31 Mac 2008
KABIN- NET BAYANG-BAYANG
Dah Tak Dapek Nak Merempit dan Menyepit lagi ..
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, kaedah itu dijangka dapat mengatasi masalah berkenaan yang lebih dikenali sebagai kegiatan `merempit’.
“Cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia melibatkan perubahan dasar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan PLKN Kumpulan 2 Siri 5/2008 dan pengenalan ikon program itu iaitu angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed di Kem Seri Perkasa.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara; Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan; Datuk Mahmood Adam dan Pengerusi Pengusaha Kem PLKN Sri Perkasa; Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Ahmad Zaini Mohd. Said.
Sementara itu, Faiz yang ditemui berkata, beliau berhasrat melawat kem-kem latihan bukan sahaja sebagai ikon bagi program tersebut malah turut menyertai mereka berlatih.
Pada masa yang sama, beliau juga akan berkongsi pengalaman dengan para pelatih PLKN berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang ketenteraan dan sebagai angkasawan negara
30 Mac 2008
APE TINDAKAN KITE ??
Siyam tinggal di tengah-tengah sebuah kota yang menjadi perebutan, rumahnya terletak di atas sebuah terowong yang menjadi pertikaian baru dalam konflik di Asia Barat itu. Rumahnya kini berdepan kerja penggalian arkeologi di kawasan kejiranan Silwan, di sebelah Baitulmaqdis Timur, hanya beberapa ratus meter saja daripada tempat paling suci bagi agama Yahudi dan masjid suci ketiga bagi agama Islam, yang menduduki tempat yang sama. Kaum Yahudi memanggilnya 'Temple Mount' sementara bagi orang Islam, masjid Al-Aqsa termasuk Masjid Omar atau Masjid Kubah Batu 'Haram al-Sharif', tempat Nabi Muhammad SAW dibawa naik ke langit pada Malam Lailatul Qadar. Sebarang perbuatan yang menunjukkan ada satu pihak cuba menceroboh kawasan yang dianggap suci itu sudah pastinya menimbulkan bantahan dan kemarahan sebelah pihak lagi, malah pergaduhan turut berlaku yang berpunca daripada pencerobohan itu.
Pemberontakan terbaru berlaku pada 2000 selepas pemimpin Israel, Ariel Sharon melawat Al-Aqsa dan projek yang dijalankan oleh Israel untuk membaiki jalan raya berdekatan yang mencetuskan bantahan meluas Februari tahun lalu. Projek Silwan itu telah menimbulkan syak wasangka, sebahagiannya kerana orang ramai tidak dibenarkan melihat terowong itu tapi lebih daripada itu, kerja yang dilakukan itu dibiayai oleh Yayasan Ir David, syarikat kepunyaan orang Israel. Pihak berkuasa Antikuiti Israel (IAA) berkata ia menemui terowong lama yang pernah mengalirkan air hujan dari Kota Lama ke tempat mandi kira-kira beberapa ratus meter dari situ. "Ia adalah terowong baru sejak 2,000 tahun lalu. Keadaan terowong sukar dipercayai," kata Ketua IAA, Shuka Dorfman. Sejak 2004, pakar arkeologi menggali sebahagian besar terowong itu tapi mulai bulan lalu, mereka mula bekerja di bahagian utara berdekatan Haram al-Sharif. Berdasarkan penggalian sebahagian besar terowong itu pada zaman British dan abad ke-19, pakar arkeologi percaya terowong itu kini dibuat menuju ke arah Kota Lama, kemudian haluannya diubah ke kompleks masjid tapi tidak lalu di bawahnya. Oleh kerana projek itu dilakukan secara rahsia dan dibiayai organisasi pendatang, kebanyakan penduduk berpendapat ia sebahagian rancangan untuk mengambil alih atau memusnahkan Haram al-Sharif. "Jika ia tapak arkeologi dan bukannya tanah pendatang, jika ia tapak pelancongan, kenapa tidak ada orang yang boleh melihatnya?" tanya seorang penduduk tempatan. IAA juga menolak pihak media daripada melihat bahagian utara terowong itu dan menolak permintaan agensi berita AFP untuk mengulas mengenai projek itu. Pegawai juga tidak memberi sebarang sebab untuk pengharaman itu, selain daripada hanya berkata kerja sedang dilakukan. Bagaimanapun mereka berjanji pihak media akan dijemput apabila projek itu siap sepenuhnya. Penduduk tempatan sudah mendirikan khemah bantahan di kawasan berdekatan dan memfailkan kes di mahkamah bagi mempertikaikan mereka tidak dirujuk sebelum penggalian dilakukan di bawah rumah mereka. Pada 17 Mac lalu, mahkamah Israel mengeluarkan perintah supaya projek itu dihentikan sementara ia menimbang kes berkenaan. Dorfman berkata, bantahan itu bermotif politik dan tidak ada kaitan dengan pihak berkuasa antik. "Kami adalah organisasi bukan politik. Kami adalah organisasi profesional dan bertindak mengikut undang-undang barangan antik. Saya tidak peduli mengenai politik," katanya. Yayasan Ir David membina kota David, sebuah taman arkeologi yang dibina di sekeliling apa yang dipercayai sebagai kemusnahan zaman legenda Raja Hebrew, yang memerintah Baitulmaqdis, kira-kira 3,000 tahun lampau. Ir David sendiri menyediakan AS$600,000 (RM1.89 juta) setahun kepada IAA untuk projek di dalam dan sekitar Kota David tapi menyatakan ia tidak terbabit dengan kerja penggalian. "Tempat ini adalah paling penting di seluruh dunia bagi orang Yahudi. Kami menunggu selama 2,000 tahun untuk kembali ke tempat ini," kata Eksekutif Kanan yayasan, Doron Spielman.
Dah Tak Der Kerja Laen lah nie ..
UMNO GUNA DEB SEBAGAI PERIUK BELANGA ??
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar pimpinan UMNO Pulau Pinang yang memperalatkan orang Melayu demi kepentingan mereka sendiri dengan menggunakan isu penolakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh kerajaan pakatan DAP, keADILan dan PAS di Pulau Pinang.Hakikatnya, DEB yang diperkenalkan pada tahun 1971 telah tamat tempoh perlaksanaannya pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).
Bekas Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, Abdul Rashid Abdullah yang juga merupakan Ketua Pembangkang di Pulau Pinang seharusnya peka terhadap perubahan dasar ini. AMK juga kesal dengan Musa Sheikh Fadzir, yang merupakan bekas senator kerana gagal membezakan DEB dengan Hak Keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.
AMK berpendapat Umno P.Pinang sengaja meniup sentimen perkauman bagi menaikkan kemarahan orang Melayu di negeri itu untuk menunjukkan mereka masih mempunyai sokongan selepas tewas dalam PRU 12 untuk kekal memerintah Negeri Pulau Pinang.
AMK berpendirian adalah tidak salah jika kerajaan baru P.Pinang tidak melaksanakan DEB, malahan ianya tidak pernah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Ianya hanyalah satu dasar atau polisi Umno yang diserapkan ke dalam pekeliling kerajaan, dan ianya berubah-ubah mengikut selera Perdana Menteri. Hakikatnya, kedudukan DEB tidak lebih daripada Wawasan 2020 ciptaan Mahathir Mohamad dan Islam Hadhari ciptaan Abdullah Badawi.
Yang menjadikan DEB ‘istimewa’ adalah kerana DEB sering diperalatkan oleh pimpinan Umno untuk meraih sokongan orang Melayu. Ianya hanya digunakan apabila Umno merasakan mereka kehilangan sokongan orang Melayu, dan ketika pemimpin serta kroni mereka menagih tender-tender atau kontrak-kontrak kerajaan. Dengan bermodalkan DEB, pemimpin Umno dan kroni mereka mampu mendapat tender atau kontrak kerajaan sekalipun mereka tidak berkelayakan untuk mendapat tender atau kontrak tersebut.
Yang sering mereka laungkan ialah tanpa Umno yang mempertahankan DEB, maka orang Melayu akan ketinggalan. Hakikatnya, yang mendapat faedah hasil dari DEB adalah pemimpin Umno dan kroni sahaja, sedangkan ahli Umno di peringkat bawahan hanya menikmati cebisan-cebisan kecil faedah-faedah DEB yang ditinggalkan oleh pemimpin Umno serta kroni mereka. Kejayaan terbesar yang dicapai oleh DEB selepas hampir 40 tahun ditubuhkan ialah mengayakan pimpinan Umno dan kroni, manakala matlamat asal DEB iaitu 30 peratus penguasaan ekonomi negara oleh orang Melayu tidak tercapai.
