teknologi 'broadband' atau jalur lebar sepanjang tahun. "Ini bermakna sebahagian besar daripada mereka merupakan pengundi dalam pilihan raya ini, walaupun kita mengetahui bahawa orang bandar kurang berminat untuk mengundi berbanding orang kampung. Sebab itu Umno-BN mensasarkan orang kampung yang pada pandangan mereka lebih mudah untuk digula-gulakan,"
Dalam pada itu, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa Umno-BN telah mengadakan banyak perbincangan bagi mengatur strategi khusus memerangi laman web dan blog pembangkang namun kesemuanya menemui kegagalan. "Mereka telah kaji cara untuk tangani 'cyber war' menjelang pilihan raya dengan menubuhkan kumpulan 'cyber-troopers' di bawah kelolaan Dato' Azalina dan Dato' Norza, tetapi semuanya gagal kerana kita telah tahu taktik mereka yang menghantar komen-komen yang membanjiri blog dan laman web kita sebagai perangkap," Jelasnya, usaha yang mereka jalankan sejak 1998 itu gagal menyaingi kumpulan pengendali laman web dan blog alternatif. Sementara itu, seorang lagi penulis blog yang sensasi, Jeff Ooi pula merasakan sungguhpun kempen menggunakan internet sebagai medium mempengaruhi pengundi tidak relevan dengan kawasan luar bandar, ia tidak bermakna ia harus dikesampingkan. "Sememangnya kempen siber memang tidak relevan dengan kawasan luar bandar kerana tiada akses internet yang mantap. Tetapi parti-parti politik telah lama menggunakan saluran tersebut untuk menyampaikan agenda kepada pengundi,"
Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa rakyat Kelantan adalah antara pengguna internet yang agresif. "Internet telah biasa digunakan secara agresif di Kelantan. ketika saya singgah di sebuah warung di tepi jalan sebuah pekan kecil, saya sangat terkejut kerana ia mempunyai akses internet tanpa wayar (wireless)," katanya. Dengan tidak menafikan bahawa terdapat halangan serta kekurangan kempen menggunakan saluran internet ini, beliau masih menyatakan bahawa ia merupakan suatu ruang yang seharusnya dimanafaatkan secara maksimum oleh jentera parti yang bertanding. Hal ini sekaligus menangkis dakwaan yang dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy, yang menyatakan bahawa laman web dan blog tidak akan menjadi faktor penentu dalam pilihan raya kali ini Bagaimanapun, beliau melihat ia akan menjadi ' jentera ' yang lebih penting bagi menghadapi pilihan raya selepas ini. selain itu, Khairy turut mengakui pasukan dalam alam siber Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih gagal menyaingi jentera siber pro pembangkang namun ia sudah ada permulaan yang agresif. "Saya nampak pasukan kita masih belum dapat bersaing tetapi sudah ada permulaan dan saya nampak perkara ini penting bukan untuk pilihan raya kali ini tetapi pada pilihan raya selepas ini," kata Khairy pada Agendadaily ketika ditemui selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng, dekat Sungai Rapat Ipoh, Perak petang Sabtu. Beliau menganggap ketika ini amat penting bagi jentera perang alam siber pemuda digerakkan berlatih menghadapi pilihan raya secara ' realiti ' untuk tujuan membina kekuatan bagi menghadapi 'peperangan' sebenar dalam pilihan raya ke 13. Katanya, "kalau kita ketinggalan kali ini, kita tidak ada latihan, kita tidak dapat praktis. Saya nampak alternatif media ini tidak akan menjadi satu faktor penentu di pilihan raya kali ini tapi pada pilihan raya akan datang atau seterusnya faktor media alternatif ini akan menjadi lebih penting". "Kalau kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk 'berlatih' dalam alternatif media ini, kita akan kehilangan satu peluang yang baik. Kita sekarang kena dry run disamping kita cuba menangkis segala tohmahan dalam internet tapi kita akui mereka jauh mendahului kita dalam internet tetapi inilah juga masa yang baik untuk kita cuba dry run.
BE END SEDIA GEMPUR BLOGGER SEDIA BERTEMPUR !!!!!!

11 Februari 2008

Sudahlah Umno Baling bergolak, Dr Mashitah pula jarang 'turun padang'

BALING, 11 Feb (Hrkh) - Kemenangan Ahli Parlimen Baling, Dato' Dr Mashitah Ibrahim menewaskan penyandang ketika itu bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamudin Mohd Taib dalam pilihan raya umum 2003 lalu sebenarnya mengundang parah kepada rakyat di sana bahkan kepada Wanita Umno Bahagian Baling itu sendiri. Rakyat menjadi pasrah apabila beliau tidak sebagaimana Ustaz Taib Azamudin yang selalu turun meronda menyelami hati rakyat tidak kira apa latar belakang politik sekali pun. Semasa menjadi Wakil Rakyat dahulu Ustaz Taib membeli sendiri kereta pacuan empat roda semata-mata untuk membawa bekalan kepada rakyat yang memerlukan bantuan dan ia amat berlainan daripada Mashitah yang jarang berbuat demikian melainkan membiarkan tugasan itu kepada suaminya. . Akibatnya banyak projek dikuasai oleh kroninya sehinggakan ramai kontraktor yang berkelayakan keluh kesah dan ada yang terpaksa bungkus lari. Maka, sebab itu wujud nama baru yang bakal diketengahkan sebagai calon untuk menyaingi Dr Mashitah yang dikatakan lebih suka menyusun program tanpa melakukan pakatan dengan Umno ataupun Wanita Bahagian. Itulah kesan sebagai 'calon bidan terjun' untuk melawan tokoh besar yang lebih banyak masa mendampingi rakyat. Dato' Abdul Azeez Rahim calon baru yang dikatakan menyewa rumah di Kampung Bemban, kini sedang menabur wang ringgit kepada rakyat Baling untuk mengangkat dirinya ke tahap lebih cemerlang sebagaimana yang dilakukan terhadap Putera Umno yang dipimpinnya sehingga berjaya membawa anak muda membuat penerjunan sulung di Kutub Utara tahun lalu. Beliau lebih berpeluang bertanding di sini kali ini memandangkan keakraban dengan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin. Maka, tidak hairan pada 10 Februari 2008 lepas satu majlis bersama Khairy diadakan di Dewan Tun Razak atas nama 'Gempur Pemuda'. Walaupun beliau dikatakan cuba berbuat baik dengan rakyat Baling tetapi ramai sudah mula mengenali siapa Dato' Abdul Azeez Rahim sebenarnya. Orang Kuala Lumpur lebih tahu siapa gerangannya. Orang Umno sendiri pun bimbang sekiranya Dato' Abdul Azeez dipilih sebagai calon kerana takut soal peribadinya didedahkan kepada umum manakala sebahagianya pula bertekad akan menyokong pembangkang jika namanya diumumkan mewakili Barisan Nasional (BN). Di Kupang yang pernah dimenangi PAS pada tahun 1999 menerusi calonnya, Allahyarham Ustaz Suhaimi Haji Ahmad pun kelam kabut apabila wakil rakyatnya kini, Dato' Ismail Bakar dikatakan lebih berminat bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bayu kerana keluarganya ramai di situ. Walaupun beliau disenangi ramai kerana perwatakan sederhana namun ada juga tokoh yang sedang mencari celah antaranya Azmi Che Hussain iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah. Beliau seorang yang rapat dengan Menteri Besar sehingga sesiapa yang hendak mendapatkan pangkat 'Dato' pun beliau yang pilih. Besar kemungkinan jika Dato' Ismail Bakar ke Bayu, Azmi Che Hussain merupakan tokoh dikatakan layak mengisi kekosongan tersebut. Adun Bayu, Haji Saleh Yaacob yang sedang berangan-angan mendapatkan pangkat 'Dato' dari Menteri Besar Kedah pula terpaksa berhempas pulas mengekalkan dirinya daripada disingkirkan kerana beliau tidak agresif sebagai calon yang mewakili Umno. Ramai masyarakat di situ tidak suka sikapnya yang jarang turun padang cuma menggunakan identitinya yang mempunyai latar belakang agama sahaja. Nama yang sedang berjuang untuk menduduki kerusi Bayu kali ini ialah bekas Adun beberapa penggal dulu Dato' Ahmad Sibi Ahmad serta Ketua Penerangan Sik yang kini bertukar ke Baling, Haji Othman Mohd Noor. Di ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Baling Dun Kuala Ketil paling bermasalah apabila Adunnya, Dato' Aziz Sheikh Fazir tiba-tiba melarikan diri seolah merajuk selepas beliau diasak memberi laluan pada menantu Perdana Menteri bagi jawatan kedua tertinggi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Cerita terbaru kempen 'Gempur Umno' Dun Kuala Ketil minggu lalu seolah mengiyakan segala-galanya apabila tiada langsung gambar dalam 'banner' yang terpampang di sana sini walhal beliau masih Adun di situ. 'Banner' tersebut hanya menyerlahkan gambar Ketua Bahagian Umno Baling, Dato' Ismail Bakar, Dato' Azeez Rahim, Ketua Wanita Umno Bahagian, Hajjah Sopiah Abdul Rahman dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian, Suraiti Hamid. Lebih memalukan, ura-uranya mahu mengantikan nama abangnya, Dato' Kader Sheikh Fazir di Parlimen Kulim Bandar Baru tidak dilayan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bila beliau tersingkir bermakna hilanglah 'Dinasti Sheikh Fazir' yang cuba diangkat sewaktu era Perdana Menteri lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad. Melihatkan situasi sedemikian, peluang Barisan Alternatif (BA) memang cerah untuk merampas kembali parlimen dan Dun Kupang serta memastikan kemenangan Dun Bayu dan Kuala Ketil tetapi mestilah berusaha dengan jitu, selaras dan bersepadu. Rakyat kini sedang memandang di manakah kelebihan BA yang dianggotai PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) berbanding BN yang telah lama memerintah. Justeru itu, jangan sekali-kali menimbulkan keraguan berhubung isu remeh temeh sesama parti dalam BA sebaliknya teruskan perjuangan dengan mengatur pelbagai strateji menangani masalah rakyat yang diabaikan oleh kerajaan BN.

'Rasa Sayang Eh' versi Pak Lah!

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - Sesekali berfikir di luar minda dan bersikap kreatif, ada baiknya di salurkan kepada picisan-picisan yang boleh membuka pandangan ramai secara santai supaya dapat berfikir dan bermuhasabah diri demi kebaikan bersama. Terjumpa di sebahagian besar laman web, irama 'Rasa sayang eh' yang diberi nafas baru oleh seorang yang tidak dikenali ini sesuai untuk 'merehatkan' minda seterusnya menilai kembali kebenaran mesej yang disampaikan. Kepada empunya irama nafas baru ini, satu tabik hormat dan penghargaan atas kreativiti anda!

Rasuah sayang eh
Rasuah Sayang Sayang eh,
He lihat Pak Lah tidur
Rasa sayang sayang eh,

Budak mongolia di luar pagar,
Ambil C4 tolong bombkan,
Saya budak baru nak mengajar,
Kalau salah you duduk diam - diam.

Rasuah sayang eh
Rasuah sayang sayang eh
Eh lihat Zam bodoh rasa sayang sayang eh

Zainuddin kita nak marah al - jazeera,
tapi sendiri tak berpengetahuan,
Mungkinkah belajar dari...(*ditapis),
Kerana jawapannya macam ketam.

Rasuah sayang
Eh rasuah sayang sayang Eh
Eh lihat parliment rasa sayang sayang eh


Parlimen kita macam zoo negara,
Penuh dengan banyak binatang,
Ada beruk, monyet dan kera,
Kalau pergi sana bawalah kacang,


Rasuah Sayang
Eh rasuah sayang sayang eh
Eh lihat rempit jauh rasa sayang sayang eh


Khairy kata rempit sangat terer,
Mereka ialah mat cemerlang,
Otaknya sekarang entah mana,
Mungkin nak jadi rempit di longkang.


Rasuah sayang eh rasuah sayang sayang eh
Eh lihat bola kita jauh rasa sayang sayang eh


Dulu kita main bola peringkat antarabangsa,
Sekarang main macam ketam,
Kalah 5 - 1 kepada China,
Semalam pula kalah kepada Vietnam.


Rasuah Sayang Eh
Rasuah Sayang Sayang Eh
Eh lihat Indonesia jauh rasa sayang sayang eh


Rasa sayang milik indonesia
Malaysia kata mereka punya
Otak engkau lagu ini milik kita
Kita punya Rasuah sayang sebenarnya

Rasuah sayang eh
rasuah sayang sayang eh
Eh lihat polis jauh rasa sayang sayang eh


Bila nak tiba hari raya
Polis kita merata rata
Muka mereka semacam saja
Bagi IC dan ringgit Malaysia


Rasuah sayang eh
rasuah sayang sayang eh
Eh lihat Pak Lah tidur rasa sayang sayang eh


Air di Johor melimpah limpah
Pak lah beli rumah di Australia
Bila Mahathir kita marah
Dia kata rumah itu orang lain pula.


Rasuah sayang
Eh rasuah sayang sayang eh
Eh Malaysia hancur rasa sayang sayang eh.

09 Februari 2008

ADA BERANI KA ???

Bernama 6 Februari lalu melaporkan: Cakap-cakap bahawa Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan bertanding untuk kerusi parlimen di negeri ini semakin menjadi kenyataan apabila namanya telah pun dicalonkan untuk proses tapisan keselamatan.Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Khairy merupakan salah seorang dari lima calon yang namanya telah dipersetujui oleh mesyuarat bahagian Rembau baru-baru ini untuk bertanding di kawasan berkenaan. "Khairy, saya fikirkan sebagai Ketua Pemuda Rembau tidak ada apa sangat tetapi kita setuju kerana peranannya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri hari ini. Sebelum ini, status Khairy tidak begitu jelas kerana ada orang meramalkan beliau akan bertanding di Selangor.
Wakil rakyat Rembau sekarang, Datuk Firdaus Muhammad Rom Harun turut termasuk dalam senarai lima calon itu. Kata Mohamad, walaupun bahagian itu telah mencalonkan Khairy, keputusan mutakhir terletak pada pemimpin parti iaitu bapa mertuanya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Enam bahagian yang lain seperti Kuala Pilah, Tampin, Jelebu, Rasah, Teluk Kemang dan Jempol masing-masing sudah menyerahkan senarai calon masing-masing kecuali Umno bahagian Seremban. "Saya diberitahu bahawa mereka hanya akan menyerahkan senarai calon mereka sebaik sahaja pengumuman pembubaran parlimen dibuat," katanya. Beliau berkata, sebaiknya, senarai itu diserahkan lebih awal untuk menjalani proses tapisan keselamatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis. Apa dia? Khairy akan menjalani proses tapisan keselamatan? Mohamad Hasan yang silap cakap atau Bernama yang silap lapor? Nanti, nanti. Mungkin tersilap baca. Baca sekali lagi: Cakap-cakap bahawa Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan bertanding untuk kerusi parlimen di negeri ini semakin menjadi kenyataan apabila namanya telah pun dicalonkan untuk proses tapisan keselamatan. Mohamad Hasan juga dilaporkan berkata: ..sebaiknya, senarai itu diserahkan lebih awal untuk menjalani proses tapisan keselamatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis. Oleh kerana baca pun tidak silap, adakah Bernama tersilap lapor? Tak pula Mohamad Hasan menafikan berita itu. Kalau Bernama tidak tersilap lapor, adakah Mohamad Hasan tersilap cakap? Tak mungkin pula beliau dah hilang akal atau kewarasannya telah pupus.
Katakanlah Mohamad Hasan tidak tersilap cakap. Katakanlah, beliau tidak hilang akal dan kewarasannya juga belum pupus. Katakanlah memang benar Khairy akan menjalani proses tapisan keselamatan. Katakanlah semuanya benar dan kalau semuanya benar, beranikah polis dan BPR melakukannya? Kalau Tengku Goh boleh terlepas bebas, mustahil Khairy akan berhadapan dengan ketegasan yang keras. Semua orang tahu, kedua-duanya sama-sama berkuasa. Bezanya, Khairy tidak dilabel penjenayah seperti Tengku Goh. Belum lagi setakat ini. Kalau Tan Sri Musa Hassan yang dituduh oleh Raja Petra menjadi penaung dunia penjenayahan pun boleh terlepas dari tuduhan rasuah kerana BPR tidak menemui bukti yang mencukupi untuk mendakwanya, mustahil BPR tiba-tiba cekap dan hebat lalu menemui bukti yang mencukupi untuk menyekat menghambat Khairy dari menjadi calon. Mentor Khairy yang juga Timbalan Pengerusi NSTP, Datuk Kalimullah Hassan sudah lama didapati bersih oleh Perdana Menteri. Bukan sahaja didapati bersih, malah Perdana Menteri juga sering menelefonnya. Peduli apa Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah mendedahkan bahawa Kalimullah pernah dibantah oleh pihak polis untuk dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Allahyarham Tun Ghafar Baba kerana mengesyaki beliau adalah seorang agen Singapura. Kalau Dr Mahathir pun tidak dipedulikan, takkan pula Perdana Menteri 'nak ambik pot' desakan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam berita berikut yang tersiar dua tahun lalu: "Sebelum ini pun kita mendengar pelbagai cerita mengenai Kali dari pelbagai pihak yang bimbang terhadap masa hadapan dan keselamatan negara ini. Kita juga mendengar cerita bahawa Kali mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan Singapura terutama Menteri Dalam Negerinya, Wong Kan Seng, yang mengguasai operasi perisikan negara itu, tetapi kita tidak mahu membangkitkan perkara itu kerana tidak mahu bersikap tidak adil terhadap Kali. "Tetapi apabila seorang bekas Perdana Menteri sehingga dua kali membangkitkan hubungan Kali dengan Singapura dan pandangan pihak polis yang mengesyaki beliau seorang agen Singapura, kita tidak boleh lagi berdiam dan menganggap perkara itu tidak perlu diberi perhatian serius. "Kita juga tidak boleh lagi terus mempercayai Abdullah kerana tindakannya bersahabat dengan orang-orang yang diragui hatta oleh bekas Perdana Menteri dan pihak polis sendiri sangat membahayakan keselamatan dan masa hadapan negara," katanya. "Mengambilkira latar belakang Kali yang mencurigakan, seperti yang dinyatakan oleh Dr Mahathir itu, pihak polis bertanggungjawab membuka semula fail penyiasatan ke atas Kali bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman negara ini. "Malah, polis juga mesti menyiasat rangkaian Kali terutama yang dibawanya dari Singapura dan dilatih oleh negara itu seperti Pengarang Kumpulan NST, Brendan Pereira," katanya. Kalau Kalimullah yang pernah tidak lulus tapisan keselamatan polis pun kini dah lulus selulus-lulusnya dan jadi bersih sebersih-bersihnya, takkan pula Khairy akan ter'kantui' dalam proses tapisan keselamatan BPR dan polis. Lebih dari itu semua, jangan lupa bahawa Perdana Menteri bagaikan memberi amaran kepada semua pihak supaya jangan mengacau anak dan menantunya dalam berita berikut: Presiden UMNO itu berkata, tindakan ahli keluarganya, terutama anak-anak dan menantunya memiliki harta bukan merupakan satu kesalahan dan beliau tidak berhasrat mencampuri urusan mereka. Menurutnya, ahli keluarganya mempunyai hak sama seperti orang lain, bebas untuk memiliki harta. Sehubungan itu, Abdullah menegaskan, beliau tidak bercadang membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun menantunya. ‘‘Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.Tambahan pula, katanya, tindakan ahli keluarganya untuk memiliki harta bukanlah satu perbuatan yang salah. Perdana Menteri berkata, begitu juga dengan anak-anak dan menantunya, mereka tidak perlu mengambil tindakan mengisytiharkan harta mereka.
Jangan pula lupa Raja Petra pernah menyatakan: (Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR) akan berkhidmat kepada Abdullah selagi Abdullah tidak mengancam kepentingan mereka. Skandal mensabotaj Dr Mahathir, skandal pengeksportan komponen nuklear ke Libya oleh Scomi dan skandal Oil-for-Food sudah cukup untuk menyahkan Abdullah. Tetapi semua itu akan hanya berlaku jika Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR memutuskan untuk menyiasat beliau. Dan kelihatanya kini "tidak ada keslah