AMK bertegas bahawa Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang ditawarkan keADILan adalah lebih adil, lebih saksama dan berperanan untuk memastikan tidak ada seorang pun yang ketinggalan di belakang tanpa mengira agama dan bangsa mereka. Dalam masa yang sama, kepentingan orang Melayu dan Agama Islam akan kekal terpelihara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hasmuzair Hassan
Exco Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Filem hina Islam: BOIKOT BELANDA !!

Sabtu, 29 Mac 2008
KL: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan."Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam. "Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan. "Kalau nak pulau buatlah betul-betul.Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.Filem Fitna itu, selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 27 Mac yang mengkritik Islam, yang menunjukkan surah Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.
Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tesebut disiarkan berikutan salah faham dan "sudah pasti ada motif kritikal"."Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai...tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ," kata beliau
PAS bantah keras filem anti Islam Belanda
28 Mac 2008
Seekor lagi Penderhaka
"Perlembagaan negeri usang perlu dipinda: Zaid Ibrahim
Selain perlembagaan negeri, Zaid berkata, beliau juga akan menumpukan fokusnya terhadap meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan konflik di masa hadapan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.Katanya reformasi sistem kehakiman negara yang akan dilaksanakannya tidak hanya membabitkan beberapa perubahan kosmetik, tetapi sesuatu yang menyeluruh melibatkan fundamental sistem kehakiman negara.
"Saya belum boleh menyatakan secara terperinci apa yang akan saya lakukan, tetapi ia pastinya perubahan yang akan memulihkan kembali pemisahan kuasa (antara kehakiman dan eksekutif). Sistem Parlimen berperlembagaan di negara ini tidak memberi sebarang erti jika tidak ada perimbangan kuasa. Ia akan menjurus kepada penyelewengan seperti yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pendiriannya mengenai isu-isu reformasi kehakiman dan perundangan sebelum ini tidak popular dengan beberapa pihak."Saya tahu pandangan saya tidak popular dengan ramai pihak. Tetapi ia juga popular dengan banyak pihak lain. Apa pun saya yakin, jika dijelaskan dengan baik, cadangan-cadangan saya nanti akan dapat diterima umum," katanya sambil menambah beliau bukannya hendak mengubah dunia, tetapi hanya sistem kehakiman dan perundangan negara.Mengenai cadangannya agar kerajaan meminta maaf terhadap pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas 20 tahun lalu, Zaid berkata, Kabinet belum lagi membuat sebarang keputusan mengenainya."Saya telah nyatakan pendirian saya. Cadangan itu masih dalam kajian. Kita tunggulah dahulu kerana ada ramai pihak lain yang lebih berpengalaman dan bijaksana daripada saya. Saya tidak mahu menambah lebih daripada itu," katanya.Diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa bukan pentadbiran sekarang yang perlu meminta maaf berikutan krisis kehakiman pada 1988 itu, tetapi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab mengarahkan penubuhan dua tribunal yang terlibat, Zaid berkata:"Kita tidak bolehlah suruh Dr Mahathir minta maaf kerana pentadbiran itu telah tiada lagi. Karpal cuma cuba bersikap nakal. Jika sesiapa perlu meminta maaf, ia adalah kerajaan hari ini. Seperti juga apabila Perdana Menteri Australia yang baru, Kevin Rudd menang dalam pilihan raya baru-baru ini, beliau telah meminta maaf kepada puak Orang Asli di negara itu."
Salah guna al-Quran bagai tempah neraka
Cerai pos laju ???
25 Mac 2008
Isu MB Terengganu: Tindakan Idris, Umno melampau - Salahuddin
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Tindakan Umno dan penyokong Dato' Seri Idris Jusoh dianggap sebagai keterlaluan apabila berlaku penentangan secara terang-terangan terhadap Istana Terengganu berikutan isu lantikan Menteri Besar. Terkini Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mendakwa kain rentang yang bertulis 'KAMI NAK IDRIS, NATANG' telah digunakan oleh penyokong Idris Jusoh, ditujukan kepada Sultan Terengganu. Salahuddin dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS hari ini menegaskan kain rentang yang tertulis perkataan tersebut boleh dianggap hasutan dan tidak sepatutnya berlaku apabila sesuatu keadaan tidak berpihak kepada mereka. "Seharusnya mereka bersikap 'gentleman' dalam menghadapi apa jua kondisi politik. Saya yakin dan percaya bahawa sultan dan raja hari ini menunjukkan keprihatinan mereka dan bukan disebabkan mereka ingin campur tangan. Sultan akan memilih sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar sama ada di kalangan PAS, Barisan Nasional atau DAP yang menang," katanya. Sehubungan itu katanya, Pemuda PAS Terengganu akan membuat laporan polis di Balai Polis Terengganu hari ini agar satu siasatan dilakukan siapakah dalang di sebalik tulisan kain rentang tersebut. Dalam sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Pemuda PAS, Sabki Yusuf dan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohamad Shahir, Salahuddin turut menunjukkan salinan foto kain rentang yang bertulis perkataan tersebut. Jelas Salahuddin, selain diletakkan di kediaman Menteri Besar, kain rentang tersebut juga didapati digantung di tempat-tempat strategik di seluruh Terengganu. Salahuddin menegaskan beliau tidak menuduh individu atau pihak tertentu di sebalik tulisan di kain rentang tersebut, namun apa yang penting siasatan perlu dilakukan agar tidak wujud suasana yang tidak baik. "Apa yang berlaku hari ini biarlah undang-undang yang menyelesaikan, bukan dengan campur tangan atau menghina serta
memperlekeh mana-mana institusi di raja hari ini. "Jika Perdana Menteri menyatakan interpretasi perlembagaan masih berhak menyatakan kerajaan berhak mendengar pendangannya, itu interpretasi beliau," katanya. Salahuddin juga berkeyakinan sultan mempunyai penasihat undang-undang sendiri dan menggunakan undang-undang tersebut untuk melantik siapakah Menteri Besar yang diyakini. "Sultan juga 'membaca' suasana politik yang berlaku hari ini dan melihat perubahan siapa yang dikehendaki rakyat. Mungkin sudah sampai masanya sultan memilih yang terbaik di kalangan ahli dewan undangan negeri yang telah dipilih bagi memenuhi hasrat rakyat. "Jika di Perak, tiga nama dikemukakan sebagai calon MB, kenapa di Terengganu hanya satu nama sahaja dikemukakan. Persoalannya ialah kenapa Abdullah tetap mahukan Idris? Dan kenapa Umno hanya serahkan satu nama sahaja calon MB? "soalnya. Dalam pada itu sewaktu ditanya pandangannya kenapa Idris tidak layak dilantik sebagai Menteri Besar, jelas Salahuddin masyarakat sedia maklum dan 'orang kampung' juga mengetahui 'siapa Idris Jusoh yang sebenarnya'. Selain itu Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga percaya bahawa berdasarkan bukti yang diperolehinya, Idris terlibat dengan beberapa kes rasuah sewaktu menjadi Menteri Besar Terengganu. "Ya, saya memiliki fail yang tebal membuktikan Idirs terlibat dengan rasuah. Tunggu dan lihat, saya akan bongkarkan isu ini dalam sidang Parlimen akan datang," katanya. - mns
20 Mac 2008
Kerajaan Barisan Rakyat terbit akhbar sendiri
Menurut beliau, pembiayaan untuk media terbabit akan diambil dari peruntukan khas untuk penerbitan dari setiap kerajaan negeri."Dana tersebut akan digabungkan dan digunakan untuk mewujudkan media kita sendiri tanpa bergantung kepada media massa sedia ada," katanya.Menjawab soalan mengenai permit pencetakan yang disyaratkan untuk menerbitkan akhbar di Malaysia, kata Azmin, "Ini akhbar gabungan kerajaan negeri, bukan swasta, jadi tiada sebab permitnya hendak ditolak, dan memang setiap kerajaan negeri mempunyai penerbitan mereka sendiri,".Tambah Azmin lagi, akhbar terbabit akan dijual di pasaran terbuka dan merupakan sumber pendapatan tambahan kepada setiap kerajaan negeri.Sementara itu, sumber KLpos yang enggan dinamakan memberitahu, seorang bekas ketua pengarang akhbar arus perdana diberikan tanggungjawab oleh Anwar Ibrahim merealisasikan perkara tersebut."Beliau akan mewujudkan memulakan kerja terbabit secepat mungkin," kata sumber itu."Mungkin diperingkat awal kita mulakan di Selangor dulu," tambahnya.Kewujudan akhbar terbabit, yang dipercayai akan turut disertakan dengan laman web dan unit web TV, dijangka akan menyebabkan hagemoni maklumat yang selama ini dimonopoli oleh media arus perdana berakhir.
Teras persoal perlantikan Mat Taib, Zaid dan Mashitah
Persoalan yang sangat besar yang diresah oleh rakyat ialah ketiadaan menteri-menteri kerajaan Pusat dari mereka yang tegas dan berwibawa untuk membersihkan imej kerajaan. Barisan Kabinet yang dilantik kali ini maseh belum memperlihatkan kewibawaan untuk mengubati keresahan rakyat.
* Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden TERAS
Selepas Radzi, lebih ramai pemimpin Umno akan letak jawatan?
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Selepas perletakan jawatan bekas Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad sebagai Setiausaha Agung Umno dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, dijangka lebih ramai lagi pemimpin parti itu akan meletakkan jawatan.Sekaligus, perletakan jawatan ini dilihat, bukan sahaja kekecewaan yang zahir akibat digugurkan malah ianya mengugat kredibiliti Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selepas digugurkan dalam senarai Kabinet Abdullah semalam, Radzi dengan nada yang tidak selesa memberitahu beliau sudah tidak boleh bekerja di bawah Abdullah sama ada dalam parti mahu pun kerajaan. "Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja. Pertamanya saya tidak lagi berada dalam kabinet jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai Setiausaha Agung ... saya tak boleh kerja," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Masalah besar yang ditimbulkan orang-orang Umno adalah, Abdullah membentuk Kabinetnya sendiri, mengetepikan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tanpa tidak mengambil kira sensitiviti dalaman parti yang semakin rapuh akibat kekalahan memalukan dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas. Jika perletakan jawatan pemimpin utama Umno berlarutan, Umno dijangka mengalami kesukaran untuk menghadapi pemilihan pucuk pimpinan dalam Perhimpunan Agungnya yang dijadualkan tahun ini.
16 Mac 2008
Pak Lah tergugat dengan tindakan Istana?
Manfaatkan Markas Kita
Ku Li buka gelanggang: Utus surat kepada 193 ketua Umno bahagian
Ahad, 16 Mac 2008
BEKAS Menteri KewanganTan Sri Tengku Razaleigh Hamzah pula mendesak diadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO bagi membincangkan mengenai kekalahan teruk BN dalam pilihanraya lepas.Dalam suratnya kepada semua 193 Ketua Umno Bahagian, Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat itu menggesa diadakan perhimpunan agung khas itu untuk membincangkan masa depan parti itu berikutan keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu dan masa hadapan orang-orang Melayu. Tengku Razaleigh mencadangkan perhimpunan agung khas Umno itu diadakan pada 11 Mei ini. "Saya mencadangkan tarikh tersebut kerana ia adalah hari ulang tahun (penubuhan) Umno," katanya dalam surat tiga muka bartarikh 12 Mac iatu.Tokoh veteran Umno itu menyifatkan keputusan pilihan raya baru-baru ini "bukan sahaja memeranjatkan malah menakutkan". "Dalam pilihan raya pertama pada tahun 1955, Umno menguasai dua pertiga kerusi Parlimen. Hari ini, kita adalah suara minoriti di Parlimen. Di peringkat persekutuan, Umno bukan lagi kuasa politik yang kuat. Saya hampir menitiskan air mata memikirkan senario ini," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu. Beliau meminta di cari sebab mengapa pengundi Cina dan India menolak calon-calon MCA dan MIC. "Mengapa calon-calon Umno yang mempertahankan jawatan ditewaskan oleh calon-calon PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS? Kita mesti mencari sebab mengapa... "Jika tidak, di dalam pilihan raya akan datang, jika kita tidak mengubah polisi, budaya dan semangat kita di dalam BN (Barisan Nasional) dan Umno serta berubah dengan radikal, BN dan Umno mungkin tidak akan memerintah lagi," katanya. Razaleigh dianggap oleh sebahagian pengkritik Abdullah sebagai tokoh yang boleh menyatukan Umno dan mendapatkan semula sokongan kaum Cina dan India. Kandungan penuh surat akan disiarkan tidak lama lagi- Pengarang
Kesian Samseng Jalanan Tak Dapat Tempat Dalam Kabinet Tun Lah
Ahad, 16 Mac 2008
AHLI Parlimen Rembau, Negeri Sembilan, Khairy Jamaluddin dikatakan tidak akan dipilih untuk menyertai kabinet baru Abdullah Ahmad Badawi yang dijangka akan diumumkan pada Isnin ini. “Nama Khairy tidak disenaraikan untuk menyertai kabinet Pak Lah”, demikian ujar satu sumber yang rapat Pergerakan Pemuda Umno dan juga rapat dengan ahli Parlimen berkenaan lewat malam ini.Tambah sumber itu lagi Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda Umno sudah tidak ada apa hubungan dan peranan dalam kabinet yang bakal diumumkan kelak. Abdullah sendiri katanya sudah mulai sedar peranan dan penglibatan menantunya dalam membuat beberapa keputusan berhubung pilihan raya lalu memberikan imej tidak baik kepada dirinya dan BN.Kalau Khairy dilantik menganggotai Kabinet ia menyebabkan imej Abdullah makin kotor dan rakyat yang selama ini bencikan Khairy kerana sikap dan perangai akan menjadi semakin benci dan menimbulkan masalah kepada Perdana Menteri dan BN.Jadi kata sumber itu, Abdullah tidak akan mengambil risiko untuk melantik Khairy. Bagaimana pun Khairy dikatakan akan bertindak menjadi penyokong kerajaan yang aktif di dalam Dewan Rakyat kelak.Perkembangan ini menolak desas desus yang tersebar luas sebelum ini yang mengatakan Abdullah akan mengambil menantunya menyertai kabinet. Kementerian yang disebut akan diserahkan kepada Khairy ialah Kementerian Keselamatan (KKDN) di mana Khairy akan diberikan tugas selaku timbalan menteri yang bertanggungjawab kepada polis.Selain kementerian itu Khairy juga disebut akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan!Sementara itu dari sau sumber lain pula menyebut anak lelaki Abdullah, Kamaluddin dikatakan marah dengan tindak tanduk adik iparnya itu dan menyalahkan Khairy kepada apa yang berlaku ke atas bapanya dan BN dalam pilihan raya lalu.Ekoran itu keluarga Khairy dikatakan kurang senang atas apa yang berlaku itu dan ini menyebabkan hubungan kekeluargaan Khairy dan keluarga Abdullah berada dalam keadaan tidak harmoni dan sedikit tegang.Menurut sumber itu juga keluarga Khairy tersinggung atas sikap Kamaluddin itu kerana Kamaluddin dikatakan telah memberi kata dua kepada Khairy dan tindakan Kamaluddin itu seolah tidak menghormati Khairy dan menjaga maruah keluarganya.Perkembangan yang berlaku ini menyebabkan penghuni di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya pada masa ini jadi tidak menentu
Siapa " Beruk Jalanan " Sebenarnya
Sabtu, 15 Mac 2008
Halaman 1 terhadap 5
SERONOK betul saya menyaksi aksi tunjuk perasaan di bangunan Komtar di Pulau Pinang yang disiarkan TV3 sekejap tadi. Melihat aksi itu teringatlah saya kepada siri-siri tunjuk perasaan yang diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, perkarangan KLCC, di Kesas Highway, Jalan Kebun dan perarakan raksasa 100 ribu rakyat menuju ke istana akhir tahun lepas.Tiba-tiba sahaja kenangan itu mengembang di dalam diri. Nostalgia itu bertabir di biarai mata. Betapalah kalau tunjuk perasaan dahulu diberikan liputan meluas seperti mana yang berlaku di Komtar Pulau Pinang itu, aduh seronoknya. Taukeh-taukeh penunjuk perasan itu diinterview seorang demi seorang. Mereka bebas meluahkan pandangan dan pendapat berkaitan isu yang menjadi penyebab tunjuk perasaan itu.Kalau masa tunjuk perasaan pembangkang dulu ada FRU, ada polis, nampaknya hal yang sama juga ada pada tunjuk perasaan di Komtar itu. Cuma kalau pun berbeza tidak ada tangkapan dan penunjuk perasaan kena pukul dan digari kemudian dihumbankan ke dalam track berwarna mereka. Itulah berbezanya! Semasa tunjuk perasaan di Kuala Lumpur oleh pembangkang dulu, TV3 dan RTM tidak menjadi rasional seperti petang tadi semasa merakam gambar di Komtar. Kalau ada pun gambar yang disiarkan hanya rakaman gambar yang negatif yang boleh menyebabkan rakyat berpandangan buruk kepada pembangkang. Biarlah apa yang TV3 dan RTM nak lakukan ke atas tunjuk perasaan Umno itu. Tetapi apa yang hendak ditimbulkan di sini, tugas menunjuk perasaan nampaknya sudah bertukar tangan kini. Kalau dulu pihak pembangkang, tetapi