Pilihan raya amanah kepada seluruh rakyat

MUAR, 9 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, berkata rakyat negara ini perlu peka serta mengambil berat dalam urusan pilihan raya, kerana pilihan raya merupakan satu amanah besar kepada mereka. Pilihan raya merupakan proses memilih pemimpin yang bakal menerajui negara, maka peluang yang datang lima tahun sekali itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada 118 warga kurang bernasib baik antaranya ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin serta orang kurang upaya (OKU) di Parit Jawa, dekat sini, sempena Program Jelajah Presiden PAS, kenegeri ini, baru-baru ini. Selain Tuan Guru Abdul Hadi, program Jelajah Presiden turut disertai Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu; Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfods Muhammad, serta pimpinan PAS Johor. Dalam kunjungan sehari di Johor, Tuan Guru Abdul Hadi, turut menghadiri majlis makan tengahari bersama pimpinan PAS Johor.Beliau juga menyampaikan amanat dan taklimat isu-isu terkini kepada pimpinan PAS Johor. Ceramah Perdana oleh Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharuddin, Mohammad Sabu serta Dato’ Mahfods, pula diadakan di Parit Pecah sebagai kemuncak program ini, dan ia telah berjaya menarik ribuan orang ramai hadir mendengar taklimat Presiden PAS itu. Menyambung ucapannya, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, rakyat tidak boleh memandang ringansoal pilihan raya ini kerana ianya adalah mekanisme yang sangat penting dalam amalan demokrasi bagi menentukan kepimpinan negara pada masa depan.
Sebaliknya, jika rakyat tidak merasakan bahawa pilihan raya suatu amanah penting, maka sudah pasti keputusan yang diperolehi selepas pilihan raya nanti bakal menimbulkan masalah kepada rakyat itu sendiri. Katanya, rakyat di negara-negara lain menjadikan pilihan raya sebagai peluang terbaik bagi menentukan nasib kerajaan yang memerintah. Jika kerajaan yang memerintah baik maka mereka akan terus memberi mandat kepada kerajaan tersebut, katanya. Tetapi sekiranya rakyat mendapati kerajaan melakukan kesilapan seperti amalan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa, maka rakyat akan menghukum kerajaan dengan tidak memberikan mandat kepada kerajaan tersebut. Beliau juga menyatakan, amalan demokrasi sepatutnya memberi peluang kepada seluruh rakyatmendengar hujah semua parti politik. Namun berlainan di Malaysia, ruang bagi rakyat mendengar hujah serta pandangan pihak lain begitu terhad, pandangan serta hujah pihak lain seolah-olah dinafikan sama sekali, kat

08 Februari 2008

Rahman sedia tundukkan Hadi lagi

MARANG 7 Feb. - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar bersedia mengulangi kejayaannya menundukkan Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang sekiranya dipilih bertanding di kawasan Parlimen Marang pada pilihan raya umum ke-12 nanti.
Abdul Rahman yang digelar giant killer ekoran kejayaannya pada pilihan raya umum 2004 itu berkata, beliau tidak gentar berdepan dengan orang nombor satu Pas itu.Malah, beliau yakin dapat menambah jumlah majoriti undi berbanding 163 undi ketika mengalahkan Hadi pada pilihan raya lalu."Apa nak takut? Saya sudah buktikan apabila saya menewaskan Presiden Pas itu pada pilihan raya umum 2004. Ketika itu tidak ramai orang percaya Abdul Hadi akan tewas, tapi saya berjaya melakukannya."Saya yakin mengulangi kejayaan saya tidak kira sama ada parti pembangkang meletakkan Hadi atau sesiapa saja calon mereka di kerusi Parlimen Marang," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis Sentuhan Kasih di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang di sini hari ini.Beliau yang juga ahli Parlimen Marang turut menyampaikan hadiah kecemerlangan berbentuk wang tunai kepada 37 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007.Abdul Rahman berkata, lebih 80,000 penduduk Marang mendaftar sebagai pengundi dan majoriti mempunyai keyakinan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri ini. Beliau memberitahu, berdasarkan pemerhatian, golongan muda yang berfikiran terbuka dan lebih toleransi menyokong UMNO dan BN malah sokongan golongan veteran juga semakin meningkat. ''Sejak mentadbir kembali Marang pada 2004, BN telah memenuhi segala janji yang telah diberikan kepada rakyat malah parti juga melakukan banyak pembangunan.''Hal ini jauh berbeza ketika Pas memerintah selama empat tahun sejak 1999.
''Saya percaya hal ini turut diakui pembangkang dalam diam, tetapi sudah tentu mereka tidak akan mengakuinya secara terang-terangan kerana itu sudah jadi tabiat mereka,'' katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi parti dalam meletakkan calon BN di kawasan Parlimen Marang dan beliau akan akur terhadap keputusan tersebut.Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, jentera UMNO di daerah itu kini bersedia untuk bergerak dalam memastikan BN mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada pilihan raya umum nanti.

SERANGAN PERTAMA BAKAL DILANCAR ???