kini oleh Umno sendiri. Tampaknya pembangkang bolehlah releks dan berihat daripada berpeluh berpelai di jalanan kerana meluahkan perasaan.Penunjuk perasaan di Komtar yang didalangi Umno itu mungkin mereka terlupa dengan kata-kata dan kecaman mereka sebelum ini. Kononnya tunjuk perasaan dulu boleh menjejaskan ketenteraman awam, boleh menganggu perniagaan dan boleh menimbulkan ketakutan kepada pelancongan.Apakah kesan itu tidak akan berlaku apabila ia dilakukan Umno. Salah seorang taukeh tunjuk perasaan itu menjelaskan tunjuk perasaan mereka berbeza dengan tunjuk perasaan pembangkang. Katanya tunjuk perasaan mereka sipan santun. Saya kurang arif di mana bezanya. Cuma nak bagi tahu kalau tunjuk perasaan sopan, bermakna tidak ada apa-apa impak lah tunjuk perasaan itu.Kalau masa tunjuk perasaan pembangkang dulu ada FRU, ada polis, nampaknya hal yang sama juga ada pada tunjuk perasaan di Komtar itu. Cuma kalau pun berbeza tidak ada tangkapan dan penunjuk perasaan kena pukul dan digari kemudian dihumbankan ke dalam track berwarna mereka. Itulah berbezanya!Kalau begitu betapa endak dan sedapnya (selamat) menunjukkan perasaan yang dipelopori Umno berbanding dengan tunjuk perasaan yang dipolopori pembangkang. Mungkin selepas ini penunjuk perasaan akan diberi upah nasi kandar pula. Apa-apa pun diucapkan selamat menunjuk perasaan kepada Umno Pulau Pinang untuk meluahkan apa-apa yang tersekang di halhum mereka. Selamat
"Menteri yang tewas tiada tempat dalam kabinet saya" Abdullah
Sabtu, 15 Mac 2008
Halaman 1 terhadap 3
PUTRAJAYA: Menteri-menteri Kabinet yang kalah pada pilihan raya umum ke-12 Sabtu lalu tidak akan dilantik semula dalam barisan jemaah Kabinet baru yang akan diumumkan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Beliau menegaskan bahawa Kabinet baru itu akan dianggotai oleh barisan pemimpin yang berwibawa dan mampu melaksanakan segala yang dirancang oleh kerajaan.Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil (Lembah Pantai), Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (Shah Alam) dan Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di kerusi Parlimen Sungai Petani atanya pemilihan anggota Kabinet baru itu merangkumi calon-calon dari pelbagai kaum dan muka baru yang berjaya dalam pilihan raya umum lepas. "Yang sudah tewas kita tidak ada cadangan untuk melantik semula. Kita mahu transformasi yang hendak dibawa itu mesti dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya semasa temubual dengan Bernama TV di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini hari ini.Bagaimanapun, Abdullah, berkata Kabinet baru itu akan dianggotai oleh calon-calon daripada semua kaum sama ada Cina, India, Iban dan Kadazan.
Pada pilihan raya tersebut, empat menteri Kabinet dan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mencatatkan keputusan luar dugaan apabila tewas kepada muka baru yang dicalonkan oleh parti pembangkang.Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil (Lembah Pantai), Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (Shah Alam) dan Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di kerusi Parlimen Sungai Petani.
15 Mac 2008
Dr Agus tempelak Rais Yatim
Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata pendapat Datuk Seri Rais Yatim itu tidak boleh dipakai kerana ia bukan syarat wajib dari segi perundangan. Kelmarin, Ahli Parlimen Jelebu itu berkata BN sepatutnya boleh membentuk kerajaan negeri Perak berdasarkan jumlah kerusi terbanyak dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu lalu. BN memenangi 28 daripada 59 kerusi DUN, manakala DAP menguasai 18 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (tujuh) dan Pas (enam). Rais berpendapat, bilangan kerusi yang dimenangi tiga parti itu tidak boleh dianggap majoriti kerana bukan terdiri daripada satu parti.
Dr Agus berkatanya, pendapat yang menidakkan hak gabungan pembangkang mentadbir kerajaan Perak selepas memenangi majoriti kerusi DUN adalah tidak demokratik dan bercanggah dengan kehendak rakyat yang diterjemahkan menerusi peti undi. "Dalam konteks ini, tidak perlu kerajaan gabungan, tapi sudah memadai jika ada campuran parti pembangkang yang memberi komitmen untuk bekerjasama, sekali gus menguasai majoriti kerusi DUN.
"Hakikatnya, BN tidak cukup kerusi untuk mendapat sokongan majoriti dalam sidang DUN dan ini bakal menyukarkan pelaksanaan dasar atau pencapaian keputusan dalam isu-isu tertentu," katanya. Di Perak, masalah timbul berikutan kemenangan DAP yang memperoleh 18 kerusi, mahu membentuk kerajaan campuran bersama PKR yang memperoleh tujuh kerusi dan Pas enam kerusi. Bagaimanapun, Perlembagaan Perak memperuntukkan hanya orang Melayu/Islam boleh mengisi jawatan Menteri Besar dan DAP perlu berunding dengan rakan pembangkang lain bagi membolehkannya memenuhi keperluan Perlembagaan negeri.
Umno main lagu lama balik ...

BERA 14 March (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, situasi sekarang seolah-olah mengulangi senario 1969 apabila Perikatan (kini Barisan Nasional) tewas di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan. Katanya, Umno cuba memainkan isu perkauman sempit yang digunakan dahulu sehingga PAS bersetuju menyertai kerajaan campuran dan akhirnya membentuk Barisan Nasional (BN). "Stretegi sama mula dimain Umno kini, pemimpin mereka cuba mendekati PAS dengan memainan sentimen Melayu kononya demi survivasl bangsa, agama dan sebagainya. "Jangan terkejut jika dihubungi oleh orang-orang Umno mengajak untuk bertemu dan berbincang atau mengajak bersatu di bawah Umno," ujarnya ketika berucap pada majlis kesyukuran petugas BA kawasan Bera di Darul Ikhwan dekat sini. Menurut Mazlan, pemimpin Unmo itulah yang suatu masa dahulu mensabotaj ahli PAS di kampung-kampung, menafikan hak untuk mendapatkan subsidi baja, hak untuk mendapatkan saham Felcra, tanah dan sebagainya, mereka itu mungkin akan menangis ketika bertemu bagi menunjukkan betapa perlunya PAS bersama Umno. Itu semua kata, Mazlan adalah usaha terdesak Umno ketika berada dalam "kritikal" serta sedang mengerakkan usaha memujuk ahli-ahli bersatu di dalam Umno, sama seperti senario 1969 dahulu apabila Tun Abdul Razak menyediakan helikopter untuk mengambil Presiden PAS, Dato? Asri Haji Muda untuk bertemunya. Mazlan menegaskan, ahli PAS perlu tegas menolak pelawaan bersatu di bawah Umno. Ini kerana PAS mendapat mandat rakyat, mereka mengundi PAS mengapa pula perlu bersatu di dalam Umno, sepatutnya Umnolah yang menyertai PAS. "Buat apa bersatu di bawah Umno yang bakal dilupuskan, sepatutnya orang Umnolah yang menyertai PAS, bersatu di dalam PAS," tegasnya. Katanya, perkara itu telah diputuskan oleh pimpinan PAS baru-baru ini, bahawa PAS tidak akan melayan pelawaan Umno. Pengalaman (1969) membukti Umno hanya memerlukan PAS semasa parti mereka sedang 'nazak' apabila Umno kukuh, PAS ditendang keluar daripada BN atas alasan cuba mengembangkan pengaruhnya di Johor. "Umno perlukan kawan semasa susah, apabila kuat mereka lupa kawan dan tendang PAS keluar dari BN pada tahun 1978," katanya. Difahamkan di kampung-kampung, pemimpin Umno merupakan hero, merekalah yang mensabotaj dan mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya menyahkan orang PAS daripada mendapat subsidi baja serta bantuan kerajaan lainnya. Malah, imam-imam yang disyaki menyokong PAS turut dibuang malah tiada ahli PAS dicalonkan untuk menduduki Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya. Menurut Mazlan, Umno semakin tidak releven, parti itu dikuasai oleh pemimpin korup yang tamak, membolot kekayaan negara tanpa mempedulikan nasib rakyat. Apa yang perlu PAS buat kini ialah memperkuatkan organisasi bagi menerima penghijrahan beramai-ramai ahli Umno ke dalam PAS tidak lama lagi. "Senario ini akan berlaku tidak lama lagi dan PAS serta rakan ?rakan BA mesti bersedia," ujarnya. Pada pilihan raya 8 Mac lalu, Mazlan bertanding kerusi Parlimen Bera. Beliau tewas kepada Dato' Ismail Sabri dengan majoriti 3,821 undi. Bagaimanapun beliau berjaya mengurangkan majoriti lebih 1000 undi berbanding pilihan raya 2004 lalu.
Krisis perlantikan MB – Dari Perlis sampai ke Terengganu, Allah bayar ‘cash’!
Saturday, 15 March 2008
Berita Buletin Online semalam melaporkan berita mengenai krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu yang bertajuk ‘Terkini – Rahin Said MB Terengganu’ yang ditulis oleh MatStringer adalah satu maklumat yang tepat. Satu hantaran SMS telah diterima oleh Buletin Online menyatakan bahawa satu pertemuan diadakan pada malam semalam. Kesahihan berita tersebut telah dipaparkan hari ini oleh sebuah media. Namun media tersebut nampaknya membuat liputan yang melencong, seolah-olah akhbar tersebut menjadi jurucakap kepada Din Adam, orang yang diselamatkan oleh Idris, dan akhbar tersebut cuba pula untuk menyelamatkan Idris. Tak tahulah berapa banyak si pelapor akhbar itu boleh atau akhbar itu memang boleh banyak.
Buletin Online difahamkan, walaupun media dipanggil untuk pertemuan yang diatur oleh Idris dan kuncu-kuncunya itu disebuah hotel semalam, namun tidak ada sidang media yang diadakan. Oleh yang demikian ramai rakan-rakan media yang mengambil sikap berkecuali dan tidak hadir ke majlis tersebut, kecuali media yang melaporkan tentang berita itu hari ini.Nampaknya krisis perlantikan Menteri Besar selepas PRU12 tahun ini dihadapi oleh banyak negeri, dari Perlis sampai Terengganu. Di Perlis mungkin sama juga masalahnya dengan Terengganu, Pak Lah nakkan Shahidan, tapi Raja Perlis tak mau. Pak Lah kata dia dah bagi surat wasiat(watikah) kepada Shahidan, tapi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, kata ‘no way’. Raja Perlis berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.Gamaknya serupa iya Shahidan dengan si Idris ni, kedua-duanya dah mabuk, mabuk kuasa. Shahidan pun balas, siap dengan ugut wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perlis yang tidak menyokong pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar Perlis akan dikenakan tindakan disiplin. Di Terengganu, tak dengar lagi Pak Lah sebut dia dah keluar surat wasiat kepada Idris. Kalau Pak Lah dah keluarkan mesti Idris dah berkokok. Tahulah perangai Idris tu. Kalau Pak Lah tak keluarkan, maknanya benar-benarlah Idris gila kuasa. Dia buat apa saja nak pastikan supaya dia dilantik jadi MB semula. Stakat ni macam-macam dah. Buat himpunan haram sudah. Pelobi-pelobi yang cuba melobi pihak istana Terengganu pun bukan calang-calang. Yang terbaru, Buletin Online difahamkan telah menjadi bertambah kemurkaan Istana, apabila telah datang pelobi Idris ke istana. Seorang ‘businessman’ besar bukan kecik anak. Oleh kerana terlalu nak nya dia supaya Idris dilantik menjadi MB semula, sampai dia ugut-ugut istana pulak. Dah, istana ni bukan rakyat jelata. Kalau Raja Perlis dah kata tak perkenan kepada Shahidan, kemudian Pak Lah keluarkan surat kepada Shahidan, dan kemudian Shahidan lawan istana atas nama Pak Lah. Maknanya kalau zaman kesultanan Melayu dulu, dua-dua Pak Lah dan Shahidan adalah ‘penderhaka’. Maka hukum penderhaka kepada raja-raja Melayu amat berat!Di Terengganu pulak, walaupun istana belum membuat perkenan secara jelas, siapa yang akan dilantik menjadi MB, namun isyaratnya sudah amat jelas. Walaupun pihak istana belum mengeluarkan apa-apa ‘dekree’ kepada sesiapa yang diperkenan, tetapi semua dah maklum bahawa memang istana tak mboh ke Idris. Kalau istana nak ke Idris, sejak hari pertama lepas Idris isytihar diri sendiri sebagai pemenang pilihanraya, istana dah panggil Idris. Dah kalau sampai hari ini, nama Idris pun tak disebut-sebut, nama orang lain pulak yang timbul, bak pe yang Idris duk kumpul orang sana, kumpul orang sini. Nak buat apa sebenarnya dia? Nak apa sebenarnya si Idris ni? Nak jadi raja gamaknya dia?Semua wakil rakyat UMNO yang belum digazetkan kelmarin, yang hadir ke majlis yang diatur oleh Idris dan kuncu-kuncunya telah menandatangani satu surat sokongan, supaya Idris dilantik semula. Aiiik…. Berat benar si Idris ni! Idris le ni tak serupo mulo? Tolong, siapa-siapa yang ada kenalan mana-mana ketua UMNO cawangan, beritahu dia, tolonglah nasihatkan si Idris…. Tolonglah…. Tolong khabor ke Idris, perlantikan Menteri Besar ni bukan kuasa Pak Lah. Raja Perlis dah tunjuk contoh. Perlantikan Menteri Besar ni bukan kuasa UMNO. Dari Perlis sampai ke Terengganu, Sebenarnya ramai sahabat-sahabat PAS yang bagi respon kepada Buletin Online, inilah akibatnya apabila menang dengan main ‘tipu’. Menang pilihanraya main dengan ‘hantu’. Menang pilihanraya dengan ‘IC palsu’. Allah bayar ‘cash’! Orang-orang UMNO pun ada jugak yang bercakap. Padan muka Idris. Hari tu, dia cantas sesama sendiri. Dia hina Man Bakar, dia tendang Ku Putera, dia kehek Pak Rosli. Lepas tu dia susun ‘puak-puak’ dia. Kemudian dia kehulu-kehilir masa tengah kempen pilihanraya, tipu sini, pelawok sana. Kecek semua oang, kata masalah UMNO dah selesai. PAS, Pitih Ambik Sokmo. PAS Cuma tahu empat perkara, PAS tahu bersyarah, PAS Pitih ambik sokmo, PAS tahu naik bendera, PAS katok orang.Sekarang le ni? PAS kalah pilihanraya. Dimana-mana merata riti buat jamu, makan lembu, kenyang perut, tak rasa sedih, tak rasa susah.
Yang susah, sedih, payah, siksa, kehulu-kehilir, si Idris….