SABAK BERNAM 7 Feb. – Barisan Nasional (BN) Selangor akan cuba memperkenalkan calon-calonnya lebih awal di tiga kawasan yang dikatakan bermasalah bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 kali ini, kata Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini.
Ini bertujuan supaya pengundi di tiga kawasan berkenaan dapat mengenali dengan lebih dekat lagi calon-calon BN yang dipilih, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat dan Sukaneka di Sungai Nipah di sini.Ditanya mengenai tiga kawasan yang dikatakan bermasalah itu, Khir yang juga Menteri Besar Selangor berkata, di antaranya ialah Sekinchan dan Sungai Pinang tetapi beliau enggan memberitahu satu lagi kawasan kerana tidak mahu menimbulkan spekulasi.Khir berkata; “Kita nak tengok dan kita telah bincang dengan pengerusi parti kawasan terlibat (ketua bahagian) dan mereka telah bersetuju untuk menggantikan calon yang kalah atau calon yang menyebabkan kawasan itu hitam atau kelabu”.Beliau berkata, calon baru akan memberi kesan yang besar kerana dipilih daripada antara yang terbaik dan dijangka mampu mengatasi kelemahan wakil BN atau pembangkang.Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi dewan undangan negeri Sungai Panjang pada pilihan raya umum kali ini, beliau berkata; “Ia bergantung pada Pak Lah.”Khir berkata; “Saya yakin sekurang-kurangnya kita dapat mengekalkan apa yang kita ada dalam pilihan raya lepas”.Mengenai sama ada senarai calon telah dihantar kepada Perdana Menteri, beliau berkata; “Senarai itu masih dalam pemikiran saya”.Pada pilihan raya umum lepas, BN Selangor menyapu bersih kesemua 22 kerusi Parlimen dan 54 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN).Khir juga berkata, masa ini adalah yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya bukan saja jentera pilihan raya Barisan Nasional Selangor sudah bersedia malah rakyat ternanti-nanti bila Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen.“Rakyat tidak pernah persoalkan pilihan raya wajar diadakan atau tidak malah apa yang kita lihat rakyat hari ini pun menunggu pengumuman Perdana Menteri bila dia nak bubarkan Parlimen”.Menteri Besar berkata, semangat ahli-ahli parti komponen cukup tinggi pada masa ini berbanding dengan beberapa pilihan raya umum dulu di mana ada parti-parti komponen agak lewat bergerak.“Kali ini saya tengok MCA, MIC telah mula buka bilik gerakan masing-masing... ini petanda baik. Wanita BN telah mula turun ke bawah.“Tak perlu persoal kesesuaian masa kita mesti siapkan jentera, kalau kita nak tunggu best time sampai bila kita tidak dapat,” katanya ketika mengulas pendapat sesetengah ahli politik yang mengatakan belum tiba masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.Khir berkata, pada kali ini nampaknya pembangkang seperti Pas tidak mempunyai banyak isu untuk dijaja dan mereka mungkin mencari kelemahan beliau sebagai modal kempen.Mereka akan mengatakan beliau mempunyai rumah di “Janda Baik, Janda Nakal” di Genting Highland, dan London untuk menimbulkan kebencian masyarakat terhadap beliau, katanya.Tujuh belas tahun Pas memerintah Kelantan sampai sekarang hukum hudud tidak dilaksanakan dan tidak ada sebuah masjid pun dibina di negeri itu, katanya.“Inilah yang mereka jaja, ramai rakan-rakan yang terpengaruh dengan Pas sudah 17 tahun kena tipu pun percaya lagi. Mereka yang percaya dakyah Pas eloklah kembali ke pangkal jalan,” kata beliau lagi.Khir berkata, sejak beliau menjadi wakil rakyat di DUN Sungai Panjang banyak masjid dan surau telah dinaik taraf atau masjid baru dibina dan terkini ialah sebuah Masjid di Simpang Lima yang bercirikan seni bina Demak, Indonesia.Pada pertengahan tahun ini, Khir berkata, sebuah lagi masjid akan dibina menggunakan seni bina Iran di Pekan Selasa bernilai antara RM7 juta hingga RM8 juta.

Pemimpin gereja Britain minta undang-undang syariah dibenar

LONDON 8 Feb. _ Ketua Uskup (Archbishop) Canterbury semalam meminta dibenarkan pelaksanaan undang-undang syariah secara terhad di Britain, cadangan yang mendapat pujian dari penduduk Islam Britain.Cadangan yang dianggap luar biasa daripada seorang pemimpin tinggi gereja itu jika diterima akan memberi ruang kepada penduduk Islam Britain menyelesaikan pertikaian perkahwinan dan harta mengikut undang-undang Islam dan tidak melalui mahkamah-mahkamah sivil Britain.Ketua Uskup Rowan Williams dalam satu temu ramah radio dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) berkata, pelaksanaan undang-undang Islam boleh membantu membaiki masalah sosial.Menurut beliau, langkah memperkenalkan undang-undang Islam merupakan suatu yang “tidak boleh dielak.”“Beberapa peruntukan dalam syariah sudah diiktiraf dalam masyarakat kita dan diterima di bawah undang-undang kita, jadi kita bukan membawa suatu yang asing dan bertentangan dengan sistem,” katanya. Bagaimanapun, jurucakap kepada Perdana Menteri Gordon Browan menolak cadangan Williams itu.“Perdana Menteri percaya undang-undang Britain perlu dilaksana di negara ini berdasarkan nilai Britain,” tegas Michael Ellam.Cadangan tersebut juga ditolak oleh Sayeed Warsi, seorang menteri bayangan bagi Perpaduan Masyarakat dan Tindakan Sosial.Beliau memberi alasan bahawa semua rakyat Britain tertakluk kepada undang-undang yang sama.Sementara itu, Pengarah Yayasan Ramadhan, Mohammed Shafiq berkata, pelaksanaan undang-undang syariah akan mengurangkan ketegangan dalam masyarakat.“Ia akan menjadikan orang Islam berbangga menjadi orang Britain. Ia juga akan menjadikan orang Islam yakin negara ini menghormati kepercayaan mereka,” katanya.Menurut beliau, rakyat bukan Islam Britain juga perlu memahami bahawa cadangan Williams itu tidak bermaksud pelaksanaan dalam hal ehwal jenayah tetapi untuk pertikaian sivil.Mohammed dan Williams menyatakan, Britain telah membenarkan penganut Yahudi Orthodok menyelesaikan pertikaian mengikut undang-undang tradisional Yahudi

Penyanyi ditahan Jaim

MELAKA: Seorang penyanyi balada yang juga finalis Bintang Penghibur HMI 2001 antara yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini, tengah malam, kelmarin.Pusat hiburan itu diserbu anggota penguat kuasa kira-kira jam 12 tengah malam dalam operasi bersepadu membabitkan jabatan imigresen dan polis.Penyanyi berusia 29 tahun kelahiran Klang, Selangor, itu ditahan bersama 10 pengunjung wanita lain kerana didapati berpakaian seksi dan menjolok mata.Ini kali kedua penyanyi itu ditahan atas kesalahan sama oleh penguat kuasa Jaim. Awal tahun lalu, dia turut ditahan kerana berpakaian seksi di sebuah pusat hiburan berdekatan.
Ketika ditahan dalam operasi itu, penyanyi itu didapati menghiburkan puluhan pengunjung dengan nyanyian lagu popularnya dan terkini.Pegawai Penguat Kuasa Jaim yang membuat pemantauan dan pemerhatian mendapati penyanyi itu berpakaian sendat dengan fabrik jarang berwarna gelap serta skirt pendek atas paha.Dia juga dikatakan popular sekitar tahun 90-an dan pernah merakamkan album serta popular dengan beberapa lagu balada serta irama Malaysia.Dia kemudian ditahan anggota penguat kuasa untuk diambil butiran diri dan dibebaskan dengan diberi saman hadir ke pejabat Jaim.Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata menerusi saman hadir yang diberikan, penyanyi itu dikehendaki datang ke pejabat Jaim pada minggu depan untuk diambil keterangannya.Katanya, dia juga dikehendaki mengikuti sesi kaunseling yang akan diadakan nanti.“Kami menahannya kerana dia (penyanyi) berpakaian tidak sopan,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.Rahimin berkata, 10 lagi wanita yang ditahan dalam serbuan itu berusia di antara 27 hingga 43 tahun.Katanya, mereka juga didapati berpakaian tidak senonoh antaranya mendedahkan bahagian tertentu termasuk di dada serta bahu dan berskirt pendek.“Semua yang ditahan diberi surat saman hadir selepas butiran mereka direkodkan.“Mereka ditahan mengikut Seksyen 71, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana berpakaian tidak sopan,” katanya.Jika disabitkan kesalahan mengikut seksyen itu, mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali

04 Februari 2008

Sebab Ali Rustam Ditarik Ke Pusat

Tg Kudin
Pentadbiran Ali Rustam lemah, tidak cekap dan penuh penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa menyebabkan hutang Melaka sejak beliau mengambilalih kepimpinan negeri pada tahun 1999 berjumlah RM 482 juta meningkat mendadak setiap tahun sehingga pada tahun 2006 berjumlah RM 1.05 bilion,ini bermakna setiap rakyat Melaka mempunyai hutang sebanyak RM
2,342.22.
1 - Ali Rustam didakwa guna Tabung Kesihatan untuk ahli keluarga dengan mewujudkan satu Tabung Kebajikan peribadi di atas nama peribadinya sendiri bagi membolehkan bantuan kewangan dihulurkan kepada pesakit miskin dan berkeperluan untuk kos dan perbelanjaan hospital dan perubatan menurut laporan kepada BPR 4 Januari 2006 oleh Lim Guan Eng,Ali Mohd Rustam menyalahgunakan Tabung Misteri Kebajikan Kesihatan tersebut sebanyak RM 908,242.33 sejak 2001 untuk membiayai kos rawatan hospital ahli keluarganya sehingga 31 Mac 2005.Sumber tabung itu ialah daripada Umno Melaka sebanyak RM 368,283.82 dan RM 539,958.51 diperolehi daripada derma orang awam yang dipungut oleh Ketua Menteri Melaka sendiri. lebih daripada RM590,000 (65%) digunakan untuk orang kaya bergelar Datuk-datuk dan ahli keluarga Ketua Menteri Melaka sendiri, iaitu RM 365,000 atau 40% digunakan untuk ahli keluarga Ketua Menteri sendiri termasuk isteri, anak-anak, abang ipar, mak mertua, kakak dan arwah ibunya dan 225,000 atau 25% digunakan untuk pesakit bergelar datuk ataupun isteri
datuk. Orang awam hanya mengetahui mengenai tabung misteri tersebut selepas tiga tahun didirikan, ini melibatkan penyelewengan oleh seorang wakil rakyat dan ahli pentadbiran yang menggunakan wang awam yang dikutip atas tujuan membantu orang miskin, Ali Rustam telah menyalahi peruntukan-peruntukan 10 hingga 15 dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, khususnya seksyen 15. Sekiranya beliau disabitkan kesalahan, Ali akan berhadapan dengan
hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada 50 kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan atau RM 10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi dibawah seksyen 16.
2 - Pejabat Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang juga Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam disita Mahkamah Tinggi berikutan kegagalan agensi itu membayar tunggakan hutang lebih RM2.23 juta kepada Subang Teknik (M) Sdn Bhd . Selain Pejabat Mohd Ali di Tingkat 11 Bangunan PKNM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu, tujuh lagi tingkat lain milik PKNM termasuk yang menempatkan pejabat pengurus besar turut disita. Arahan sita itu dikeluarkan menerusi surat penghakiman Mahkamah Tinggi
yang ditandatangani Timbalan Pendaftar, Elesabet Paya Wan bertarikh 28 Jun 2006.
3 - Penjualan dua aset Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) iaitu Ayer Keroh Country Resort (AKCR) dan Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR) yang mengalami kerugian teruk adalah bukti kelemahan kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Mohd Ali Rustam. AKCR telah dijual kepada AMZ Resort (Melaka) Sdn Bhd dan TBBR kepada Brisdale Asset Sdn Bhd (kemudian ditukar kepada IIUM Holdings Sdn Bhd) walaupun tanpa mendapat kelulusan kerajaan pusat seperti yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2006 baru - baru ini.Berdasarkan laporan itu, AKCR dijual pada harga RM6.7 juta sedangkan harga di pasaran RM15.8 juta manakala TBBR dijual pada RM6 juta sedangkan harga pasaran RM7.12 juta menyebabkan mereka menanggung kerugian sebanyak RM10.22 juta. Sudahlah ke dua-dua aset ini mengalami kerugian kemudiannya dijual pula dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran menyebabkan mereka rugi lagi sebanyak RM10.22 juta.
4 - Menara PERTAM Akan Dilelong? Pengerusi PERTAM, Dato' Seri Mohd AliRustam dilihat telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya bagimemastikan prestasi pencapaian dan pengurusan kewangan dalam membangunkan TanahAdat Melaka yang merupakan aset paling berharga bagi orang Melayu. PERTAM juga terus mencatat kerugian terkumpul sehingga 31.12.2006sebanyak RM 40.96 juta daripada pinjaman pokok sebanyak RM 35.91 juta yang
diperolehi kerana tidak mampu membayar balik pinjaman.Ke tiga-tiga anak sykt rugi sehingga 31.12.2005