Konflik berebut jawatan MB Perlis masih berlarutan
KANGAR, 15 Mac (Hrkh) - Siapa Menteri Besar kami? Mungkin itu yang sedang berlegar di fikiran rakyat Perlis sehingga hari ini. Ini berikutan situasi terkini apabila wujudnya dua nama yang bakal mengisi jawatan panas tersebut. Semalam, umum mengetahui pihak Istana Perlis telah memperkenankan perlantikan Dato' Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar sedangkan penyandang, Dato' Seri Shahidan Kassim pula membawa watikah perlantikan daripada Perdana Menteri. Sekali imbas ianya dilihat seperti wujudnya konflik antara Istana Perlis dan Putrajaya dan siapakah yang lebih berkuasa di atas perlantikan ini? Md Isa dilantik berdasarkan peruntukan yang termaktub di dalam undang-undang di mana Raja Perlis berhak melantik seorang Menteri Besar sedangkan Shahidan pula mempertahankan beliau membawa mandat partinya, Barisan Nasional. Drama perlantikan Menteri besar Perlis ini adalah rentetan pelbagai episod yang berlaku sejak dua bulan lalu. Seperti yang diketahui umum, baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno, Dato' Radzi Sheikh Ahmad secara terbuka menyatakan Menteri Besar Perlis perlu ditukar. Kemyataannya itu sekali gus membuka pekung Umno Perlis yang mempunyai masalah kepimpinan di peringkat tertinggi dan dilihat berpuak-puak. Menjelang penamaan calon untuk pilihan raya umum (PRU) yang lalu, sekali lagi berlaku kekecohan apabila dikatakan nama Shahidan terkeluar daripada senarai calon. Berlaku kekecohan di Perlis sehinggakan ada pihak yang meletakkan jawatan beramai-ramai, bendera parti diturunkan, bilik gerakan ditutup dan sebagainya. Lebih teruk, ada ura-ura mengatakan protes besar-besaran akan dibuat sehingga melibatkan pihak istana. Hanya sehari menjelang penamaan calon barulah senarai calon BN Perlis dapat diumumkan. Itupun masih wujud kontroversi bila awalnya Dato' Mastika Junaidah Hussin diumumkan sebagai calon Parlimen Arau tetapi kemudiannya digantikan dengan adik Shahidan, Ismail Kassim. Pada malam pengumuman kemenangan calon-calon yang bertanding dalam PRU di Dewan Sivik Arau, secara terang-terangan dilihat masih wujud perselisihan di kalangan pimpinan Umno Perlis apabila calon Dun Pauh, Dato' Seri Utama Syed Razlan Putra Jamalullail diumumkan sebagai pemenang. Pada masa itu hanya penyokongnya sahaja yang bertepuk-sorak meraikan kemenangan sedangkan pemyokong-penyokong Shahidan yang turut berada di dalam dewan tersebut hanya berdiam diri. Selepas tamatnya PRU dan BN berjaya menguasai Perlis, kedudukan Shahidan masih menjadi tanda tanya sedangkan hampir semua negeri telah menyelesaikan perlantikan Menteri Besar masing-masing. Desas-desus menyatakan beliau tidak disenangi oleh pihak Istana Perlis bertiup kencang dan beberpa nama disebut-sebut sebagai pengganti. Para pemerhati politik kini sedang meramalkan apakah tindakan Shahidan selanjutnya untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Perlis? Apakah dengan watikah dari Perdana Menteri itu beliau sanggup menebalkan mukanya untuk mengadap Tuanku Raja Perlis sedangkan baginda sendiri telah memperkenankan Md Isa sebagai Menteri Besar? Tinjauan Harakahdaily malam tadi mendapati para penyokong Shahidan mula memenuhi perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar untuk mengetahui perkembangan terkini. Sementara di kediaman Md Isa di Taman Guru Jaya dekat sini terdapat beberapa orang penyokongnya yang sedang berkumpul di samping terdapat sebuah trak polis yang sedang berkawal. Polis juga mengadakan kawalan di hadapan Istana Arau dan juga Istana Raja Muda di Jalan Raja Muda dekat sini
Abdullah akan berhenti dengan syarat Khairy jadi Menteri?

Beberapa parti komponen BN kini mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi segera mengosongkan kerusi Perdana Menteri tanpa sebarang syarat, demikian maklumat yang disampaikan oleh sumber-sumber berwibawa kepada blog ini sekitar jam 11.30 malam tadi.Abdullah dikatakan akur dengan desakan tersebut, tetapi dengan syarat komponen-komponen BN terbabit merestui Khairy Jamaluddin menjadi menteri penuh. Malangnya, syarat Abdullah ditolak tanpa kompromi. Beliau pun dikatakan terus dirundung dilemma kerana komponen-komponen BN berkenaan boleh menyebabkan BN diganggang bara hanya menerusi manipulasi korum di Dewan Rakyat, khususnya bila pengundian perlu dijalankan untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang. Lebih serius lagi, Abdullah tidak boleh mengenepikan sikap tanpa kompromi di atas kerana komponen-komponen tersebut juga boleh menjejaskan status BN sebagai parti pemerintah jika mereka memilih untuk berkelana ke gelanggang pembangkang. Mungkin mustahil untuk komponen-komponen berkenaan menyeberang ke pihak pembangkang. Bagaimanapun, Abdullah tidak boleh mengambil risiko melantik Khairy sebagai seorang menteri penuh jika tindakan tersebut boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa sebagai parti pemerintah. Jadi, apa kesudahannya kepada dilemma ini? Adakah Abdullah akan berhenti sebagai Perdana Menteri dan menantu kesayangannya terkontang-kanting tanpa jawatan menteri? Moga-moga parti-parti komponen berkenaan terus bertegas dan tidak akan berganjak dengan pendirian dan ultimatumnya. Rakyat Malaysia pula perlu menyokong penuh pendirian ini. Kepada Abdullah, insaflah bahawa pada saat dan ketika ini, anda adalah seorang pemimpin yang disanggah oleh majoriti rakyat jelata. Pilihan yang ada pada anda hanyalah: segera berundur tanpa sebarang syarat demi nusa tercinta!
14 Mac 2008
Rais Penderhaka
"Ahli Parlimen Jelebu, Rais Yatim Khamis lalu mengeluarkan kenyataan yang biadap terhadap Raja-raja Melayu. Kenyataan beliau disiarkan di media pengampu BN semalamDalam kenyataannya, Rais berkata, sepatutnya sultan atau raja melihat kepada satu parti yang beroleh kerusi yang paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melantik siapa Menteri Besar.''Sultan memang berkuasa untuk menentukan siapa yang menjadi Menteri Besar dan ia adalah satu-satunya kuasa diraja yang masih kekal,'' ujar beliau. Rais berkata, di Perak, sultan boleh mengambil salah seorang wakil parti yang dianggap mencapai majoriti kepentingan dalam Dewan Undangan Negeri. ''Kalau ambil dari parti yang kecil kerusinya, ia adalah salah dari segi amalan demokrasi Westminster,'' ujarnya. Mengulas mengenai konflik pelantikan Menteri Besar dan pembentukan kerajaan di Perak, beliau berkata, keadaan itu berlaku akibat kesilapan pihak yang memberi nasihat kepada sultan. Kenyataan di atas membuktikan bahawa Rais memperkecilkan kemampuan Raja-raja Melayu dan penasihat-penasihat baginda. Saya mencadangkan supaya Rais dikenakan tindakan seperti melucutkan pingat yang diterimanya dari Raja-raja Melayu kerana jelas kenyataan Rasi benar-benar biadap dan memperkecilkan kemampuan Raja-raja Melayu. Saya juga menggesa Rais menarik balik kenyataan menghina Paduka Sultan Perak ini secara bertulis dan memohon maaf dengan serta merta. Sofi Wahab Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
Tok Guru NIK AZIZ Berkhutbah Di Masjid Negeri Selangor Jumaat Depan?
Oleh TARMIZI MOHD JAM
SEORANG rakan di Terengganu, antara aktivis tegar PAS menghantar emel kepada saya. Agak menarik...Mengajukan satu cadangan yang agak menerujakan. Mengundang Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam Jumaat depan.
Sebagai pembuka tirai perjuangan selanjutnya di Selangor, katanya.Dulu, ketika Khir Toyo menjadi penguasa, telah dibuat satu keputusan "mengharamkan" Tok Guru Nik Aziz mengajar mahupun berceramah di mana-mana masjid seluruh Selangor.Antara tokoh PAS yang diharamkan termasuklah Datuk Dr. Harun Din, Ustaz Haji Ahmad Awang, Ustaz Taib Azamuddin dan Datuk Ismail Kamus.Mereka dilarang berceramah di masjid-masjid seluruh Selangor bagi menyekat kemaraan pengaruh parti itu sejak reformasi membadai Lembah Klang pada tahun 1999.Saya membalas emel rakan saya itu dengan menyatakan Insyaaalah, PAS Selangor akan mengundang Tok Guru berhutbah di masjid negeri.Dan saya berjanji akan menyiarkan syor itu dalam blog Sanggahtoksago.Com agar lebih ramai yang memperkatakannya.Dan barangkali, bukan Tok Guru hanya berhutbah di Selangor sahaja tetapi mungkin di Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Negeri-negeri kuasaan Barisan Alternatif.
Kemudian barangkali boleh disusuli khutbah berikutnya oleh Menteri Besar atau wakil PAS negeri berkenaan seperti Ir. Nizar di Masjid Negeri Perak, Ustaz Azizan di Masjid Negeri Kedah, Haji Hamdan Abdul Rahman di Masjid Negeri Pulau Pinang dan Datuk Dr. Hassan Ali di Masjid Negeri Selangor.Hikmahnya kemenangan ini, lebih banyak ruang untuk PAS menyampaikan dakwahnya pada sasaran yang lebih efisyen.Selain masjid, surau, program lain juga boleh diatur untuk kakitangan kerajaan termasuk menganjurkan sambutan hari-hari kebesaran Islam di Stadium Melawati, Stadium Indera Mulia, Stadium Alor Star dan Dewan Millennium Pulau Pinang.
Hukum Mukhriz: Abdullah serah kepada Pemuda
Apabila Watikah Pak Lah Tidak Lagi Laku...
Oleh GB
Negara petang ini dikejutkan dengan satu berita dari BERNAMA: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.Sedangkan baru malam tadi Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan sudah menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Besar Perlis.Beliau yang menjadi Menteri Besar negeri itu sejak 1995, menerima watikah berkenaan Selasa lalu dan akan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Siraj, di sini, jam 12 tengah hari ini, untuk memaklumkan perkara itu serta cadangan nama barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco).Malah BERNAMA sendiri mengesahkannya dengan menyatakan pada hari semalam : Teka-teki mengenai bakal Menteri Besar Perlis selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-12 kini terjawab apabila Datuk Seri Shahidan Kassim malam tadi memaklumkan beliau telah menerima surat watikah pelantikan pada Selasa lepas untuk terus menerajui negeri itu.
Akhirnya kesemua berita BERNAMA dan apa yang dilaporkan oleh media arus perdana ternyata kesemuanya terbabas.Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Mohd Adib Zakaria dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan yang berkumpul di hadapan Istana Siraj di sini kira-kira 2.40 petang, berkata pelantikan itu adalah menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.Peruntukan itu menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannnya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri."Berdasarkan kepada peruntukan ini dan setelah berpuas hati dengan kemampuannya untuk mendapat sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, maka Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri besar Perlis berkuatkuasa 14 Mac 2008," katanya.Dr Md Isa adalah bekas Exco kerajaan Perlis sehingga 2004 kerana pilihan raya umum 2004, beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding namun setelah sepenggal berehat, beliau dicalonkan semula bagi kerusi DUN Bintong pada pilihan raya Sabtu lepas.Shahidan di dalam respons spontan apabila ditanya samada wujud campurtangan dari pihak tertentu Shahidan berkata,"Mungkin. Orang itulah. Memang ada orang campur tangan. Ini banyak melibatkan cerita-cerita munafik dan perjanjian yang dilanggari."Kata-kata Shahidan yang diluahkannya sebelum ini memakan dirinya semula apabila watikah perlantikan dari Perdana Menteri ternyata tidak mempunyai nilai dari segi penguatkuasaan."Saya sebenarnya memberi dua pilihan kepada mereka. Pertama dikenakan tindakan (disiplin) atau keluar dari parti."Ini keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), mereka mesti menyokong keputusan presiden parti (Umno)," kata Shahidan dalam sidang media di ibu negara malam tadi.Sebelum itu, Shahidan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa BN Perlis yang turut dihadiri oleh ketua MCA dan MIC negeri.Ketua badan perhubungan Umno Perlis itu menambah "jika tidak sokong, mereka bolehlah isytihar keluar BN."Saya beri mereka masa sehingga jam 5 petang ini. (Dan) saya telah menelefon Abdullah mengenai perkara tersebut."Katanya dalam kes ini, BN akan mengguna pakai peraturan Whip yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak."Shahidan berkata demikian, dipercayai mengulas isu pelantikan beliau sebagai menteri besar Perlis yang tertangguh sehingga hari ini.Dan media arus perdana pun bersilang-sengketalah melaporkan isu berkenaan.Demikianlah, betapa benar dan mulia perencanaan dan rahmat Allah Yang Maha Besar yang telah mempersilang sengketakan kumpulan yang telah lama menghina dan memfitnah Islam dan jemaah Islam PAS selama ini!
Che' Mat Bakal Dilantik SENATOR?

Oleh Tarmizi Mohd Jam
NAIB Presiden PAS, Haji Mohd Sabu dijangka akan dilantik Senator bagi menjenamakan semula perbahasan dalam Sidang Dewan Negara yang dilihat tidak proaktif dan dingin selama ini.Beliau yang dianggap "ayam tambatan PAS" tewas di Parlimen Kuala Terengganu ditangan penyandang kerusi itu, Datuk Razali Ismail pada pilihan raya Sabtu lalu.Menurut sumber, PAS Pusat akan mengutarakan cadangan kepada dua negeri, Kedah dan Kelantan yang dikuasai PAS sepenuhnya untuk memikirkan pencalonan bagi mengisi koata lantikan Senator tersebut.Setelah Kedah jatuh ketangan PAS, koata lantikan Senator kini berjumlah empat orang bersama koata Kelantan. Ini memberikan nafaz lega bagi PAS menghantar tokoh-tokoh berkalibernya ke Dewan Negara.Dewan Negara yang dulunya dianggap sebagai lesu dengan perbahasan yang hambar, pastinya gamat dan hidup sekiranya perbahasan sihat, panas dan segar menguasai dewan itu.Antara pimpinan tertinggi PAS yang tewas selain Mohd Sabu dan boleh dilantik Senator termasuklah Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat yang tewas di Jerlun), Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Muslimat PAS Pusat yang tewas di Dun Tahan) dan Mohd Hanifa Maidin (AJK PAS Pusat yang tewas di Tanjung Karang).Bagaimanapun, menurut sumber ia bergantung kepada persetujuan Kedah dan Kelantan. Namun, secara umumnya, langkah tersebut (menghantar tokoh-tokoh besar ke Dewan Negara) dianggap proaktif dan bakal memberikan impak besar terhadap PAS.Kehadiran Mohd Sabu dan rakan-rakan diyakini akan menjadikan Dewan Negara suatu tempat yang efisyen dalam membahaskan apa sahaja demi kepentingan rakyat di negara ini.
12 Mac 2008
HATI HATI ....
.Buku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ia ditarik balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan gangguan dan diskriminasi orang Hindu di dunia Arab.Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.EEMIRIAH ARAB BERSATU)
Name: "Penulis Luar"
Penerbitan Siaran Sharjah
disampaikan oleh Ra'ad
dan proram bernama Buku Berjudul: "Semua Hindu Bangunlah"
Tajuk kecil : "Protkol Ketua Hindu"
Pengarang : Dr. R. Singh
Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan:
1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.
2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.
3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja.
4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan menentang Islam.
5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya.
6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka.
7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin.8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang islam)
9. Cuba rosakkan bekalan makanandalam kedai orang Islam sekiranya andabekerja dengan orang Islam.
10. Jadilah sahabat mereka, dapatkankepercayaan dan kemudian khianatilahmereka.
11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.
12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi anak2 dan isteri mereka cara mereka berfikir.
13. Pakailah tali hitam dipergelangan tangan anda.
DR. MOHD ANIS BIN HARON @ HARUN
Medical Practice Division20th-21st Floor, Bangunan PERKIM
Jalan Ipoh, 51200 K. Lumpur
Tel: (03) 40457725 Fax: (03) 40457740
ANGKARA NAJIB ????