- PERTAM Construction Sdn Bhd - RM 5.03 juta
- PERTAM Properties Sdn Bhd - RM 0.32 juta
- PERTAM Trading Sdn Bhd - RM 0.65 juta.
= RM 6 juta
Bukan sahaja sekadar tidak dapat membayar balik pinjaman malah keadaan pengurusannya begitu kritikal sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangannya.

LELONG
Menara PERTAM - pinjaman RM 28.57 juta sedangkan kosnya RM 25.17 juta. Mengapa PERTAM perlu meminjam RM 3.4 juta lebih daripada kos pembinaanya?
Pinjaman berjumlah - RM 18.45 juta dari Bank Rakyat
- RM 5.32 juta juta dari Yayasan Melaka
- RM 4.8 juta dari kerajaan negeri RM 4.8 juta
Jumlah Keseluruhan = RM 28.57 juta
Setakat ini PERTAM hanya menjelaskan satu bayaran ansuran berjumlah 220,000 daripada 53 kali ansuran bayaran sebanyak RM 11.42 juta yang sepatutnya dijelaskan sehingga Disember 2006 dan bagi mendapatkan balik pinjamannya, Bank Rakyat sedang menjalankan proses untuk melelong Menara PERTAM.

5 - Sayang Melaka Sungainya Kotor! Orang ramai mempertikaikan kos perbelanjaan yang begitu besar digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Melaka sebanyak RM 335 juta sedangkan kesannya tidak seberapa dan kualiti airnya masih seperti dulu.
Ini diakui sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang baru-baru ini melahirkan kekecewaan dengan kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Melaka kerana gagal memastikan air di sungai itu bersih dan tidak berbau bagi menarik kedatangan pelancong. Oleh itu katanya, kerajaan negeri akan menyerahkan semula projek
tersebut kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan meminta MBMB melantik kontraktor yang lain bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. Serentak dengan itu beliau meminta Kementerian yang berkaitan supaya menahan wang yang perlu dibayar kepada kontraktor terbabit berikutan air sungai yang masih berbau busuk, berkelodak dengan lumpur dan warnanya seperti air longkang. Ali Rustam kata kebersihannya macam Sungai Venice dan San Antonio diTexas tapi hakikatnya begitu kotor, ini memalukan industri pelancongan di
Melaka yang menjadikan Sungai Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan.Projek ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan seperti bangunan MARA di tebing Sungai Melaka yang menempatkan peniaga bumiputera telah dirobohkan kerana dianggap mencacatkan keindahan sungai dan dijadikan tempat meletak kenderaan.Banjir kilat juga sering berlaku di sepanjang tebing sungai sehingga keparas lutut walaupun cuma ketika air laut pasang, padahal sebelum initidak pernah berlaku.Malahan ianya hanya mencantikkan ruang siar kaki di sepanjang tebing sungai itu sahaja dan baru-baru ini ribuan ikan belanak ditemui mati terapung di muara sungai yang mungkin berpunca dari pencemaran toksid yang teruk. Yang dapat manfaat menerusi projek ini ialah kroni-kroni Ali Rustam ianya melibatkan empat fasa yang bernilai kira-kira RM 335 juta yang bermula dari Jalan Chan Koon Cheng hingga ke Jalan Tun Ali membabitkan jarak 4.5 kilometer sejak 2002 dan kini di fasa terakhir iaitu pembinaan
pintu air pasang surut yang dijangka siap akhir Januari 2008.Selain itu, perkhidmatan bot penumpang yang disediakan oleh Melaka River Cruise untuk pengunjung menyusuri sungai itu, di mana ideanya dicetuskan oleh Mohd Ali juga tidak mendapat sambutan dan hanya tersadai
menunggu penumpang. Terdahulu, pengendali bot Parameswara Tour River & Island Trip dan para nelayan telah diarah menghentikan operasi bot mereka atau berpindah walaupun sudah beroperasi sejak 21 tahun lalu di kawasan itu mendakwa, tindakan berkenaan menjejaskan operasi syarikat sekali gus mengancam sumber pendapatan mereka. Lantaran itu, Pesta Sungai Melaka yang diadakan pelbagai aktiviti sukan air seperti perarakan perahu berhias terpaksa dibuat pada malam hari baru-baru ini bagi mengelakkan air sungai yang hitam dan kotor serta
berbau seperti air longkang itu dilihat pelancong dari luar negara.
6 - Projek-projek mewah kerajaan negeri yang merugikan rakyat seperti:
� Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal sebanyak RM 280 juta
sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh
adalah 4 lorong kereta;
� Projek Hang Tuah Mall sebanyak RM 8.5 juta;
� Projek air terjun Bukit Sebukor sebanyak RM 1.7 juta;
� Projek pintu gerbang MBMB sebanyak RM 2.7 juta;
� Jeti Parameswara sebanyak RM 13 juta yang tidak boleh digunakan
sebaik sahaja siap kerana akibat mendapan lumpur berpunca dari projek Pulau
Melaka yang juga terbengkalai.
� Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter sebanyak RM 1.8
juta atau RM 300 sekaki;
� Bunga pasu sebanyak RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara;
� Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade sebanyak RM 2
juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap sebanyak RM 2.5 juta.

02 Februari 2008

Khairy calon terbaik impian Perdana Menteri?