Setelah mengetahui senario politik negara melalui PRU12, ada perkara besar yang belum sdr sampaikan kepada khalayak atau belum masanya. Isunya ialah pergolakan dalam Umno yang disusun rapi sekali. Hasil PRU12 bukan sahaja menggembirakan parti-parti bukan BN, malah Datuk Seri Najib selaku TPM dan Timbalan Presiden Umno. Semua tahu, di balik kekalahan teruk BN dan kemerosotan semua undi di wilayah yang BN menang, Najib membuat kejutan yang bukan kepalang iaitu meningkatkan undi. Bukan kawasan parlimennya saja, malah keempat-empat kawasan Dewan Undangan Negeri yang dinaunginya. Ini bukan suatu kebetulan, tetapi sudah lama dirancang sejak hasil PRU10 yang dia hanya menang tipis.
Kalau orang seperti saya dapat menduga BN akan berdepan masalah dalam PRU12, bodohlah kalau percaya Najib hanya bergantung kepada nasib. Beliau menguasai Kementerian Pertahanan, segala kelengkapan risikan dan strategi gerak gempurnya. Dia tahu PM Paklah akan bermasalah besar di Pulau Pinang, dan sekarang terbukti. Dalam diam Najib telah menyusun stategi supaya undi untuknya tidak turun malah meningkat naik. Menyusun strategi
Semasa PRU10 tahun 1999, saya tinggal di Pekan dan tahu bagaimana orang Pekan menolaknya. Dia hanya menang 241 undi. Dia menyusun strategi majority 10 ribu untuk PRU11 melalui kerjasama SPR. Sdr bayangkan kawasan tentera di Batu 10 Jalan Gambang berada dalam daerah Kuantan dan asalnya dalam Parlimen Paya Besar, tetapi dimasukkan dalam wilayah Parlimen Pekan. Sekarang kalau memandu di Jalan Gambang, sdr akan tiba di Batu 10 yang beralamat Kuantan dalam kendalian Majlis Perbandaran Kuantan tetapi itu wilayah undi Najib dari Pekan. Adakah semasa SPR membuat sempadan baru tidak ada campur tangan Najib? Bodohlah kalau kita percaya SPR benar-benar jujur membina kawasan baru di Pekan itu.
Sejak tahun 2000 lagi, semua sekolah mempunyai perisiknya sendiri. Umno benar-benar mahu pastikan semua guru di Pekan mengundi BN. Misalnya jika ada seorang ustaz sebelumnya memihak kepada Pas, dia akan dipanggil dalam majlis Umno sekurang-kurangnya sebagai pembaca doa selamat. Selepas itu ustaz berkenaan akan terus dipanggil dan diberi tugas keagamaan dalam aktiviti Umno. Ustaz ini seperti sudah terkepung dan akhirnya orang melihat ustaz berkenaan sudah berada dalam pihak Umno. Dan apabila bendera Umno dipacak di hadapan rumahnya, dia tidak mampu lagi menurunkannya. Asalnya Pekan hanya mempunyai tiga kawasan DUN, tetapi sejak 2004 menjadi empat DUN, satunya untuk memastikan kem tentera Batu 10 Jalan Gambang masuk dalam kawasan Parlimen Pekan. Sebab itu dalam PRU12, dia mendapat majority lebih 26 ribu. Dahulu sebelum PRU11, akhbar Harakah dan Sidang (keluaran Pas Pahang) ada mendedahkan penempatan orang luar ke daerah Pekan di Jalan Pekan-Nenasi. Harakah telah mendedahkan kira-kira dua ribu penduduk berasal dari Kedah ditempatkan dalam rumah panjang dan khabarnya dijanjikan kawasan tanaman padi. Mana ada kawasan padi baru di Pekan, tiadalah. Sekarang, kalau sdr menyusuri jalan ke Nenasi-Mersing melalui jalan pantai masih dapat melihat rumah berkenaan. Tidak tahulah apa nasib mereka. Kebanyakan orang yakin merekaturut menjadi pengundi di Pekan sejak 2004.
Dengan stategi itu, janganlah kaget dengan kenaikan kepada 26 ribu majoriti di Parlimen Pekan pada PRU12 ini. Akhbar Siasah juga telah mendedahkan kemasukan orang-orang yang dicurigai dan menjadi pengundi di Pekan. Di Pekan juga ada kawasan penempatan orang Kemboja yang diiktiraf oleh PBB sebagai pelarian politik sejak tahun 1975. Apa yang menghalang pihak Najib daripada memberi IC dan hak mengundi kepada mereka? Kawasan Pekan sangat luas dan petugas BA tidak mampu untuk mengawasi segala aktiviti Umno. Tambahan pula sesiapa yang dikenal pasti menjadi aktivis BA, pasti akan sentiasa diawasi oleh perisik Umno. Soal wang untuk membiayai kejayaan Umno menyekat pengaruh BA atau memastikan orang akur kepada Umno bukan masalah kecil pun. Tak mungkin kawasan bakal PM akan bermasalah. Membujur lalu, melintang patah.
Dengan kenaikan undi pada saat semua kawasan BN kalah atau cemas, maka patut ada ahli-ahli akademik aliran politik mengkaji keadaan ini. Dengan Najib sahaja yang bergaya menambah undi, Paklah menghadapi masalah besar, maka sekaranglah masanya Najib meneruskan langkah. Sdr pun tahu di Kelantan, bukanlah Najib beria sangat untuk menolong BN, malah ada khabar dia tidak mahu Annuar Musa menang kerana mahu mengurangkan orang Paklah.
Dengan Pahang kekal sebagai kubu BN-Umno bersama Johor, apakah yang menghalangnya untuk menjadikan Paklah panas punggung sekarang? Sekalipun itu isu Umno kelak, tetapi kita perlu melihat bagaimana Najib menjalankan strateginya menggunakan SPR, tentera dan orang-orangnya untuk memastikan cita-cita politiknya berjaya. Katakan saja selepas ini Paklah berundur, maka Najiblah menggantikannya. Akan bermulalah stategi politiknya untuk memusnahkan pakatan BA yang sedang harum sekarang. Pakatan dan politik BA sejak sekarang patut jangan leka membuat kenduri sembelih lembu kerana BA menang di banyak tempat, kerana puak BN-Umno sedang menyusun strategi pada saat orang-orang BA bergelak ketawa dan menyindir orang-orang BA yang kalah. Adakah putaran 10 tahun menjadi kemestian? Tahun 1990 BN dicederakan, tahun 1995 lukanya sembuh. Tahun 1999 BN kembali dicederakan, tahun 2004 luka BN kembali sembuh. Tahun 2008 BN luka parah, jadi tahun 2012 kelak BN akan sembuh semula di tangan Najib! Jika begitu kerajaan BA yang majorti mudah di Kedah, Perak Selangor akan tamat pada 2012? Rasanya cukuplah. Terima kasih kerana dalam kesibukan, sdr masih sudi membaca tulisan ini. Maaf jika mencuri masa emas sdr.
Sekian, wasalam.
Peminat MSO di Kuantan. [wm.kl 9:30 pm 11/03/08]
http://msomelayu.blogspot.com/2008/03/dari-luar.html
07 Mac 2008
Shahrizat Cemas dan Kian Lemas Di Lembah Pantai
Semenjak Shahrizat bergelar wakil rakyat di situ memang ramai yang tidak selesa dengannya. Belum pernah anak-anaknya turun membantu [kenyataan ini disebut sendiri anak sulongnya yang sebaya Nurul Izzah dalam temubual dalam TV] tetapi kali ini ketiga-tiga mereka terpaksa meninggal kemewahan dan keselesaan yang selama ini sukar untuk mereka korbankan.
Akibat gementar dengan sokongan padu pengundi muda yang menyebelahi Nurul Izzah, Mawi terpaksa dikerah untuk bantu berkempen. Malah, malam Pak Lah berkempen, dengan bantuan daya tarikan Mawi, hanya sekitar 1,000 yang hadir mendengar Pak Lah berleter.
Memang jelas semenjak 10 hari yang lepas, kehangatan di Lembah Pantai banyak memihak sebelah Nurul Izzah. Banyak faktor yang menarik ke Nurul Izzah dan banyak juga faktor yang menolak dari menyokong Sharizat. Keadilan yakin kemenangan memihak mereka dan Shahrizat semakin gementar sokongan pengundi muda ramai meninggalkannya.
Ibrahim Baba 05 Mac 2008
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/03/05/shahrizat-cemas-dan-hampir-lemas-di-lembah-pantai/