Akhirnya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mendedahkan kepada umum kriteria bakal calon Barisan Nasional yang akan dipilih dalam pilihan raya umum ke-12 akan datang.
Dalam kenyataanya kepada media baru-baru ini, Abdullah menyatakan bahawa Barisan Nasional hanya akan meletakkan calon yang berwibawa, bersih dan bersedia berkhidmat untuk rakyat. Dia berkata, dia juga mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. “Kriteria yang saya tetapkan adalah lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri atau pemimpin-pemimpin lain” katanya. Abdullah mengulas kenyataan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen yang menyatakan kesediaan mereka sama ada untuk bertanding semula, tidak bertanding dan berundur dalam politik. Abdullah menegaskan, kenyatan-kenyataan mereka itu tidak mempengaruhi keputusannya mengenai siapa yang akan menjadi calon pilihan raya.
Dengan nada yang membuktikan dirinya benar-benar berkuasa, Abdullah menegaskan lagi, keputusan akhir siapa yang akan menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh dirinya. Ketegasan Abdullah bahawa kenyataan pemimpin politik tidak mempengaruhi keputusan beliau malahan lebih baik dari menteri besar, ketua menteri dan pemimpin lain telah 'menempelak' dan 'memperkecilkan' beberapa kenyataan pemimpin politik Umno sebelum ini. Abdullah tidak akan terpengaruh dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak yang menyebut Barisan Nasional akan meletakkan calon yang diyakini menang dan mampu diterima oleh masyarakat walaupun tidak mengetahui semua maklumat individu tersebut. Sebelum ini, Najib ada menyebut wakil-wakil rakyat yang menghadapi masalah kesihatan perlu menerima hakikat bahawa mereka sudah tidak mampu menjadi wakil rakyat yang berkesan. Katanya, setiap calon wakil rakyat mesti cergas dan perlu bertenaga untuk berkhidmat kepada rakyat kerana tugas sebagai wakil rakyat adalah berat. Dia juga berkata Barisan Nasional hanya memilih calon yang boleh menangkan parti dan bukannya membuat pemilihan berdasarkan selama mana seseorang itu telah menjadi wakil rakyat.
Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa bersedia menerima apa saja keputusan pucuk pimpinan parti termasuk tidak dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang. Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien pula menyebut calon-calon dari Pemuda Umno adalah mengambil kira soal peribadi, rekod prestasi dan penerimaan ramai terhadap mereka. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh pula bersedia untuk bertanding di Parlimen jika diminta berbuat demikian. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Dato' Seri Dr Muhd Khir Toyo pula menyebut bahawa wakil rakyat yang mempunyai skandal seks tidak akan terpilih sebagai calon untuk negeri ini. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Seri Azmi Khalid pula meminta media menghentikan terus spekulasi bahawa beliau akan menggantikan Tan Sri Shahidan Kasim sebagai Menteri Besar Perlis. Ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz pula mencadangkan pucuk pimpinan Barisan Nasional meletakkan sekurang-kurangnya seorang calon wanita bertanding di Kelantan. Rafidah juga yakin dirinya akan menang kerusi Parlimen Kuala Kangsar jika dirinya dipilih semula memandangkan prestasi cemerlangnya sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan. Ketua Wanita Umno Pahang, Dato' Maznah Mazlan pula meminta kuota wanita negeri itu ditambah 12 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri. Dan pelbagai pandangan daripada Menteri dan pemimpin tertinggi Umno di setiap negeri melahirkan pandangan mengenai calon dan pilihan raya. Bagi Ahli Parlimen dan Adun biasa pula, masing-masing sibuk membuat pelbagai kenyataan agar dirinya terpilih. Misalnya, Datuk Halimah Sadique bersedia untuk bertanding kerusi Parlimen di salah satu kawasan di negeri Johor. Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim menganggap banyak kerja-kerja beliau yang perlu diselesaikan kerana satu penggal tidak mencukupi. Pengundi-pengundi yang ditemu ramah oleh sebuah akhbar Melayu turut mahukan agar wakil rakyat mereka, Datuk Abu Bakar Ali yang berusia 61 tahun dan menjadi Adun sejak tahun 1986 dikekalkan sebagai calon Dun Temasek Terengganu. Hampir semua Ahli Parlimen dan Adun telah mengeluarkan pelbagai pandangan dan kenyataan walaupun berlapik dengan menyebut 'jika dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi parti'. Mereka 'melobi' dan masih mahu kekal tetapi kenyataan Abdullah yang cukup hebat dan dirinya sebagai 'orang yang paling berkuasa' telah menyebut tidak akan terpengaruh dengan kenyataan pemimpin politik lainnya.
Pandangan dan kreteria yang dia mahukan adalah yang lebih hebat dari pandangan pemimpin lain. Dia mahu calon Barisan Nasional yang berwibawa, bersih dan sedia berkhidmat.
Sememangnya hebat kenyataan beliau ini. Calon pilihan Abdullah yang cukup wibawa dan bersih bolehlah kita rujuk dalam lantikan Menteri Kabinet pada tahun 2006 lalu. Antara mereka yang hebat dalam jawatan menteri penuh termasuklah, Dato' Seri Azmi Khalid, Dato' Seri Mohd Effendi Nawawi, Dato' Seri Zainuddin Maidin, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansur dan Dato' Seri Radhi Sheikh Ahmad serta yang lain-lain. Timbalan Menteri yang hebat yang dia pilih adalah seperti Dato' Noh Omar, Dato' Abdul Rahman Suliman, Dato' Khamsiyah Yeop, Dato' Zainal Abidin Mohd Zin dan sebagainya. Antara Setiausaha Parlimen yang dilantik pula adalah Dato' Paduka Abdul Rahman Ibrahim dan Dato' Dr Mashitah Ibrahim yang mendakwa ada komplot mahu menjatuhkan dirinya. Pilihan Abdullah ini menyebabkan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang ada menyebut 'new line-up a disappointment'. Sesuatu yang diharapkan kabinet baru tetapi inilah yang terbaik untuk Abdullah. Begitu juga kedudukan dalam ahli Majlis Tertinggi Umno yang dilantik oleh Abdullah. Antara mereka yang bersih dan wibawa termasuklah Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Bendahari pula adalah Dato' Abdul Azim Mohd Zabidi. Sementara ahli Majlis Tertinggi yang dilantik Abdullah termasuklah Dato' Hamzah Zainuddin dan Dato' Mohamad Norza Zakaria. Selain Abdullah yang cukup berkuasa dan selamat sebagai calon, ada seorang pemimpin lain yang cukup wibawa dan bersih sebagai persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin ini adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang juga menantu beliau, Khairy Jamaluddin. Pemimpin muda, bijak dan cukup pengalaman adalah tokoh muda yang menjadi pilihan utama sehingga hebat menyerang bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2006 lalu. Khairy juga antara pemimpin muda Umno dan Barisan Nasional yang hebat 'mencabar' pembangkang dan pengundi-pengundi Cina satu ketka dahulu. Apa yang pasti, Khairy akan menang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang walaupun mungkin dia bertanding di luar negeri Sembilan. Kerana itu, sebelum membuat kenyataan atau pelbagai pandangan, para pemimpin Umno termasuk Timbalan Presiden perlu mendengar dahulu nasihat dan pandangan Khairy menjelang pilihan raya umum kelak. Terpulang kepada pengundi dan pembangkang dalam persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum kelak. Dr Mahathir yang cukup hebat satu ketika dahulu pun terpaksa ke mahkamah kerana isu VK Lingam!

Ghani Menghitung Hari ...

Sekurang-kurangnya empat nama disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Johor, menggantikan Dato' Abdul Ghani Othman yang dikatakan akan ditukarkan. Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr Abdul Latiff Ahmad mendahului yang lain-lain diikuti nama-nama Dato' Nur Jazlan Tan Sri Mohamed (Ahli Parlimen Pulai), Razali Ibrahim (Ahli Parlimen Muar) dan Dr Shahruddin Md Salleh (Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani). Ghani yang dikatakan sudah bersedia bertanding di Parlimen Ledang dan mengosongkan kerusi MB dalam pilihan raya umum yang lalu bagi memberi laluan Dato' Mohamad Khaled Nordin, ditukarkan disaat-saat akhir, bagi mengekalkan kerusi MB untuk sepenggal lagi. Walaupun banyak pihak mendakwa Mohamad Khaled kemungkinan akan dinamakan semula bagi menggantikan Ghani, tetapi banyak pihak mendakwa, peluang untuk Mohamad Khaled menjadi Menteri Besar sudah berlalu. Jika Dr Abdul Latiff terpilih, dia mengulangi sejarah Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang dibawa balik menjadi Menteri Besar ketika menjadi Timbalan Menteri di peringkat nasional. Dr Abdul Latiff juga bakal mencipta sejarah, mewakili kawasan Endau menduduki Menteri Besar seperti yang pernah diduduki Dato' Abdul Ajib Ahmad suatu ketika dahulu. Sementara itu, jika Nur Jazlan terpilih, ia mencipta rekod peribadi kerana suatu ketika dahulu nama bapanya, Tan Sri Mohamed Rahmat pernah disebut-sebut bakal Menteri Besar Johor. Manakala Razali Ibrahim diramalkan menggantikan Ghani atas kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Johor. Muhyiddin juga merupakan Ketua Pemuda Negeri ketika dilantik menjadi MB Johor dahulu. Tradisi anak Muar menjadi MB Johor akan diteruskan jika Razali terpilih. Mohamad Khaled juga adalah anak kelahiran Muar. Manakala Dr Shahruddin merupakan calon luar yang dilihat boleh mencipta kejutan tetapi pengalamannya menjadi Setiausaha Politik Muhyiddin selama lapan tahun dikatakan boleh menjadikan dia antara calon yang cukup berpotensi. Namun ada juga yang meramalkan Ghani akan terus dikekalkan atas kehendak istana dan kemampuannya mengemudikan WPI yang sudah dimulakan. Tidak mustahil, anak jati Muar ini meneruskan kepimpinannya kerana setakat ini tiada alasan menukarkannya kecuali 'sudah agak lama' di situ. Hubungannya yang cukup rapat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menyebabkan banyak pihak menyebut, Ghani akan terus menjadi Menteri Besar. Jika ini berlaku, ramailah yang 'terkilan' kerana 'angan-angan mat jenin' mereka tidak menjadi. Walaupun Ghani tidak begitu 'mesra publisiti' kerana sikapnya yang tidak sanggup membeli iklan di media-media cetak untuk mempromosi diri sendiri seperti orang-orang lain tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri 'sukakan' sikapnya yang sentiasa merendah diri.

01 Februari 2008

PM tunggul mati yang pembohong?

Apabila dua orang membuat dakwaan saling bertentangan, salah seorang mesti berbohong. Tidak mungkin kedua-duanya bercakap benar. Sebab itulah blogger Syed Imran Al-Sagoff bertanya, "Antara Mahathir dan Pak Lah - siapa pembohong?" NST semalam melaporkan:
"Asked about an arrangement he allegedly made with his successor, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, in 2003, Dr Mahathir claimed although he had no way of proving it, the understanding was for Abdullah to serve as prime minister only for one term, before passing the baton to Datuk Seri Najib Razak. "That was my thinking, since (Abdullah) was older than Najib, he should be PM for one term and then Najib should be able to take over," he was quoted by AFP. "I know it takes time to implement plans and projects but I think if that is to be used as an excuse to stay in power for 18 years, then that will not be very welcome." Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tidak wujud perjanjian dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri hanya sepenggal. Kalau Dr Mahathir bercakap benar, Perdana Menteri berbohong. Kalau Perdana Menteri bercakap benar, Dr Mahathir berbohong. Tidak mungkin kedua-duanya bercakap benar. Kalau Dr Mahathir berbohong, kita mempunyai seorang bekas Perdana Menteri yang pembohong. Kepimpinannya sudah menjadi sejarah, walaupun sejarah rajin sangat menceleretkan tahi dan najis ke atas kehidupan kita. Tetapi kalau Dr Mahathir bercakap benar, ia bermakna kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang pembohong. Mempunyai Perdana Menteri yang pembohong amat membahayakan negara. Lebih buruk lagi, tahi dan najis yang akan ditinggalkan oleh Perdana Menteri pembohong akan mengancam keselamatan anak-cucu kita. Cerita satu penggal mempunyai sejarahnya sendiri. Jika Dr Mahathir tidak bohong, ia dengan sendirinya menjelaskan mengapa Abdullah begitu liat hendak melantik Najib sebagai timbalannya. Abdullah menjadi yang Perdana Menteri pada 31 Oktober 1993 mengambil masa hampir tiga bulan sebelum melantik Najib pada 7 Januari 2004. Itupun, setelah Dr Mahathir dikatakan campur tangan. Ia juga dengan sendirinya menjelaskan mengapa Abdullah sebelum ini beria-ia menyatakan beliau bukan Perdana Menteri satu penggal. Kecuali Allah, hampir tidak ada siapa yang boleh menghalau Abdullah dari kerusi penuh kuasa dan puaka itu. Berpuaka jika kuasa disalahgunakan. Hendak harapkan Umno dan Barisan Nasional (BN)? Bukankah Dr Mahathir telah menyatakan, BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri.
Umno tak payah cakaplah. Dr Mahathir berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang. Hendak kalahkan Perdana Menteri di dalam pilihan raya? Bukan mudah. Kalaupun beliau dikalahkan, beliau masih boleh menjadi ahli Dewan Negara untuk terus menjadi Perdana Menteri. Bohong satu hal. Lebih penting untuk ditanyakan, adakah Perdana Menteri tunggul mati (deadwood atau tidak berguna)? Ketika ditanya adakah Abdullah boleh dianggap tunggul mati, Dr Mahathir enggan menafikannya. Beliau hanya berkata: "Saya tidak tahu apa pandangan saya, tetapi saya tahu saya mempunyai perbezaan pendapat dengannya". Hakikat bahawa Dr Mahathir enggan menafikan bahawa Abdullah adalah tunggul mati boleh mengundang tafsiran bahawa bekas Perdana Menteri itu menganggap Abdullah adalah sedemikian. Jika tidak, tentulah Dr Mahathir memberikan jawapan yang menafikan bahawa Abdullah adalah tunggul mati. Adakah Abdulah memang tunggul mati? Memburukkan lagi nasib negara ini ialah apabila Dr Mahathir berkata, pilihanraya umum akan datang "boleh jadi" yang paling kotor. Bekas Perdana Menteri menyuarakan kebimbangnnya terhadap penggunaan "cara-cara haram" untuk mempengaruhi pengundi dan memenangi pilihanraya. Apabila diminta membuktikan dakwaannya mungkin berlaku pembelian undi, Dr Mahathir menjawab, kebimbangannya itu berdasarkan pengalamannya dalam pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu pada 2006 serta sewaktu pilihanraya kecil tahun lalu. "Dalam kes saya (pemilihan Umno Kubang Pasu), saya telah membuktikan bahawa mereka (perwakilan) dirasuah. Saya menjangka amalam ini akan berterusan sewaktu pilihanraya umum," katanya. Pada 2006, Dr Mahathir mendakwa berlaku rasuah dalam pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu untuk menghalang beliau daripada dipilih sebagai perwakilan ke perhimpunan agung Umno. Bagaimanapun, Jawatankuasa Disiplin Umno telah membersihkan bahagian tersebut dari sebarang salahlaku. Jika cara-cara paling kotor dan haram memenangkan lagi parti yang diketuai oleh Perdana Menteri yang mungkin berbohong dan tidak dinafikan pula beliau adalah tunggul mati oleh Dr Mahathir, apa nak jadi negara ini?
Tak habis lagi. Nak tanya sikit, siapa pandai ajar pengundi-pengundi kita berfikir dengan waras?

Pemecatan Ishak Baharom jadi pengajaran umat Islam

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Bersemadinya jasad bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharum di Makam Diraja, Shah Alam jam 10.55 pagi tadi, mengingatkan seluruh umat Islam tentang pemecatannya sebagai mufti akhir Oktober 1997. Seluruh umat Islam tidak akan lupa dengan sejarah pemecatan Allahyarham. Walaupun seorang pendiam, tenang dan sabar, Allahyarham tetap tegas dan berpegang pada prinsipnya. Ceramah Allahyarham dilihat sebagai berpihak kepada PAS bermula pada majlis Maulidur Rasul di sebuah masjid di Alor Star, Kedah disiarkan akhbar Harakah dengan tajuk 'Awas Gelincir Aqidah - Mufti' pada 11 Ogos 1997.
Sebelum itu Ishak terbabit dalam mengetengahkan isu pertandingan ratu cantik dan penangkapan tiga gadis Melayu Islam dalam pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997 di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Tidak lama selepas itu, satu kenyataan dalam akhbar, oleh Kerajaan Selangor bahawa Kerajaan Negeri tidak akan memperharui kontrak Allahyarham yang akan tamat akhir bulan Oktober 1997. Alasan yang diberi ialah umur Allahyarham telah menjangkau usia 70 tahun. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. Ketika Allahyarham mengeluarkan fatwa pertandingan ratu cantik itu haram, pelbagai pandangan dan alasan yang dikeluarkan oleh pimpinan Umno. Mereka memberi alasan bahawa menggari tiga gadis Melayu Islam amat mengaibkan. Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad mencemuh institusi agama dengan mengatakan; "Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tidak boleh tegur." Ketika Allahyarham mengeluarkan fatwa pertandingan ratu cantik itu haram, pelbagai pandangan dan alasan yang dikeluarkan oleh pimpinan Umno.
Mereka memberi alasan bahawa menggari tiga gadis Melayu Islam amat mengaibkan. Dalam menghadapi isu tersebut, penulis politik masa kini, Ahmad Lutfi Othman telah mengulas isu berkaitan dalam bukunya, "Mufti lawan Mahathir". amum buku beliau dihalang pengedarannya dengan pelbagai cara. Seminar Mufti dan Fakwa telah di anjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 23-24 September 1997 telah menyingkap tentang kelemahan institusi agama di negara ini. Tindakan pemecatan Allahyarham terpaksa dilakukan. Jika tidak menyukarkan pimpinan Umno dan sekutunya untuk terus melakukan kemungkaran. Itulah usaha yang dilakukan Umno bagi sesiapa sahaja yang bercakap benar dan menegur mereka yang berkuasa dalam kerajaan akan disingkirkan dengan apa cara sekalipun. Mungkin ekoran pemecatan Allahyarham, ramai ahli agama dan mufti yang tidak berani menyuarakan kebenaran. Mereka lebih selesa berada dalam kemungkaran asalkan dapat meneruskan kenikmatan dunia.

Ishak Baharom tokoh yang berilmu, berani dan tawaduk

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Pemergian bekas Mufti Negeri Selangor Dato' Ishak Baharom ke rahmatullah semalam amat dirasai oleh masyarakat Islam, lebih-lebih lagi bagi mereka yang memperjuangkan syiar Islam negara ini. Timbalan Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Muhammad Burok berkata, semasa memegang jawatan Mufti dahulu Allahyarham banyak bekerjasama dengan para peguam syarie demi memantapkan undang-undang Islam terutama berkenaan undang-undang jenayah Islam di Selangor. "Sebagai peguam syarie saya rasa beliau banyak mencurah jasa kepada kami," katanya sambil mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Beliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, Dato' Ishak adalah seorang yang amat arif dalam hal-hal hukum syarak. Malah katanya, sebagai pengamal undang-undag syarie beliau sentiasa menjadi rujukan. Allahyarham juga katanya, sentiasa bersikap terbuka kepada peguam syarie dan tidak pernah menolak untuk bertemu dengan mereka. Apa saja cadangan kami sentiasa diteliti dan didengarinya sebelum beliau memberi pendapat. "Bagi peguam-penguam syarie Selangor, beliau adalah guru, bapa dan pakar rujuk segala-galanya. "Jadi apabila mendapat berita beliau telah meninggalkan kita, ia adalah kehilangan paling besar kepada kami biarpun beliau bukan lagi mufti bahkan dalam keadaan tidak sihat pun beliau masih membantu kami," katanya. Menurutnya, secara peribadi apabila berpeluang bertemu dengannya beliau sentiasa banyak bertanyakan hal-hal hukum syarak dan sebagainya. "Peguam syarie termasuk saya banyak terhutang budi kepada beliau yang penuh berwibawa serta berilmuan dan kehilangannya sukar untuk diganti khasnya kepada peguam-peguam yang beramal di mahkamah Syariah yang menegakkan syiar Islam," katanya.
Bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom, 80 meninggal dunia di Hospital Sungai Buluh, semalam pada jam 2.50 petang. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Klang, Selangor pagi tadi sebelum dikebumikan di Makam DiRaja, Shah Alam. Beliau yang menjawat jawatan mufti Selangor dari tahun 1985 hingga 1997 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut petang kelmarin akibat masalah tekanan darah. Pendakwah dan Perunding Motivasi, Ustaz Shukri Mohd Yusuf menyifatkan kematian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya. Katanya, umum mengenalinya sebagai seorang yang lembut dalam kata-katanya tetapi tetap mempunyai ketegasan. "Semua orang melihat Allahyarham sebagai contoh ulama yang berani memperkatakan kebenaran dalam pelbagai situasi. "Masyarakat akan mengingati Allahyarham sebagai contoh ulama yang disegani dan golongan pendakwah dan ulama pula harus menjadikan Ishak Baharum seorang pejuang yang tegas dan sebagai model," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau berkata, sebagaimana kisah-kisah keberanian ulama dahulu, masyarakat Islam cukup bertuah sebab dalam dunia hari ini sifat keberanian itu ada kepada orang Melayu iaitu Dato' Ishak Baharom. Ketegasan Allahyarham katanya, memberi gambaran bahawa kepentingan Islam mengatasi kepentingan diri dan kedudukannya dalam menyammpaikan Islam yang tepat dan jelas kepada masyarakat. Pada masa sama katanya, Allahyarham memiliki sifat tawaduk dan rendah diri sama ada ketika berjawatan mufti atau selepas tidak lagi memegang jawatan tersebut.
"Yang paling penting bagi beliau ialah dakwah menegakkan Islam dan dilakukan tanpa mengira kedudukan, pangkat," katanya . Sementara itu, Presiden Jemaah Islah Malaysia (Jim), Zaid Kamaruddin berkata, setakat ini Allahyarham adalah seorang personaliti agama yang berani dalam mengambil sesuatu pendirian. Justeru katanya kepada Harakahdaily, hari ini, kembalinya beliau kepada Yang Esa sangat dirasai dan juga satu kehilangan yang besar kepada umat Islam negara ini. Allahyarham seorang tokoh agama yang berani menyatakan pendirian contohnya semasa menyatakan pandangan dalam kes ratu cantik dan isu rokok dan di sini menampakkan beliau seorang yang tegas demi kesucian Islam," katanya yang turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham

Husam saman RM6 juta ke atas 2 Adun BN Kelantan

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa telah memfailkan saman fitnah RM6 juta berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kelantan serta sebuah media yang membuat penyiaran mengenai dakwaan berlakunya penyelewengan terancang oleh kerajaan PAS Kelantan di Bilik Rehat Adun Kelantan pada 27 November lalu. Husam yang diwakili peguamnya, Gobind Singh Deo serta Ahmad Shabrimi Mohamad Sidek berkata demikian kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur setelah menghantar permohonan saman ke atas Adun Paloh, Dato'Nozula Mat Diah, Adun Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik serta media The New Straits Times Press (M) Bhd. "Tindakan ini bukan bermotifkan wang tetapi yang lebih penting adalah mengenai prinsip dan keadilan yang perlu ditegakkan," ujar Gobind Singh Deo.
Tambahnya, meskipun jumlah yang dituntut adalah suatu nilai yang besar, pihaknya menyerahkan kepada budi bicara pihak mahkamah bagi menentukan kebenaran hal tersebut.
Menurut penyataan tuntutan yang dikemukakan oleh pihak Husam, isu yang dibangkitkan adalah berkaitan sembilan dakwaan yang dibuat kesemua pihak yang tersebut, antaranya mengenai aduan salah laku dan salah guna kuasa Exco iaitu Dato' Husam berkenaan dengan pengambilan wang untuk satu kontrak dan selain dakwaan berkenaan laporan mengenai penyelewengan Pengarah Air Kelantan yang telah banyak diperkatakan, isu kegagalan pengurusan Air Kelantan kerana kroni-kroni dalam Air Kelantan dilindungi oleh Exco iaitu Dato' Husam. Di dalam sidang media yang sama Nozula, Mohd Adhan serta Adun-adun BN yang lain telah mengedarkan tuduhan palsu yang berbunyi 'Laporan mengenai Kes-kes penyelewengan Kerajaan PAS Kelantan'. Husam yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat kerajaan Negeri Kelantan menyatakan bahawa beliau telah difitnah oleh Adun-adun BN yang mendakwanya mempunyai imej sebagai seorang yang menyalahguna kuasa dan korup. Bahkan, beliau turut dituduh sebagai seorang ahli politik dan pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, berpura-pura dalam perjuangan dan digambarkan sebagai seorang hipokrit, penipu, mengumpul kekayaan dengan cara yang salah serta menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi. Sehubungan dengan kenyataan media tersebut, pihak NST telah menyiarkan satu kenyataan palsu dan fitnah pada halaman 21 akhbar The New Straits Times Edisi bertarikh 28 November 2007 dalam satu rencana yang bertajuk 'Suspended BN Duo Turn To ACA'. Berikut petikan rencana tersebut: "The two Barisan Nasional assemblymen currently facing a six-month suspension from the assembly, yesterday lodged a report at the state Anti-Corruption Agency alleging nine cases of abuse by the Pas government. Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) and Mohd Adnan Kechik (BN-Bukit Bunga) turned up at the assembly premises yesterday but did not join their collegues. Instead, they held a joint press conference outside, accusing state Public Administration, Finance, Economic Planning and Community Development Committee Chairman Dato' Husam Musa of abusing his powers, especially in managing Air Kelantan Sdn Bhd.
Other allegations include attempts to sell a piece of land in developing a new township in Bandar Baru Tunjong through Kind Network Sdn Bhd and abuses involving the purchase of land in Gual Periok, Pasir Mas, by one Syarikat Galeri Tanah." Menurutnya, pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuat turun daripada laman web yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan. "Adalah dapat diandaikan bahawa terdapat jumlah yang besar tetapi tidak dapat ditentukan jumlah pengguna yang membaca laporan akhbar-akhbar pada 28 November 2007 dan menonton siaran berita pada 27 November 2007 dan kesemua hari-hari berikutnya dan Adun BN dengan bantuan akhbar NST terus menerus untuk menerbitkan perkara yang sama sehingga hari ini," jelasnya.
Dengan itu, pihak Husam menuntut Ganti rugi Am sebanyak RM1 juta daripada kedua-dua Adun BN berdasarkan fitnah lisan semasa mengadakan sidang akhbar di Bilik Rehat Adun, bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 27 November 2007 lalu. Beliau juga menuntut jumlah yang sama sebagai Ganti rugi Am daripada penyiaran semula kenyataan-kenyataan lisan mereka dalam bentuk rencana bertulis di dalam akhbar New Straits Times dan Berita Harian pada 28 November 2007. Selain itu, saman bagi Ganti rugi Am sebanyak RM1 juta bersabit pencetakan dan penyiaran rencana dalam akhbar New Straits Times bertarikh 28 November 2007 bertajuk 'Suspended BN Duo Turn To ACA' berkenaan Husam. Pihak Husam juga menuntut Ganti rugi Am daripada NST yang berbangkit daripada percetakan dan penyiaran rencana dalam akhbar Berita Harian bertarikh 28 November 2007 bertajuk '9 Penyelewengan PAS didedah' berkenaan Husam sebanyak RM1 juta. Manakala, beliau menuntut Ganti rugi Teladan dan Ganti rugi Teruk masing-masing bernilai RM1 juta. Di samping itu, beliau juga meminta faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh pemfailan tindakan ini ke atas tarikh penyelesaian atau pada satu kadar atau untuk suatu jangka masa yang dianggap patut oleh mahkamah. Husam sebelum ini melalui peguamnya pada 14 Januari lalu, telah meminta pihak yang didakwa tersebut membuat suatu terbitan penarikan semula yang penuh serta membayar sejumlah ganti rugi yang difikirkan wajar dan berpatutan untuk segala kemudaratan yang dialami oleh Husam sebagaimana yang dinyatakan di atas sebagai bayaran pampasan terhadap kenyataan dan penyiaran fitnah itu dan segala kos guaman. Namun sehingga kini, kesemua yang terbabit telah gagal untuk meminta maaf atau memberikan satu tawaran ganti rugi kepada Exco kanan kerajaan PAS Kelantan itu